Jun 23, 2017

Beraya Dalam Kesederhanaan

Gituuh tajuk mama pilih..

Raya tahun ni lain macam sikit.
Persiapannya terasa benar lain.
Masa sorang lain, bila berdua lain sikit, bila dah bertiga lagi lain
Entahkan perasaan ataupun kos yg mengundang. Hu.
Kalau buat check list ni, banyak benda lagi yg tak complete padahal 2 hari lagi nak habis puasa.
Like literally, we all cuba melalui bulan ramadhan ni senormal mungkin.
Malas nak terlalu fikir persiapan raya melainkan bangun sahur, keluar rumah awal semata-mata nak kejar masa office hour yg berubah, bergaduh dengan jem yg bagaikan double sesak dan dipenghujung hari, fikir nak makan apa berbuka nanti.
Itu yg semuanya jadi last minit.

Ada la teruja sikit. Tipula takde kan. Farrel la pencetusnya. Hehe.
Dari awal tahun sampai dah nak raya, baju & barang2 dia je yg mama teringat nak beli sampai terlupa diri sendiri.

Papa? Papa terus lost dalam part servis kereta. Servis itu ini, servis apa yg patut, renew roadtax yg ngam-ngam nak raya la dia nak expired. Kasihan papa. Hu.

"When you manage to commit the monthly installment, but there you go when it comes to maintenance." Realiti sebenar sebuah conti.

Suspension sedap. Handling smooth. Safety tip top. Accessories luxious.
Tapi end up, poket yg tebal kian menipis. Rasa macam nak jual balik. Lol.
Cakap je tapi hati sayang. Kehkeh.

It's no longer Peugeot. I rather call it Pujuk.
Duit berhabis banyak, end up kena pujuk diri la. Kah.

Hati-hati memandu ke kampung.
Bertabahlah menempuh jem. Itu pun salah satu kemeriahan raya. :)
Salam kosong-kosong dari FnN Family.



Jun 22, 2017

Majlis Aqiqah & Kesyukuran

30 April haritu buat aqiqah farrel kat rumah mak ayah.
Tarikh cun memandangkan isnin tu cuti labor day.
Sebulan sebelum, mama merencana serba sedikit goodies dan pelamin yg simple untuk majlis tersebut. Sticker goodies mama google, edit & print kaler atas kertas sticker. Untuk goodies pulak, cari punya cari ada orang suggest mini pretzel.
Sedap katanya. Harga pun affordable. Sesuai la untuk majlis farrel yg simple.
Cute & colourfull pretzelnya.

Sebulan sebelum majlis, mama lock date by byr deposit. Takut order bertindih katanya. Mengikut perjanjian mereka akan cod 4 hari sebelum majlis. Iaitu sebelum mama balik kampung.
Unfortunately, seller cancel order mama di hari cod. Padahal mama dah buat full payment malam tu. Alasan diorang, takde runner yg nak tolong cod dan dia nak balik kampung pd haritu. Runner only available esok malam. Habis, mama ni tak payah balik kampung la?

Im wondering how dia arrange runner since 1 month ago. Dah byr deposit lock date suppose jadual runner tu dah ada sejak lock date lagi. By hook or by crook mama tuntut janji. Mama nak haritu jugak. Tak nak esok malam. If tak please refund. Latest by night mama bagi tempoh. Alhamdulillah dia refund. Tapi yg menjadi masalah, benda kita dah rancang cun2, org spoil kan. Makanan kot. Celah mana mama nak buat urgent order, order pagi dpt petang. Mana ada orang amik. 600pcs ok, bukan sikit. Menggagau mama cari back up plan. Sudahnya takde yg boleh receive order dan idea-idea lain agak tak menepati kehendak mama. Dah la sticker dah siap print. Sakitnya tuh disini.

Mama balik kampung sambil berfikir apalah yg cute untuk dijadikan pengganti. End up, mama masuk nirwana, borong semua biskut chipsmore kat atas rak. Dan hasilnya, biskut chipsmore dibungkus comel hasil idea dari google dan bantuan tenaga papa & ifah. Hehe.


