Posts

Showing posts from 2016

Pendosa Tanpa Noktah

Hujan mencurah lebat di luar tingkap. Jelas dapat ku lihat curahan rintiknya dari meja kerjaku menerusi jendela yg besar. Titis-titis hujan yg berbintik di cermin tingkap dapat kutangkap jernihnya namun tak dapat kubilang jumlahnya. Beribu. Dedaunan pohon diluar menunduk kebasahan. Bangunan tinggi di seberang kian sayup lihatnya. Pandangan kubiarkan tembus mencari wajah-wajah yang ku rindu. Satu persatu menerpa. Sayu sedihku bertandang seiring hadirnya wajah-wajah itu. Banyak salahku yg tidak tertebus. Ada yang aku kecewakan. Ada yang berkecil hati. Ada yang memaksa diri asalkan aku puas hati. Malah ada yang pernah menangis. Ingin sekali rasaku berlari kearah mereka. Mendakap dan mencium pipi mereka. Agar mereka rasa betapa ingin aku memohon ampun. Terkadang salah yang sama masih berulang. Walhal telah cuba ku kawal. Tabiat mungkin. Laku ku teserlah tanpa kusedar. Ingin sekali aku memohon maaf. Tapi entah mengapa ucapan maaf begitu sukar untuk diungkap. Takut mungkin. Malu pun ya. Kal…

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Image
Hari ke 2, datang seorang nurse dengan apron plastic menolak troli ubat-ubatan berjalan kearah ku. Lantas menarik kerusi disebelah katilku dan melabuhkan punggungnya disitu.
“Puan, harini saya nak cucuk pencair darah.” Sambil mengeluarkan sebotol kecil cecair bersaiz panjang ibu jari yg bertulis ‘Heparin’. Aku feedback positif. Dia adalah nurse faveretku memandangkan skill menyuntiknya adalah sangat pro. Tak sakit. Malah tak terasa apa pun. Dialah yg berjaya mencabut branula kat tanganku semalam tanpa rasa sakit sikit pun. Pendek kata, jarum tu adalah bestfrennya. “Selepas bersalin secara pembedahan, kita akan bagi suntikan ni untuk mengelakkan pembentukan darah beku. Darah beku ini adalah bahaya jika memasuki jantung. Patient akan collapse/pengsan/koma atau terus meninggal.” Sambungnya. Serius. “Dah banyak yang berlaku ye puan.” Aku mengangguk tanda faham. “Suntikan ini perlu diambil 2 kali sehari dengan jarak 12 jam setiap satu suntikan selama 10 hari. Ini bermakna total adalah 20 sunti…

Garapan Jiwa Seorang Isteri

Suamiku..
Ingin selalu kutuliskan untukmu Untaian puitis dari jiwaku Yang selalu bermula dengan keihklasan Diisi penuh kejujuran Dan dinoktahkan dengan keredhaan Agar bisa kau merasa cinta tanpa ungkapan Persembahan dari sanubariku yang terdalam Kerana hanya dengan itu Aku bisa bersujud patuh memujaNya

Suamiku.. Yang kudambakan hanya sederhana darimu Agar kau tak merasa bebanan dunia Sebab apalah erti kemewahan yang gemerlap
Jika hanya akan mendekatkan jiwaku pada kehidupan fana
Bersamamu, suamiku..
Aku bisa menghirup hari dengan kekayaan cinta
Cita-cita yang cukup untuk aku
Sehingga tak terasa kurang apapun

Wahai suamiku.. Maafi khilaf sedar dan tidak sedarku Kerna ku hanya hambaNya yang lemah Hanya mampu merasa dan berfikir singkat Walau hakikatnya aku bersyukur dianugerahkan dikau padaku Lantaran kebahagian yang kau berikan padaku Sentiasa menjadi cahaya kiblatku Dalam mencari redhaNya Dan memalingkanku dari kehidupan yang hanya sekejap waktu ini

