Dec 31, 2014

Disini Hujungnya

Rabu, 31.12.2014 - Penutup.

Terasa macam baru semalam tak dapat pergi kerja sebab Kuantan banjir.

Padahal dah setahun berlalu.
Terasa macam baru je 2 bulan lepas dapat angpow Gong Xi Fa Chai.
2 bulan lagi dah nak Gong Xi Fa Chai sekali lagi.
Terjumpa dengan seseorang, bersalam, beramah mesra, hakikatnya aku tak ingat pun dia siapa.
That awkward moment when people recognize you, but you dont.
Dalam sedar tak sedar, terlalu banyak yang dikorbankan oleh mak dan ayah semata menginginkan anaknya ini bahagia. 
Syukur, dikurniakan mak dan ayah yang mungkin tak dapat dirasai kasih sayangnya oleh anak-anak lain di dunia ini.
Alhamdulillah berjaya mendapatkan sebuah rumah 
dan duduk berhousematekan kesayangan-kesayangan ku, 5 ekor budak comel kesemuanya. :)
Tak lupa jugak sebuah honda yang begitu daring mencommolot keretaku di susur Nilai-Pajam tempoh hari. Grrrrr!

Setahun berlalu dengan penuh pahit manis.

Walau ada hari-hari yang terlalu aku ingin ia tak pernah terjadi,
takkan mungkin 365 hari boleh dipadam menjadikannya kurang.
Macam-macam orang, macam-macam ragam yang sesetengahnya
terlalu ingin aku kuburkan, namun takut terkuburkan bersama yang indah-indah. Lalu ku biarkan saja semuanya berlalu sebagai kenangan dan pengalaman.

Cukuplah yang pahit terhenti disini. 

Agar esok matahari kembali bangkit.
Semoga semalam yang indah terus subur di taman kenangan.
Agar dapat diukir senyuman saat kenangan melintasi ingatan.
Hendaknya hikmah dariMu tetap teguh dihati dan nurani.
Agar diri terus teguh tak goyah dek hambatan nafsu tadhlil.

Cukuplah 2014 sampai disini.

Semoga nur 2015 menyinarkan rahmat Mu Ya Allah agar terus kami menjadi mukminMu dan khalifahMu yang sentiasa engkau redhai.

Alhamdulillah..


Dec 12, 2014


Well said..



Congratulation both.

Nov 20, 2014

School of Art


Ingat tak dulu zaman sekolah-sekolah, waktu hari anugerah atau penyampaian hadiah? Disiang hari, nama dipanggil sensorang dengan sedikit persembahan selingan oleh student.

Ingat tak waktu sekolah dulu macam mana kita nyanyi lagu Negaraku diiringi muzik minus one?
Ingat tak lagi betapa kaku dan hambarnya kita menyanyi lagu sekolah waktu perhimpunan segala?

Semalam aku telah dibawa mengimbau zaman-zaman tu tapi dengan cara dan perasaan yang sebaliknya menerusi Majlis Anugerah Persada Mutiara Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL).




Nyanyian negaraku diiringi orkestra.
Muzik Negaraku live ok. Bukan minus one.



Persembahan tarian pembukaan tirai oleh Tingkah Tari




Persembahan selingan - tarian tradisional
Aku tak tau apa namanya tapi ada macam zapin sket. Zapin la kot.



Persembahan teater muzikal
dengan dendangan pelbagai lagu
salah satunya lagu Hanya Aku (Hyperact) by vokalis sekolah .
Suara buat orang jatuh cinta hewhew.
Waktu ni drummer perempuan. Power gile.
Klimaks teater orkestra main lagu The Final Countdown. 
Sumpah akak terkesima.






Penutup nyanyi lagu sekolah diiringi orkestra siap ade gerak tari lagi.
Kelihatan anak Jamal Abdillah memetik gitar disitu.
Ohsemmm! 
Kekaguman melanda sambil hati berdetik-detik, apsal la aku sekolah dulu nyanyi lagu skolah tak seseronok camni. *perlu lah.