Tali guni tu balance dari mama tunang dengan papa pakai buat hantaran, sampai hantaran kawen, sampailah aqiqah anak. Bersejarah betul. Kekeke.

Then, pelamin pun diy. Gubah bunga sendiri, pasang pelamin sendiri. Hasil teamwork papa, mama & ifah.


Kawan yg datang tanya, “Eh comelnya cookies. Kat mana kau tempah?”
Terubat sakit hati mama. Hu.

Jun 21, 2017

Rezeki Yang Tak Diharap

Sehebat manapun kita mencuba, jika Allah kata belum maka belum lah. Bersungguhlah macam mana pun untuk mengelakkan, jika Allah kata jadi, maka jadilah.

Masih segar lagi dalam ingatan ku yg tak berapa nak muda ni, kata-kata seseorang yg terdesak. Dalam intonasi menghina dan memerli, dia berkata-kata tentang anak ketiga dalam kandungannya itu. Niatnya cuma satu, untuk menyakiti hatiku. Dan benarlah niatnya itu berjaya. Aku terkesan. Dan kesannya membawa kepada bicaraku dalam bahasa Tuhan. Tak, aku tak berdoa yg bukan-bukan. Apa jua niat dan laku mereka, biarlah Tuhan shj yg membalasnya.

Cukup aku berdoa, “mudah-mudahan aku juga dikurniakan rezeki anak dengan mudah bila aku kahwin nanti”. Oh, dah tentulah doa itu bukan sekali. Bukan usai solat je. Setiap kali terngiang kata-katanya ditelingaku, setiap kali terbayang lakuan mereka di tabir mataku, ketika bekerja, ketika makan, ketika manapun, setiap kali itulah aku titipkan doa rezeki anak tadi. Niat dan doa. Dalam rasa pedih, aku ikhlaskan menerusi doa.

Alhamdulillah, seperti yg pernah aku ceritakan, sebulan kahwin aku disahkan mengandung. Alhamdulillah dah 8 bulan dah budak botak comel tu sekarang. Farrel Nuqman. Dah start makan, dah start tantrum. Kemanjaan semakin hebat dielaborate dalam bahasa budak bijak.

Doa dimurahkan rezeki anak tu, dah lama aku tak ungkap sejak bersalin. Kira macam dah menjadi kenyataan so, sujud syukur je la. Doa dah lain lah sekarang. Pun begitu, tak sangka doa rezeki anak itu masih valid disis-Nya. Ibarat saham yg masih berjalan walau principalnya dah lama tak topup. Gituh. Rezeki yang tak disangka, Farrel is expecting adik. Uppss.

1st cek upt mama is upset. Mama down. Farrel baru masuk 6months waktu tu. Seperti kebiasaan czerian mother, 6 months is too early. Suppose at least 3 years gap. Orang yg beranak normal pun kalau boleh jarak bagi jauh sikit. Inikan pulak czer. Trauma masih lagi ada. Kengerian jarum-jarum dan kesakitan post operation masih tak lupa. Malah masih terasa. Mama dalam dilema. Mama belum puas bagi perhatian pada farrel. Mama belum puas nak hadap farrel sorang. Mama tak nak bahagi-bahagi kasih lagi. Belum lagi.

Aku pegi klinik jumpa O&G to confirm pregnancy. Dengan harapan upt salah. Dia ultrasound. Terasa sakit dan ngilu kat parut bedah tu bila alat scan tu ditekan disitu.

“yes, positive” said doctor.

Dan as expected, teruslah berkumandang bebelan panjang selepas itu. Aku be like, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Oh, btw papa pun aku drag masuk sekali. Sebab dah tau dah pasti kena educate dengan doctor. Biar kena sama-sama. Kekeke. So, at that time its been 5 weeks already. Tapi kantung kosong. Belum nampak penghuninya lagi. Waktu ni lah doc bagi choice.

“Sama ada nak terminate atau nak teruskan. Untuk teruskan, condition badan should be no problem. Boleh teruskan. Tapi kalau nak terminate, its now. Sebelum adanya jantung. Bila dah ada jantung nanti, takde doc yg akan do the procedure.” Doc berhenti barang sesaat dua dan sambung, “Tapi pada pandangan saya teruskan je la takde masalah.”
Selepas doc jelaskan beberapa cara untuk terminate (sebagai etika antara doc-patient, procedure dan pilihan yg ada tu harus diberitahu) doc akhiri consultation dengan, “Balik ni istikharah lah dulu”. Mungkin jelas perasaan 50-50 aku tu.

