Posts

Showing posts from 2015
Image
2015 is finally wrapped up.. Amiin :)

Gubahan Coklat Hantaran: Gubahan Ferrero Rocher

Image
Bahan-bahan: Ferrero Rocher (pack of 30) Hershey's Nuggets (340g x 2packs) Hershey's Kisses (311g x 2packs) Kertas tisu putih & biru (pembalut jambangan bunga) Gabus bulat (boleh beli yg dah siap atau bentukkan sendiri) Span bunga Lidi sate Dawai halus Clear plastic wrapper Pita pembalut lidi (hijau/putih) Gam tembak Bunga Carnations Bunga Hydrangea Langkah-langkah: 1. Susun dan lekatkan hershey's nuggets atas gabus bulat. Lekat guna gam lilin Selang-selikan gold & silver (kalau ada). 2. Hasil dia jadi tower macam ni. Dapat 8 rows x 8 nuggets . Gabus cuma kat bawah je, jadi dalam tu kosong. Tuang hershey's kisses dalam tower sampai penuh. 3. Gamkan lidi bawah cup ferrero. Step ni lama sikit sebab kena tunggu gam kering. Bila gam kering dia akan jadi kukuh dan takkan tercabut. Gam banyak sikit ye. 4. Potong kertas tisu biru jadi segi empat sama. Lepastu lipat jadi segi 3. Bal

Aku terima nikahnya...

Image
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku kini isterinya.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar pada doa-doa, memintalah.. Sesungguhnya Dia Maha Mengasihi, bertawakallah.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan kami rezeki cuaca yang baik, makanan yang sedap dan cukup untuk semua tetamu serta umur dan kesihatan yang baik untuk mak dan ayah kami agar dapat sama-sama merestui majlis penuh barakah ini. Terima kasih kepada mak dan ayah yang paling berusaha, saudara-mara yang membantu kelancaran majlis serta kesudian sahabat-sahabat yang lama tak jumpa untuk hadir meraikan. Semoga doa-doa kalian menjadi asbab kebaikan untuk kami memulakan sebuah perjalan, InsyaAllah.. :: F&N DecemberToRemember

Hampir Ke Situ..

Image
Happiness is not always about having our wishes granted, but knowing that we have a dream and we're heading there.. :: F&N DecemberToRemember :: 540 hours to go

Surat untuk bakal suami

Assalamualaikum wahai bakal suamiku.. Tertulisnya warkah ini tepat jam 4.17 pagi, bertarikh 24/11/2015, bukan sekadar mengisi waktu atau kerana tidur terganggu tetapi untuk berkongsi rasa dan ku tulis warkah ini dari hati moga ia menjadi lakaran permulaan yang indah buat kita. Wahai bakal suamiku.. apa khabar? Aku harap kau sentiasa berkeadaan baik dan sihat walafiat tidak kira dimanapun kau berada. Semoga setiap jalan yang kau lalui, pekerjaan yang kau lakukan dan hari-hari yang kau tempuhi sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah yang tidak terhingga. Aku mendoakan segala kebaikan sentiasa disisimu. Amin. Wahai bakal suamiku.. Pertamanya aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini dan sudi menjadikan aku suri hatimu. Terlalu syukur kurasakan sewaktu engkau melamarku sehingga mengalir air mata ini tidak terasa. Sesungguhnya telah lama aku nantikan kehadiranmu, seorang insan yang berani menyatakan hasrat untuk menghalalkanku dan seorang yang

Girlfriends I Adore

Image
No need often message No need daily phone call No need routinely hang out We just know to be there for each every time needed.. Hurt, Heart, Missing, Tears, Laugh. 12 years of friendship
Image
Kadang kata terlalu pantas Tanpa melintas di pemikiran.. Lalu, ada hati yang tercantas Tanda kita sedar dan perasan..
Yang di kiri terus ke kiri Yang di kanan terus ke kanan Habistu aku yang kat tengah-tengah ni macam mana? Langgar dinding? #stress

Kasihi mereka seperti mana kamu dikasihiNya

Memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini. Lahirkan sifaat ihsan kepada binatang. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai” - HR. Bukhari. ::Humanity ::DK