Nah, itu dia cerita malam semalam yang hebat, lain dan kreatif.
Maaplah tak dapat nak share video orkestra segala disini.
And for your record, orkestra vokalis actors penari, 
they are all Form 1 students of SSeMKL.
Syabbasss budak-budak! Korang bermula dengan baik.

Dan kami mengakhiri malam semalam minum di kedai mamak kerana kepanasan akibat sinaran lampu-lampu limpah dalam dewan.




Thanks to Hana kerana menjemput. :)

Nov 19, 2014

Birman: Four Legs Little Friend Part II



Dah besar dah beliau ni..
Mungji. Female. Birman. 7 months. Snow shoes.
Adopt dari umur beliau 2 months.
(Throwback: Four Legs Little Friends)


"grrrrrrr...."
Rindu beliau!

Nov 14, 2014

Tantrum: Pengalaman dan Pelajaran



Semalam.
Sorang student yang cute.
Umur 4 tahun. Bijak budaknya.
Secara tiba-tiba telah mengamuk.
Sekasar-kasarnya dia padam buku dia.
Tak puas hati, dikoyaknye pulak buku tu.
Mengamuk, menangis dan menjerit.
Mak dia masuk (nasib baik maknye ada ditempat kejadian).
He suppose to seat a test with regards to upgrade levels.
Learning centre ni ada 32 levels.
1 level mengandungi 4 bab.
Berjaya 1 level - seat test - upgrade level dan begitulah seterusnya.


Tantrum or Temper Tantrum

Sejenis luahan emosi kanak-kanak antara 0-6 tahun.
Selalunya dikaitkan dengan kedegilan, menangis, menjerit, susah untuk ditenteramkan dan dalam sesetengah kes cenderung untuk mencederakan.
Tantrum berlaku apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
Ini adalah salah satu bentuk mereka berkomunikasi kerana dalam usia ini, pengetahuan penggunaan bahasa dan perkataan masih terhad. Dan ini adalah normal sebagai salah satu tanda mereka sedang belajar berdikari.

Bagaimana mengendalikan mereka yang sedang tantrum?
  • Pastikan mereka selamat
  • Pastikan penjaga/ibu bapa tenang
  • Jangan menghukum mereka
  • Jangan berikan ganjaran
  • Asingkan mereka jika boleh
  • Jangan beri perhatian kepada tingkah laku tersebut
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi cara anda mengendalikan tantrum itu.

Tantrum boleh dikawal dengan cara:

1. Alih perhatian anak
  • Alihkan perhatian mereka apabila nampak simptom seperti mula hendak menangis.
  • Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis.  Jawab ibu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengarkan jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam.
2. Tenang
  • Elak daripada memarahi atau menjerit mahupun memukul. Ini tidak akan membantu malah akan memburukkan lagi keadaan tantrum.
  • Jika anak mengamuk kerana tidak berjaya melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan yang lebih mudah.
  • Baca surah al-Insyirah untuk menenagkan diri sendiri.
3. Jangan pedulikan sekejap
  • Membiarkan anak meragam adalah ubat mujarab. Ini membantu mengajar mereka yang permintaan itu sememangnya tidak boleh dipenuhi.
  • Tegas dan tidak mengalah kerana mereka akan tahu itu adalah kelemahan ibu bapa dan cenderung menggunakan kelemahan itu setiap kali inginkan sesuatu.
  • Jangan perhatikannya. Cuma pastikan anak selamat dari melukakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala atau sesak nafas atau tercedera terkena objek bahaya disekitarnya.
4. Apabila anak berhenti mengamuk
  • Bincang secara lembut dengan merekan kenapa perangai itu tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi.
  • Bersikap dan bercakap secara berdiplomasi tentang sebab dan akibat dari tingkahlaku itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum dengan menjerit atau memukul menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang.

Jika ibubapa penuhi yang mereka mahukan sebagai satu cara untuk hentikan tantrum, tantrum akan menjadi jauh lebih teruk lagi. Ia sebenarnya mengajar anak-anak untuk mamanipulasi keadaan dan ini akan berterusan hingga ke dewasa.