Aku, masih 50-50. Husband, eksaited to have the baby tapi still, “up to u, I follow je ur keputusan.” Senang kan jadi lelaki? Hu.

Lama aku fikir, kadang aku buat-buat lupa. Dalam masa aku berfikir tu macam-macam menerjah di fikiran. Macam-macam sad story yg menjentik jiwaku melintasi newsfeed fb ku dari group pregnancy mommies terutamanya.

Ada yg kandungan dah 8weeks tapi ultrasound hanya nampak kantung. Senang cerita kantung kosong. Doc nak D&C (cuci). Serba salah dibuatnya. Diminta pula tangguh procedure sehingga 12weeks dengan harapan akan ada penghuni yg kelihatan didalam kantung itu.
Aku? Aku seminggu kemudian which is 6weeks 4days, kantung yg minggu lepas kosong dah ada egg yolk siap ada heart rate lagi. Tapi getarannya masih lemah mengikut prosesnya.

Ada yg gugur berkali-kali baru lekat satu.
Aku? Berharap ianya tiada tapi semakin harap ia tiada, semakin ia kuat.

Ada kawan satu ofisku, dah 20 tahun kawen. 20 tahun lah masih berdua. Sampai dah tak berharap lagi.
Aku?

Ada yg anak pertamanya dah 6 tahun. Dalam 6 tahun ni merancang sendiri je. Ter’eksiden’ berapa kali tapi tak pernah pulak lekat.
Aku? Dah habis berhati-hati pun. Siap pernah kena gastrik lagi, doc bagi makan ubat gastrik selama 7 hari berturut-turut. Tup-tup ada jugak.

Ada yg dah ada 2 anak, by the time nak yg ketiga pelbagai masalah datang. Mengandung luar rahim lah, miscarriage lah.
Aku? Aku tanya pada diri macam mana kalau yg ada didalam rahimku ini adalah rezekiku yg terakhir? Allahu..sebak sendiri.

“Maka, nikmat yang manakah yang engkau dustakan..”

Pernah ada rasa nak terminate. Dalam rasa nak terminate tu tiba-tiba perasaan nak continue tu fight lagi kuat. Bila rasa nak continue, tiba-tiba akan ada rasa was-was. Macam tu lah perasaan tu berbolak balik.

“Syaitan tu memang tak suka kalau anak adam, penyambung umat Rasulullah dilahirkan.” Kata seseorang bila aku cerita perasaan yg was-was tiba-tiba datang tu.

“Sayanglah dia macam mana awak sayang Farrel dulu.” Pesannya lagi.

Itu inner battle aku. Aku battlekan sebab pernah terlintas nak terminate. Allah. Allah.
Ambil wuduk, solat taubat.

Cerita-cerita yg menjentik hatiku tadilah yg memotivatekan aku. Maaf jika perkongsian ini ada yg terasa. Bukan niat aku. Kenapa aku sangat 50-50, related to kesihatanku. Post nat, 2 kali ke emergency cek jantung. Masih ber-appoinment dengan pakar kardio. Mudah-mudahan Allah beri sihat…

Jika ini yg terakhir buatku, kuatkanlah tubuhku dan rahimku untuk membawanya. Berikanlah ia nyawa dan kesempurnaan akal & fizikal. Jadikanlah ia yang terindah dan terbaik. Jika ini pengakhiran bagiku, jadikanlah ia asbab untukku ke syurgaMu tanpa hisab..

Dan morning sickness pun bermula..

Mama: Farrel, be good ok. Mama tak sihat ni. Farrel tak mo ngamuk-ngamuk ye.
Farrel: Atatatatah..ehe..


