Posts

Showing posts from January, 2015

Sofa Stool:Sold

Image
Alhamdulillah sofa stool ni dah sold to bride to be from USJ malam tadi. Nak buat pelamin nikah katenye.. Diorang mai umah, QC siap, pueh hati terus pick up. As I thought, sofa tu feet in kereta sedan. Yeay! Itu yang pepagi tadi bile received call dari nombor yang hampir dilupekan tu terpinga-pinga jap. Ingatkan ade orang nak tanye sofa.  Dah elok susun ayat nak cakap sofa dah sold out.  Nasib baik tak tanye "siapa ni?" dalam nada marah. Keh keh keh .  Sorry bang. Aku juai sebab bebudak comel tu kan raksasa. Yang namanya sofa tu jugakla deme nak scratch. Haih. Sedih plak nengok sofa tu dibawa pergi.. T_T Takpelah bukan rezekiku kerusi itu.. Pujuk hati sendiri. Kekeke. Mudah-mudahan lancar majlis diorang. Harga lopeh nego, biarla rahsia aku dan mereka. ;) Thank you Mudah.my!

Four Legs Little Friends: Generation-Two

Image
Hi! Meet Yuyu.. Yuyu ni yg paling kecik. Dia dilahirkan cacat. Kaki belakang sebelah kiri bengkok. Mase baby tak boleh lurus langsung. Beriye kitorang bandage dengan kayu bagai. Tapi sebabkan semangat dia untuk berdikari dan menjadi normal sangat tinggi, hasilnya dia boleh berlari dan melompat walaupun sesenget lariannye. Tak nampak langsung kecacatan. Yes, he is 1 month. Hebat kan? :') Hai saya Mika! Mika bermaksud cantik dalam bahasa Jepun. Tengok mate dia. Eye bag galas dua siap. Kuat tido. Kat mana-mana pun jadi. Yang paling gemuk ni Fio. Asalnye nama dia Fiona. Tetibe satu hari tu ball dia muncul menampakkan diri. Lelaki rupenye. Kah kah kah. Buang la 'na' tu, jadi Fio je.. Err.. kelihatan kaki Socky menyibuk disitu. Yang ni la Socky! The one and only white shoes. Satu je gambar dia yang berjaya diambil dengan jelas. Yang lain semua infinity. Aktif sangat! :) Maaf, aku bukan meng-cat abusement-kan d

Terlalu Merindu

Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Ingin sekali aku genggam tanganmu Membawa kau kedunia penuh warna indah itu dan takkan kulepas lagi.. Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Ingin aku khabarkan padamu Bahawa langit disini selalu mendung tanpamu Bisakah kau kembali lagi.. Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Ingin aku pahatkan dihatimu Bahawa hanya aku yang kau perlu dan tiada lainnya yang kumahu.. Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Terlalu ingin aku ucapkan Bahawa betapa selama ini aku merindu Terlalu merindumu.. Usai gerimis ini, Air yang mengalir tenang, Burung kembali bernyanyi, Angin lembut membawa lagi babak yang akhir dulu, kehangatan dakapan terakhir yang kurasakan masih..
Image
Biar payah menandingi gemersik suaramu,  cuba juga kudendang ‘Syair Si Pari-Pari’ ini untukmu.. ‘Buat Seorang Kekasih’, sabarlah menghadapi ‘Suratan’ ini.  Kerana pasti ‘Dalam Gelap Ada Terang’..  Mahunya kami, kau kembalilah kepada fitrah dan katakanlah pada najis itu ‘Kita Terpaksa Bermusuhan’. ‘Tiada Aku Jemu’ mendoakan supaya kau berjaya mencari tau ‘Rahsia Alam’ ini agar dapat kau merasa ‘Manisnya Rindu’ didakap kasihNya. ‘Semoga Kau Mengerti’ kala ‘Gerimis Mengundang’ ini sentiasa kan ada ‘Nur Kasih’ dari Allah yang Maha Pengampun untuk kau merasa ‘Damai Dihati’..  Disini kami ‘Sabar Menanti’ untuk sama-sama menikmati lagi keindahan ‘Warna Kehidupan’ bersamamu ‘Kurnia’ dari Ilahi.. Didalam tadahan doa kami, semoga nanti kan tiba saatnya ‘Mentari Muncul Lagi’ untukmu dan akan Dia ‘Satukan Hati Kita’ semua lagi. InsyaAllah.. ::  Zamani -  Lagenda sepanjang zaman

Sampai Hujan Reda

Image
Hujan bersenandung lirih mencurahkan air mata yang tak bererti Setia kucuba kutip titisan–titisannya agar dapat kurasa lagi hangatnya mentari.. Sedang waktu terus bergulir meninggalkan segala keindahan yang pernah singgah dulu Masih aku berdiri lagi disini Dibawah teduhan tiris usang Diantara mimpi buruk dan mahligai impian Tak pernah gagal menunggu kembalinya sesuatu yang hilang.. Kerana yakinku harapan itu kan selalu ada dan lebatnya hujan ini pasti kan berhenti jua, Aku kan tetap disini Menunggu pulangnya tujuh warna pelangi cinta..

Hamparan Religi

Dulu.. Bait langkah terlihat indah Dulu.. Merdu bicara terpelihara sempurna Dulu.. Rendah hati tertitip segar Itu yang dulu Suatu yang dulu yang takkan kembali Suatu yang dulu yang telah jauh pergi.. Pernah hati menurut nafsu Memandang yang bukan Engkau ciptakan untukku Menyentuh kebatilan yang telah Engkau tegahkan Hanyut dalam kedamaian palsu sebuah al-Wahan Terpenjara dalam dosa semalam, bagaikan terapung tanpa sandaran.. Jiwa menjerit bingit mencari jalan pulang Memohon peluang ditimbang dengan neraca kanan.. Tuhanku, Telah aku sentuh api nerakaMu Yang tak ingin sekali aku dekati Peri yang sedaya aku jauhi.. Apakah adil untukMu andai ku alaskannya diatas  sebuah niat yang bukan punyaku Ku bersimpuh diatas sujudku padaMu Menghamparkan deraian kekesalan yang bersarang di hati Merayu keampunan dalam bahasaMu.. Tuhanku, redhailah niat suci ku kali ini..