Student ku yang mengamuk semalam tu adalah kerana tak dapat jawab revision mathnya dan dia rasa dia tak mampu untuk seat the test tapi dia tak nak give up on it.
Well, he just 4 and force himself to seat for such level yang ku kira agak tinggi untuk budak seusia tu.

Tapi lepas 20 minit menjerit-jerit dan menangis, alhamdulillah dia kembali tenang dan mampu jawab test dengan jayanya. Hebat..

Sumber:

DoktorBudak
RENTIS
Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Nov 12, 2014

a work from heart


"Teacher..can you open the door for me?" - Yuan, 4 years old
"Teacher, this is easy for me. Just mark it right." - Wan Sara, 8 years old
"Teacher, can you help me with this equation?"- Aman, 5 years old

Yuan, Wan Sara, Aman.
They are one of my students. :)

Apart from art, I love doing teaching.
Alhamdulillah, I am now teaching pre school and primary school students.
Age from 4 - 12 years old.
Not really a school teacher la..
Let just say, a tutor. To be more specific, part time tutor. Hehe
And suprised, I'm teaching math!
Defuq math?? Ok funny. 
I don't do math, but who knews I'm doing it now.
Yes, I am teaching but yet I'm learning too!
You know, math yang dulu bukan la math yang sekarang.
Ha kau, bebudak sekarang sume hebat tahu.
And some of them don't know how to speak malay at all. So sad.
Hatta anak-anak melayu pun hebat speaking tahu.
Maka bahasa kebangsaan disitu adalah inggelish. 

Learning centre yang currently I'm working for is teaching two different modules. Basic Thinking math and Critical Thinking math.
It is easy to teach Basic Thinking but I love marking Critical Thinking sheet.
for Basic Thinking, we have to check the answer one by one. Well, math kan full with equation and jalan kira. Critical Thinking pulak selalunya jawapan tu kita rasa betul tapi sebenarnya tak.
Tapi kusuka marking Critical Thinking because the answer sheet is there. Haha.
For the time being I'm teaching Basic Thinking Math. 
So please call me Teacher Nurin. Ok kekwat.

Well said,


Lepas je abis seharian kat ofis, lelaju start kete menuju ke learning centre. Then only by 11pm I'll be home. 
So, it does 'takes a big heart' and effort too!
By the way, even aku hanya teaching for 4 hours tapi bekerja dengan kanak-kanak ni membuatkan aku belajar benda baru setiap hari. 
And I love doing it.

Walaupun begitu, bagi aku mengajar bukanlah mengenai

kecekapan, kepandaian mahupun ketegasan
tapi ianya adalah mengenai keikhlasan membantu.
And trust me, kids would know how sincere you are.

May Allah ease. :)


Nov 4, 2014

Menguntai Sesalan


Menyusuri di celah helaian resah

Aku mencari makna sebuah ceritera
Tentang cinta yang kau miliki
Yang seandainya dulu aku ketahui

Andainya dapatku kembalikan masa

Pasti semuanya kan berbeda
Takkan aku uraikan air matamu
Kala tabir hitam menyelimut hati

Waktu terasa deras berlalu

Namun cukup perlahan menembusi sebuah keegoan
Yang dulu ku dindingkan teguh
Kini rekah dihirap kesalan

Maafkan aku

Aku tak mampu memenuhi yang kau pinta
Aku tak bisa menghurai persoalanmu dulu
Aku bodoh mentafsir hatimu

Namun,
Andai maaf ini tak ampuh menghilang khilaf
Ku pasrahkan jiwa ini terus berlagu sesalan.. 

Oct 27, 2014


Hurt me with the
TRUTH
But never comfort me with a
LIE

Oct 17, 2014

Siklus tiga purnama



“Tidak Dia datangkan ujian
melainkan untuk hikmah..”