May 9, 2017

Terima Kasih Wahai Permata Hati



Hutang Kita Terlalu Banyak pada anak-anak kita..
Tiadalah jarang kita memarahi mereka disaat kita lelah..
Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan.
Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih difahami dan didengarkan.
Tetapi,
Seburuk apapun kita memperlakukan mereka, Segalak apapun kita terhadap mereka,
Semarah apapun kita pernah membentak mereka...
Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya.
Menghibur kita dengan tawa kecilnya,
Menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya,
Seolah semuanya baik-baik saja,
Seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.
Mereka selalu banyak bercerita untuk kita,
meskipun seringkali kita bersikap tidak acuh terhadap mereka dengan kasih sayang..
Kita sentiasa mengatakan bahawa diri kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka semua..
tetapi kenyataannya merekalah yang sentiasa membahagiakan kita diketika penat lelah selesai bertugas..
Kita merasakan bahwa kita bangga dengan menghiburkan kesedihan mereka atau menghapuskan linangan air mata dari pipi-pipi comel mereka..
Sebenarnya,
Diri kitalah yang selalu mereka bahagiakan...
Mereka juga menghilangkan kepenatan kita, menghapuskan air mata kesedihan kita..
Percayalah..
Kita terhutang banyak pada anak-anak kita.
Dalam 24 jam, berapa lama kita meluangkan waktu untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain bersama-sama dengan mereka?
Dari waktu hidup lahir kedunia mereka sentiasa ceria, tersenyum manis dan menghormati diri kita..
Tentang anak-anak,
Sesungguhnya merekalah yang selalu "lebih dewasa" dan "bijaksana" daripada kita.
Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.
Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu bersiap sedia untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Terdengar isu dimedia masakini..
Anak-anak yang setiap hari menjadi mangsa dari buruknya cara kita mengawal emosi diri..
Namun,
Si kecil ini tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita ertinya kasih sayang, mereka selalu mencuba membuat kita agar bahagia...
Maka dakaplah anak-anak kita, tataplah mata mereka dengan penuh kasih sayang serta penyesalan, katakan kepada mereka:
"Terima kasih wahai Permata Hati.."


#cp Sahrol Lagiman fb

Mar 9, 2017

Amanah Yang Akan Ditanya

Aku suka budak. Aku suka baby.
Tapi suka setakat suka je la.
Takde la aku nak pegi gomol anak orang.
Buatnya dia tak suka aku,
meraung-raung kat situ dah mak dia tuduh aku buat nak dia.
Sebelum kawen, even sebelum kenal husband pun lagi aku dah niat + doa.
Mintak murah rezeki anak lepas kawen nanti. Aku nak cepat.
Doa terus bersambung lepas kawen.
Alhamdulillah, sebulan kawen, sempatla period sekali terus lekat. Alhamdulillah.
Husband pun jenis suka budak. Jadi teamwork tu ada dan teamwork tersebut mendatangkan hasil. Kah!

Awal-awal pregnant aku tetiba jadi tak suka budak. Haa ntah kenapa.
Semua budak aku tengok aku jadi menyampah. Aku rasa nak marah je anak-anak mak sedara aku yg memanjat sana sini, yg merengek mengada-ngada.
Aku menyampah.
Pernah, aku marah anak jiran sebab sepak fio. Budak tu adala dalam umur 6 tahun. Kecik je tubuh dia. Lelaki. Aku marah yg marah. Bukan bagi teguran lembut. Bukan. Aku tengking dia. Budak tu tak menangis pun tapi terkulat-kulat terus berlalu dari situ. Puas hati masa tu sebab dah lama aku perhati dalam diam. Kalaulah mak dia tahu mesti kecik hati. Nasib takde scene pergaduhan mak-mak. Buatnya mak dia datang rumah tanya kenapa marah anak dia, mau aku menjawab nanti. Mak-mak zaman sekarang kan macam tu. Tapi aku rasa budak tu jauh lebih keras hati sebab macam langsung takde perasaan. Menangis tak, menunduk pun tak. Tapi tak pandang la mata aku. Macam dah terbiasa. Mungkin dia terima lebih lagi bila kat rumah? Keadaan dia masa tu dengan pakaian sekolah, baju sekolah, kasut sekolah dia pergi terjun swimming pool. Beg pun ada lagi. Nampaknya dia belum balik rumah. Turun bas sekolah terus terjun kolam. Apalah yg dia hadap kat rumah ye. Perhatian mak bapak kemana, pastu aku pulak pegi marah dia. Jelas pun sikap budak tu ialah sikap budak yg menginginkan perhatian. Aku menangis sendiri bila teringat balik. Campur menyesal jugak la. Hu. Kadang-kadang rasa nak pergi peluk budak tu mintak maaf. Tapi kang org cakap aku pedofilia pulak peluk anak jantan orang. Emm.