Istikharah Berbisik

Telah hati lelah berlari Laksana helang mengejar awan tinggi Udara pagi seakan mengerti Ini saatnya berhenti mencari pelangi.. Senja nan merah melabuhkan tirai Kala malam mula mentadbir Menghapus pergi silam semalam Menyejukkan hati hati yang suram Titisan gerimis membasahi bumi Menyiram kebekuan sekeping nurani Perlahan menghilang kabut di sukma Membenih untaian kasih jumawa Dalam niat sebuah Istikharah, Tetap disini rentang tangan menanti Selagi langit memayungi bumi InsyaAllah, jika diizinNya lagi..

Permintaan Yang Akhir

Andainya kau mendengar Dengarlah dengan perasaan.. Andainya kau terbaca Bacalah dengan penghayatan.. Ini nukilan untukmu Yang berdiri terpaku disitu Yang terlalu jauh tak tercapai dek harapanku Kelihatannya hala jalan ini penuh liku Membuatkan kau takkan pernah tahu Adanya satu titik istimewa yang tak terlihat oleh matamu.. Andainya kau terjumpa Sambutlah ia dengan depangan terbuka Andainya kau tak punya rasa yang sama Berpalinglah perlahan tanpa aku menyadarinya..

Kaffarah Cinta

Hati rentan beritma kosong Derap langkah semakin pesong Dilema dalam mengejar iramamu Mencari tau artinya rindu Ada keresahan pada jiwa Ada kegelisahan dalam mimpi Garapan ikhlas kian pudar Terantai cinta pada manusia duniawi.. Gerak canggung tercermin kini Seakan punca hilang pergi Hanya Kau yang mengenalku sedari dini Selamatkanlah aku dari kebahagian sedetik ini Tak ingin lagi khilaf merajai Kerna ku tak sanggup kehilangan cintaMu lagi PadaMu masih ku bertaut harap Sambutlah doaku dengan sapaan nur kasihMu Agar lengkap simpulan yang akhir ini..

Sepi Ditengah Keramaian

Image
Andainya perjalanan ini sebuah lirik Akan aku lagukannya dengan indah Agar takkan selalu kecewa Andainya perasaan ini satu mimpi Akan aku tintakan menjadi sebuah lukisan Agar takkan selalu menangis Kerna detik yang berlalu takkan terganti Ingin sekali rasanya aku berkongsi Menatap yang baik-baik denganmu Berlari seiringan meninggalkan sendu Maafkan aku dan angananku ini Abaikan.. Abaikan saja rayuan ini Biarkan saja mimpi ini terus infiniti Kerna aku sadari senantiasa jarak yang paling jauh antara kita adalah tika mana  kau berada terpaling hampir denganku.. Selama mana ia masih terahsia

16jam 55minit

Image
Perlahan awan violet melitupi perjalananmu Melangsiri pandanganku yang sedia terhalang Memaksa kau berlari dibumi yang tak mampu kupijak Membiarkan aku disinari mentari kala bulan menjagamu Bagaimana mampu kuhadapi sebulan mendatang Sedangkan sehari berlalu terasa panjang Pulang segera pulang cinta Membawa senyuman pengubat lara Prahara jiwa hebat membadai Menjerit mengharap sekelumit ehsan takdir Menghapus pergi senafas seksaan ini Mengharap kau pulang lagi bersama mimpi Agar terubat cantingan rindu dihati

Dambaan Rahsia

Gemala subuh terasa hangat Jasad bangkit menurut seruan Mengabai mimpi bersisa masih Ada rasa indah, ada rasa gundah.. Anganan fiksi terus menerawang  Tidak terjejak mengejar yang indah dalam cubaan mendamba suatu yang mustahil.. Suara sang cahaya menyusup halwa Menarik keras pandangan nihiliti Membuka hijab-hijab yang menghalang Agar saja aku terpempan Langkah kaku cuba saja menipu Menutup hati yang beribut menderu Berdetak hebat saat hadirnya dikau Berkemelut syahdu andai tidak ketemu Ku mohon, jangan kau pergi tanpa kata Kerna saat ini tiada upayaku untuk menghalang Aku hanya bisa diam.. Terdiam.. Menanti terus penuh pengharapan Kerna aku takkan mampu mengakui Bahwa ini tanda hati menyeru cintamu
Image
Sometimes you need to run away just to see who will come after you..

Terjaga Saat Nafas Terhenti

Malam indah semakin sepi Tiada mimpi membisik sunyi Purnama jadi meragui Tatkala bintang enggan menemani Ada sesuatu yang terasa asing.. Seharusnya getaran ini takkan pernah melewati Kerna hati pernah tertusuk kepedihan Tidak harus rasa ini perlu kembali Saat kaki terbiasa menapak sendirian Ada suatu rasa yang menjengah.. Ketika hati telah berhenti bernyanyi Terlalu kabur untukku artikan rasa ini Ketika upayaku terangkai pergi Terlalu sulit untuk aku fahami Ada sesuatu yang terasa perit.. Waktu ini Semua telah jelas terlukis Bahawa waktu itu Seharusnya keras aku menagkis Kenapa perlu aku bergelut lagi Kenapa perlu jantung ini berdetak lagi Kenapa harus langkahku terkaku Apakah... Apakah ini disebut kerinduan...