Cinta Terbaik

Jujur saja ku tak mampu Hilangkan wajahmu di hatiku Meski malam mengganggu Hilangkan senyummu di mataku Ku sadari aku cinta padamu Meski ku bukan yang pertama di hatimu Tapi cintaku terbaik untukmu Meski ku bukan bintang di langit Tapi cintaku yang terbaik Jujur saja ku tak mampu Tuk pergi menjauh darimu Meski hatiku ragu Kau tak di sampingku setiap waktu Ku sadari aku cinta padamu Meski ku bukan yang pertama di hatimu Tapi cintaku terbaik untukmu Meski ku bukan bintang di langit Tapi cintaku yang terbaik :: Casandra

Senarai Semak Majlis Perkahwinan

Image
Dari fb GaleriKadKahwinSR
Image

Four Legs Little Friend: Fio Si Abang Sado

Image
December 2014 1 month old, he suddenly transformed into a guinea pig! 2 months old Again he transformed into a sheep! 4 months old. Shah Alam-Kuantan. Getting used to be in car Dobi assistant "I want to touch a fan" Keeping warm on the door matt Feeling restless I guess? Found a soulmate! Getting used to long journey. Yeay! Believe me, he is yoga-ing 10 months old. "Hey ladies, I'm Mr. Purrfect!" :: Fio 10 months :: Huggable

Apakah Cinta

Cinta tu apa? Terasa suka, luahkan, terus couple? Salah. Cinta itu bila kau takut akan kehilangan. Kau tak kisah dia tak tahu kau cinta, asalkan kau tak kehilangan dia. Bila ada keterbatasan, keinginan kau nak tengok muka dia terhalang, kau menangis. Kau merayu sendiri nak jumpa biarpun hanya dalam mimpi. Bila bergaduh, kau kan selalu menang kerana ego tapi kau kan kalah kerana rindu. Bila depan mata, kau rasa nak hentikan masa. Biar dunia kau hanya ada dia. Bila tak jumpa, kau tak senang duduk, kau tercari-cari. Seakan dunia akan terbalik. Kau takkan mampu jadi yang terbaik. Tapi kau kan selalu berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Kau tak takut meminta maaf. Kau lebih takut kata nista menjadi ucapan yang terakhir. Kau kan selalu terfikir mungkinkah pelukan harini adalah pelukan yang terakhir? Dimana pun kau dan dia berada, Walau jauh terpisah antara benua, kau takkan pernah missed doakan dia sesudah solat mahupun sebelum tidur.
Sometimes.. I miss myself. The old me. I miss how I never know how to get angry. I miss how I treated good to both good and bad people. Sometimes.. I miss how I cried when people treated me bad not because of their badness  but thought that I've had treated them bad. I miss how I kept inside whenever I'm feeling mad just because don't want to hurt others feeling. I miss how I managed to stay happy whenever people managed to let me down. I miss the smile. I miss the happiness. The real of me. I miss.. How I wish my path never crossed with the wrong people's.
Kita tak hidup untuk pujian Juga tak mati kerana cacian Kita hidup demi mencari redha Tuhan fb

Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Image
Sumber: fb #FnN

Cuba Positif

Izikanlah aku untuk tulis sesuatu yang membuktikan kesabaran-ada-batasnya. Aku tak tahu apa masalah kau. Tapi, dah lama aku observe perangai kau (in fact, bukan aku seorang tapi banyak mulut-mulut lain yang dah cakap pasal kau) kau memang jenis suka cari salah orang. Aku tak faham kenapa setiap benda yang kau tak suka/kau tak puas hati, kau akan shoot. Okaylah, bagi aku, kau belum capai tahap kematangan seorang manusia. Percayalah, aku cuba positifkan diri aku dengan perangai kau, dan aku percaya, kau akan capai kematangan tu satu hari nanti. As for now, kau nak sound orang ke, kau nak menganjing orang ke, kau nak malukan orang ke, itu kau punya pasal. Semoga cepat matang dan bahagia dengan fasa jaga-tepi-kain-sendiri. Okay beb? Jangan sampai kau pulak kena shoot dengan orang lain nanti. Kena ingat, sebelum cakap tu kena fikir dulu. Ada sebab Tuhan jadikan mulut kita satu je. Kesabaran, ada batasnya. Terima kasih Aneff Marhfiz. Akak tak reti nak meng elaborate prasaan
Allah hadirkan dia yang jahat,  untuk kita belajar sabar dengan sikapnya. Allah hadirkan dia yang baik, untuk kita belajar mensyukuri kehadirannya.

