Posts

Showing posts from January, 2014

"Pelan-pelan kayuh la der..."

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,   “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga maruahnya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.”   (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)   Alhamdulillah dipertemukan jodoh dalam usia yg muda bagi mereka-mereka yg berkahwin muda. Bertuah kerana mereka ini punyai banyak waktu untuk memberatkan dacing amalan sebelah kanan. Mengapa ? Ibnu Mas'ud RA berkata,Nabi SAW bersabda, "Apabila seorang isteri membersihkan pakaian suaminya maka Allah mencatatkan baginya 1000 kebaikan dan mengampuni kesalahannya dan Allah mengangkat 1000 darjat baginya." Seperti juga dalam nasihat Baginda SAW kepada puterinya Fathimah R.A, Rasulullah SAW bersabda,   "Wahai Fathimah, seseorang wanita yang meminyaki rambut dan janggut suaminya, mencukur kumisnya dan memotong kukunya, Allah SWT akan memberinya arak yang masih tertutup, murni