Posts

Showing posts from September, 2016

Membesarlah Dengan Indah

Image
Alhamdulillah.. Semoga menjadi insan yang pemurah dan berlapang dada dalam memberi, sepemurah dan berlapang dadanya seperti atukmu. Semoga menjadi seorang yang pengasih dan penyabar, seperti pengasih dan penyabarnya nenekmu. Semoga menjadi insan yang bertanggungjawab dan berusaha, sepertimana bertanggungjawab dan bersungguhnya ayahmu dalam berusaha. Melihatlah pada keindahan kebaikan Mendengarlah hanya pada alunan kebaikan yang indah Bertuturlah bahasa yang indah dan baik-baik :: FnNplus :: Cinta Pertama

Tutuplah Lubang-lubang Kebocoran Itu

Bersangka baik dengan rezeki. Rezeki orang lain yg belum menjadi rezeki kita. Bersangka baiklah kenapa Allah bagi dia dulu bukan aku. Mungkin Allah suruh kita cek balik apa yg bocor dalam amalan kita. Mungkin Allah suruh kita padam dulu titik-titik hitam dalam hati kita dengan redha. Orang lain buat bisnes online laju je sales masuk. Kita? Sales satu pun tak jalan. Marketing dah vavavom. Kenapa? Sedekah dah buat, usaha dah ada, tawakal tak lupa. Cuba cek balik. Masa tengok orang lain punya kejayaan tu apa kita siram dalam hati kita? “Menyampahnya asik-asik dapat kat dia.” “Apesal orang beli dengan dia, produk bukan best pun. Mahal pulak tu” Belum apa-apa kita skeptikal dulu. Kenapa? Sebab kita siram hati dengan iri. Kita tak tahu macam mana dia cuba cipta nama awal dulu. Mungkin sama susah je dengan kita nak cipta nama. Kita je tak tahu. Cuba kita redha. Itu rezeki dia. Rezeki aku belum lagi. Cuba bila tengok kejayaan biz org lain tu kita pun sama-sama ucap Alhamdulillah dalam hat
Image
Aku tak berharap untuk jadi orang terpenting dalam hidup dia. Cuma aku berharap pada suatu masa nanti bila dia melihat aku dihari tuaku, dia akan berkata ; "Perempuan tua inilah yang tak pernah berhenti memberiku kasih sayang dan perhatian j uga sanggup mencintaiku apa adanya"
Image
"Cuba masukkan satu senduk garam ke dalam cawan berisi air dan satu senduk lagi kedalam baldi juga berisi air. Yang manakah lebih masin? Cawan akan lebih masin. Kenapa? Kerana ianya lebih kecil berbanding baldi. Begitulah juga hati manusia. Jika kita lebih berlapang dada maka akan kuranglah kesakitan yg dirasai. Semulia-mulia manusia adalah manusia yg memaafkan.." Ustaz Syamsul Debat kool fm