Saat Terpisah

Jauh.. Jauh kita terpisahkan oleh jarak ribuan batu Mencurah rindu dalam penantian yang tertunda Rindukah kau padaku? Serasa meniti waktu yang terpanjang Tanpamu, langkah ini terasa longlai Tanpamu, putaran waktu seperti songsang Tanpamu, keindahan dunia seperti hilang Aku merindukan semua tentangmu Apakah ukiran senyum bibirmu? Apakah suaramu mengundang lagu? Apakah terlukis ria pada wajahmu?   Tuhan, sampaikan rinduku padanya Pada dia kekasih yang Kau hadirkan untukku Pada cinta yang Kau tanamkan dihatiku Pada kasih sayang yang Kau titipkan padaku Biar dapat dia artikan kasih ini Biar benih cinta ini kan lebih subur dari sebelumnya.. Tuhan, jika penantian ini seertinya pengorbanan Jagalah keselamatannya disana Hadirkanlah cahaya saat ia dalam kesedihan Tunjukkanlah ia saat tak tahu harus kemana Tuhan, jika boleh aku meminta Pertemukanlah kami dalam keindahan Dalam pertemuan penuh kebahagiaan Dalam tentangan mata yang

Tingkap berdarah

Image
2 hari lepas, balik keje macam biase disambut oleh raksasa-raksasa comel tu. Pintu belum bukak lagi dah dengar meow meow dari dalam rumah. Tau-tau je bile dengar bunyi kunci. Tapi nyaringnye tu lain macam je tak macam selalu manje-manje. Sebaik pintu dibukak apelagi meluru la diorang keluar. Aku terperasan tepi mata kiri Fio macam kotor. Kesan macam basah dan coklat-hitam. Aih, takkan terlekat tahi kot. Sepahnye kau poopoo Fio. Ok xpe, jap lagi mandi. Dan macam biase jugak lepas masuk rumah aku akan bukak tingkap kejap untuk pengudaraan. Sebaik je aku selak langsir, tadaaaaa.. Tingkap berdarah. Penuh dari atas sampai bawah. Menggigil jap. Cuba hadam apa yang berlaku. Diorang bunuh burung ke. Takde pulak kesan-kesan burung. Ke ade penjenayah cuba menyelinap masuk. Oi gigih umah aku tingkat 4, cemane kau tarzankan diri tu. Tapi kesan darah yang bersepah tu nampak macam ade sesuatu yang bergelut disitu. Dah crime scene investigation jap. Tetibe teringat kesan kotor kat mata Fio
Image
Mika.. Yuyu.. Please come back... Please..

Please come back..

Last night i had a dream. I am in the middle of cats carnival. There were cages. All for sale. I walked and passed one by one cage. In the middle of noisy and rough people, my eyes spotted on this little dear.. With price tag showed RM280, she is all in white clean coat. Her eyes are wide ocean blue. Just like the blue diamond neclace in Titanic film, The Heart of The Ocean, made me so wanted to came closer. As I came near her, deeply stared into her wide ocean blue eyes, for a minutes and she just silent, I realized that I couldnt find the pupils. Her right eye is just empty shiny wide diamond blue while there were only a small dot in the centre of left eye. Small black dot. She was so silent until I talked to her. She responed but she couldnt see me.. She is blind.. Poor little creature.. She is blind with such beautiful eyes.. She is blind and being in the middle of noisy place. Helpless, dont know what is going on around. I dont know why I had such of dream. Last 2 nights I lost Yu

Hantaran Pertunangan Simple dan Minimalis

Image
Tepat-tepat 2 bulan lepas aku bertunang. Perkenalan singkat. 2 minggu je. Kau agak-agak? Tahniah kepada encik bakal suami atas keberanian untuk kearah yang serius. Memandangkan rombongan datangnya dari Negeri di Bawah Bayu, lalu hantaran untuk kedua-dua pihak dihasilkan oleh kitorang 2 orang sdn. bhd. Dari list out barang, beli barang, sampaila decoration. Jadi takdela situasi kecoh, Alamak! hantaran lupe nak dibawak naik kapal terbang.. Berbekalkan ideologi minimalis dan minat english style, garden dan picnic, lalu terhasil lah dulang 5 balas 7 kami yang comel ni.. Untuk pihak perempuan. Putih merah Coklat yang cuma tinggal plastik akibat gambar diambil lepas majlis. Untuk pihak lelaki Putih hijau Gubahan sireh dua-dua pihak dihasilkan oleh makcik aku pada malam sebelum hari kejadian. Penggubah sireh terjun.  Terima kasih, memang cantik! Ketersamaannya deco untuk kedua-dua belah pihak ni jelas menunjukkan ianya terhasil dari company yang