Semangat melepuh mengalir lebur menjadi debuan  
Tika dunia mentertawakan
Saat cacian bagaikan hujan
Waktu pandangan serong adalah teman

Aku hanyalah satu zarah kecil di ruangan sebuah hatimu
Saat titisan hujan terasa menghiris
Begitu sulit mendefinisi rasa
Sedangkan yang melepaskan adalah aku

Terlalu banyak kejadian dalam tempoh waktu itu.

Mulanya aku tak faham.
Keras hati menunding jari kepada takdir.
Mengeluh itu ini. Terfikir-fikir kenapa aku yang
harus merasai.
Jahilnya aku..

Walaupun aku tahu kini, takkan mungkin waktu terputar kembali

aku redha dan bersyukur kerana
jihadku masih belum sempurna, namun masih juga belum terlewatkan.

3 bulan sesingkat waktu ini
aku menyayangi.
Dikurniakan padaku satu cahaya cinta
sebagai perantara
yang mengajar aku banyak tentang Dia.

3 bulan sesingkat waktu ini

aku kembali.
Dia menjauhkan aku darimu agar aku
kembali mengenal Ad-Deen.

3 bulan sesingkat waktu ini

aku belajar.
Satu kesalahan sudah cukup
membuatkan manusia lupa pada 10 kebaikan.
Aku belajar memaafkan.

3 bulan sesingkat waktu ini

aku terluka.
Luka paling dalam membuatkan kusedar
sebenarnya cinta terbaik itu
sentiasa berada dekat disisi.

Aku

Mengerti disaat
semua terhenti
dan
berfikir disaat
semua berakhir

Oct 15, 2014



Khayalan Sebentar


Di bawah langit nan keperakkan

Bersaksikan deruan ombak yang seirama hati
Waktu ini, ingin rasanya aku terbang
melayang menatap mata yang redup memandang 
Damai mendengarkan kata nan puitis
Serasa begitu dicintai selayakya.. 

Seakan terdengar petikan gitar
Indah lembut menuai suasana
Menghapus segala gundah
tika malam tanpa bintang,
tika siang tanpa terang.

Ingin sekali aku hentikan waktu disini
Agar dapat kupeluk erat keindahan rasa ini
Rasa yang melengkap kesempurnaan waktu
tika kau teruntukku

Akan kubawa lari bahagia ini

begitu jauh ke langit malam tanpa sempadan
andai kutahu ia kan diambil pergi 

Telah hujan malam itu menghapus tangisku
Membawa pergi bersama jejakmu..

Aku tersenyum sendiri
Terlalu indah cerita cinta itu
walau hanya sesingkat kerlipan mata..

Oct 14, 2014

Perutusan Mimpi


Terjaga disaat bibir menyebutkan satu nama

Terasa aneh.
Serasanya telah begitu sepurnama tidur
Penatnya seperti baru sudah melakukan satu perjalanan yang jauh
Jam direnung. 2:59 pagi..
Nafas dihela, "astaghfirullahal'adzim.."
Mata cuba dilelap kembali. Gagal.
Fikiran kosong. Atau, sebenarnya sudah penat berfikir.
Tak semena, bagaikan terdorong tubuh bingkas bangkit
Langkah diatur diatas lantai yang sepertinya membeku
Menyiram kesucian wuduk secara tertib
Lantas, sejadah dibentang
Menghamparkan kerinduan dan kesalan kepada Yang Maha Agung
Melepaskan bebanan yang tersarat dalam niat sebuah tahajud
Memohon dikurniakan ketenangan dan keikhlasan
Agar bisa menjadi kuat lagi.

Begitu indah dan lembut Dia mengingatkan tentang seperkara,


"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi deredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu."

(Al-Fajr: Ayat 27-30)

Oct 13, 2014

to the past..


Let us forget

And forgive
We're not great
Our life's a gift.

When we forgive

It's a relief
To give
Off our sleeve
As part of our belief. ~Rb Salleh





Oct 12, 2014


Tuhan titipkan rasa pada kita untuk menangis
Agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih.


Mya Hanna, a friend.