Sebabkan perasaan tak suka, rasa nak marah dan menyampah terhadap budak-budak yg tiba-tiba wujud dalam urat dan saraf aku waktu tu, aku pernah cakap dengan husband, “syg rasa syg nanti mesti seorang mak yg garang.” “Memang pun”, reply husband. Husband akui sebab aku memang garang waktu tu. Dan itu membuatkan aku terfikir-fikir sampai la hujung pregnancy.

Btw, nampak je aku soft. Tapi sebenarnya aku ada baran aku. Suka-suka hati je aku nak marah orang, nak tengking orang kalau dia buat silap dengan aku. Aku jadi takut. Camnela anak aku lahir nanti. Camnelah kalau aku tak boleh sabar. Kang tak pepasal masuk muka depan metro dengan kapsyen capslock, IBU DERA ANAK. Sampai gitu aku pikir.

“Jangan bermimpi nak ada anak jika tiada kesabaran..”

Akhirnya lahirlah Farrel. Lahirnya Farrel, baran aku lesap secara automatik.
Hilang kemana ntah. Aku pun jadi pelik. Sejak 5 bulan farrel lahir, tak pernah sekali pun aku hilang sabar. Elok je aku bangun 3 4 kali tengah malam buat susu, tukar pampers. Takde pun aku marah, kau ni asik nak susu je. Mohon lempang aku kalau aku cakap gitu. Even, tengah malam pukul 2 3 pagi dia bangun ajak borak, mintak dukung, bagi renungan cinta walaupun bilik gelap gelita, pun aku layankan padahal mata ni rabak tak payah cakap la. Aku layankan je sampai dia penat dan tertidur. Sudahnya aku yg terkebil-kebil sorang-sorang sampai subuh. Kejap lagi dah nak masuk ofis. Hu. Mencabar.

Tapi takde pulak aku ni mama yg garang macam yg digembar-gemburkan hati sendiri tempoh hari. Elok je aku sayang-sayang dia, borak-borak. Paling dia suka bila aku zikir nak tidurkan dia. Dia pun ikut sama dalam bahasa dia.
Pastu senyum. Eh eh..dia ni ngorat kita plak.
Ke sebenarnya orang pregnant ni memang garang. Lulz.

Baru 5 bulan. Tapi macam -macam yg dah aku rencanakan. Nanti bila dia dah pandai cakap, aku nak tanya, Farrel syg mama tak? Sebab sekarang aku tanya dia buat tak tahu je. Aku pulak yg tolong jawabkan, “sayang la mama..” Aku nak tanya mata mana, hidung mana, mulut mana, kaki mana. Aku nak jalan pimpin-pimpin tangan dengan dia. Gituhhh. Haha.

Ada jugak aku bayangkan kalau dia tantrum ke kalau dia nakal ke aku nak buat apa. Perlahan-lahan aku ajar diri bagaimana untuk mengajar dia kelak. Anak-anak adalah reality kita waktu kecil. Mereka umpama kain putih, jangan tersalah mewarnanya. Sabar, sabar, sabar. Perjalanan mereka masih jauh. Dalam perjalanan yg jauh tu kita akan menempuh banyak fasa. Fasa bertanya, fasa pecahkan pinggan mangkuk, fasa banjirkan satu rumah, fasa sapu pomade papa dia satu badan dengan gaya sapu losyen, banyak. Tanya diri, mampukah kita bersabar kelak? Didiklah diri kita dulu untuk sama-sama melalui learning process tersebut. Kemudian, didik mereka dengan kasih sayang kerana setiap amanah akan ditanya kelak. Mudah-mudahan aku sentiasa menjadi mama yg sabar, penyayang dan cantik dimata anak. Eh.