Oct 8, 2014

....


aku pergi bukan kerana membenci
aku mencari peluang untuk hidup.
ku tahu, kan separuh mati merinduimu.
pada mana harusku lafaz lagi.
perginya aku demi menjaga hati yang tinggal cebisan.
langkahku takkan terjejaki lagi demi kesempurnaan masa-masa indahmu.
ampunkan aku dan fikiran sempitku,
semoga 'keputusan' itu yang benar dalam pencarianmu.
yang aku simpan hanya indah,
yang aku simpan hanya ikhlas,
yang aku simpan hanya maaf,
Terima kasih untuk cinta ini.
Tuhanku, temukan kami lagi di syurgaMu nanti..

Sep 30, 2014

..ratapan naluri



Bismillahirrahmanirrahim

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..."

(Al-Ankabut: Ayat 2 & 3)

Ya Allah,
Mengapa serasaku tak mampu menampung beratnya uijian dariMu?
Sedang telah Engkau janjikan,
"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.."

Ya Allah,
Mengapa masih aku terluka menunggu jawapan dariMu?
Sedang telah Engkau berpesan,
"Sesungguhnya kami tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya.."

Ya Allah,
Telah lama aku nantikan.
Tapi apakah Engkau datangkannya hanya sebagai ujian?
Telah lama aku impikan, Ya Allah.
Tapi apakah ia Engkau kurniakan hanya untuk sedetik cuma?

Tuhanku, telah aku panjangkan doaku padaMu disetiap waktu dukaku, gembiraku.
Tuhanku, telah Kau dengar rintihku disetiap solat siang dan malamku.
Tuhanku, telah Kau saksikan tangisanku disetiap sujud Tahajudku.

Wahai Tuhanku,
Telah aku pahatkan usaha,
Telahku ukir doa-doa,
Telah basah lidahku dengan zikrullah, tasbih serta tahmid,
Tidakku lupa tawakal dan yakin padaMu.

Wahai Tuhanku,
Apakah tidak cukup ketulusanku ini terhadapMu?
Wahai Tuhanku,
Masihkah belum cukup kehambaanku terhadapMu?
Wahai Tuhanku,
Mungkinkah masih belum terbukti kecintanku padaMu?

Ya Allah,
Aku sering mengeluh..
Bimbinglah aku agar bisa tetap mensyukuriMu.
Suluhilah jalanku agar tidak aku tersasar dari jalan menemui redhaMu.
Berikanlahku satu peluang untuk menikmati keampunan dariMu dan kebahagiaan diduniaMu ini.
Tidakku rasakan yang terbaik untukku melainkan hanya Engkau yang tahu..


Sep 29, 2014

Mengukir Keindahan Masa Lalu


waktu membawaku berlari
begitu cepat,

menarik paksa
tubuhku yang telah ringkih...
memaksaku untuk tetap
menatap kedepan sembari
menghela nafas berat..

masa lalu…
ingin aku menolehnya walau untuk sebentar saja sekedar untukku
menghilangkan dahaga kerinduanku
akan masa-masa indah saat aku
masih memiliki cinta

saat ini sepertinya aku telah mati,
rasaku hilang entah kemana…

duka…
bahagia…
apapun namanya, semua bagiku sama tak ada lagi indah

yang dulu selalu membuatku tersenyum kini semua merentas
berhamburan dan sirna ditelan linangan air mata

andainya aku mampu, aku ingin kembali kemasa itu,
dimana ada senyum dan tawa

Saat ini aku ingin rasaku kembali
agar aku merasa hidup lagi,

aku ingin hatiku utuh lagi sebagai
mana dulu sebelum aku
mengenal cinta.



~Kinanti Mutiara Hati~

Kehilangan Harapan


Telah kau pasakkan satu halangan
Menjadikan kita terpisah, terseksa

Jauh kau melangkah pergi

Meninggalkan impian dan anganan

"Sanggupkah wahai hati?"

Masih tetap sunyi tanpa kepastian
Terburuk keseorangan
Khilaf menyalahkan takdir dan keadaan.
Cuba menggapai pautan dari sisa kekuatan
Mencari kekurangan diri, memikirkan kesalahan sendiri.

Telah hati kau peluk erat
dibawa pergi hingga tiada tinggal apapun.
Ingin sekali aku mengejar tapi kau hanya bayang.

Andainya mampu ku daki pelangi,

Akan kusiram cinta ini dengan warnanya.
Andainya dapat ku putar lautan,
Akan aku benamkan setiap halangan kedasarnya.

Atau apakah keputusan yang salah 
membawa ke tempat yang betul.
Atau apakah ia hanya kebetulan yang salah..

Aug 28, 2014



Aug 25, 2014





"Jangan cuba ambil tahu tentang masa depan, sesuatu yang belum terjadi. Mungkin kita rasa kita takkan mampu menanggung sesuatu beban, tapi bila sampai masanya, rupanya kita lebih dari mampu. Kerana setiap sesuatu yang terjadi telah ditetapkan oleh Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui kemampuan seorang hamba dan Dialah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang baik untuk hambaNya."


Puan Nor Hayati

Aug 21, 2014

Leaving.


Sailing with a dinghy,
Along this midst ocean,
Under the darkest sky.
Waiting a storm to rage on.
Can't find any land, neither way to turn back.
Floating nowhere. All alone. 
With only fractured oars and a hard try.
Crying lungs out loud. Nobody heard.
Begging for an angel.
To take my hand, to lead my way.
Now and forever,
Together we find our own way back.
Together we find the sun.
I just can't go on all by my own..

Aug 20, 2014

Fadilat mengamalkan Surah At-Taubah ayat 128-129



Maksud ayat 128:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


Maksud ayat 129:


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.


Fadilatnya ayat ini dibaca sebanyak 7 kali sesudah solat, dengan izin Allah:


* Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

* Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
* Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapat pertolongan.
* Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
* Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
* Jika dia seorang yang  berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
* Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.



Tatkala Menyambut Kelahiran di Hospital Gomen


Ternampak gambar surat ni yg di share di fb seorang sahabat.
Sangat membantu untuk masa hadapan.
Kredit to empunya surat, Khairunnisa Hamzah (fb)

Permohonan Doktor dan Jururawat Wanita untuk Menyambut Kelahiran


Pehal plak doktor laki ramai dalam bidang ni ye?
Hmm... nothing but wondering.

Aug 18, 2014

Fragile..


If only I could begin a new pray.
If only I could chasing a rainbow, shooing away a cloud.
You don't know, so many things I wanted to do.
How can i'd be okay.
Rains are falling, I'm lying in broken.
I don't know the simplest answer.
I can't find the simplest way.
Can't you see in my eyes the pain inside.
You are here but seems thousand miles apart.
How your decision had taken my breath away..

I don't mind if I have to dance on a cliff,

Just to get you in my arms.
I don't care if my whole world could shatter,
If only losing you is the matter.

Aug 12, 2014



Sumber: fb M.A

Jul 17, 2014



Jul 11, 2014


Harapan hari ini,

Impian hari ini,
Keghairahan hari ini,
Keasyikan hari ini,
Semuanya lenyap, hilang begitu sahaja.
Hilang tiada apa walau hanya bayang. Hilang.
Nafasku seakan terhenti.
Terasa seperti inginku lari tinggalkan dunia.
Runtuh jiwa.
Hilang punca.
Aku patah semangat.

Angin, khabarkan padaku dari hembusanmu.

Bintang, jawablah aku dari kerlipanmu.
Mentari, sinarkanlah satu kepastian dari bahangmu.
Jawablah aku, hapuskan rasa ini andai ia bukan milikku.
Duhai ombak,
Pinjamkanku sedikit dari keberanianmu,
Sekeras keberanian ombak menghempas pantai..
Duhai langit,
Hulurkanlah cebisan awan teguhmu,
Agar dapat ku kuatkan hati ini sekuat dan seteguh
langit tanpa sandaran..