Bersamamu suamiku..
Hendaklah mampu dikau memacu kita ke jalan c…

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Image
Catatan ini adalah pengalaman aku sendiri untuk mereka yg tak pernah bersalin di Hospital Sg Buloh dan bercadang nak ke situ. Serta, disebabkan aku lahir anak pertama tertanya-tanya macam mana proses nak ke labour room tu, jadi aku kongsikan ini untuk ibu-ibu yg bakal melahirkan anak pertama. Semoga dapat sedikit pencerahan.
Pendaftaran
Unit bersalin seperti hospital-hospital lainnya, terletak sebelah EMERGENCY. Agak-agak tak tahu mana nak pergi, terus la pergi ke bahagian emergency. Confirm unit bersalin disitu. Mula-mula sampai macam biasa la perlu register. Tunjukkan buku pink dan isi form yg perlu. Mereka akan tanya kenapa datang. Cerita la dah turun tanda ke dah sakit ke. Jadi, proses register akan bergantung pada keadaan ibu. Ada form perlu di sign oleh suami jugak. Jadi, lepas cari parking laju-laju la suami ke kaunter tadi ye. Selepas selesai register, ibu boleh masuk ke dalam melalui pintu sebelah kiri. Ibu sahaja yg boleh masuk. Suami tidak dibenarkan. Para suami boleh tunggu …

Pengalaman Bersalin Czer: Senyuman Pertama

Image
Baby mana? Baby?? Hati memberontak ingin melihat susuk itu. Bagaimana rupanya, suaranya. Baby..jeritku lagi. Tapi suara seakan disekat. Duniaku kabur. Aku nak tengok baby..tolonglah.. Jiwa ampuh merintih tanpa suara. Jiwa ampuh, kudrat lumpuh.
************************************  Awal pregnancy morning sickness teruk. Sehingga terpaksa unpaid leave 2 bulan. Nasib baik pihak syarikat memahami. Duniaku siang malam hanyalah terbaring di katil. Bangun cuma ke toilet. Itupun untuk muntah. Pernah jugak tak sempat ke toilet, berhamburan segala di tepi katil. Mujur suami tabah tolong bersihkan. Makanlah apa pun, minumlah apapun, semua ditolak keluar walaupun makanan tu paling aku teringin waktu tu. Perut kempis bagaikan tidak berisi. Dalam keseksaan itu, timbul rasa berputus asa. “Kalau tahu macam ni, tak nak lah” kejam bunyinya. Hujung bulan ke 3, gagahkan diri pergi klinik. Doktor scan. Scan yg ada sound. “Dub dab dub dab” Allahu, kedengaran detak jantung si kecil itu. Tanpa sedar, menitik airmata…

Membesarlah Dengan Indah

Image
Alhamdulillah.. Semoga menjadi insan yang pemurah dan berlapang dada dalam memberi, sepemurah dan berlapang dadanya seperti atukmu. Semoga menjadi seorang yang pengasih dan penyabar, seperti pengasih dan penyabarnya nenekmu. Semoga menjadi insan yang bertanggungjawab dan berusaha, sepertimana bertanggungjawab dan bersungguhnya ayahmu dalam berusaha.
Melihatlah pada keindahan kebaikan Mendengarlah hanya pada alunan kebaikan yang indah Bertuturlah bahasa yang indah dan baik-baik
:: FnNplus :: Cinta Pertama

Tutuplah Lubang-lubang Kebocoran Itu

Bersangka baik dengan rezeki. Rezeki orang lain yg belum menjadi rezeki kita. Bersangka baiklah kenapa Allah bagi dia dulu bukan aku. Mungkin Allah suruh kita cek balik apa yg bocor dalam amalan kita. Mungkin Allah suruh kita padam dulu titik-titik hitam dalam hati kita dengan redha.
Orang lain buat bisnes online laju je sales masuk. Kita? Sales satu pun tak jalan. Marketing dah vavavom. Kenapa? Sedekah dah buat, usaha dah ada, tawakal tak lupa. Cuba cek balik. Masa tengok orang lain punya kejayaan tu apa kita siram dalam hati kita? “Menyampahnya asik-asik dapat kat dia.” “Apesal orang beli dengan dia, produk bukan best pun. Mahal pulak tu” Belum apa-apa kita skeptikal dulu. Kenapa? Sebab kita siram hati dengan iri. Kita tak tahu macam mana dia cuba cipta nama awal dulu. Mungkin sama susah je dengan kita nak cipta nama. Kita je tak tahu. Cuba kita redha. Itu rezeki dia. Rezeki aku belum lagi. Cuba bila tengok kejayaan biz org lain tu kita pun sama-sama ucap Alhamdulillah dalam hati. “…
Image
Aku tak berharap untuk jadi orang terpenting dalam hidup dia. Cuma aku berharap pada suatu masa nanti bila dia melihat aku dihari tuaku, dia akan berkata ; "Perempuan tua inilah yang tak pernah berhenti memberiku kasih sayang dan perhatian juga sanggup mencintaiku apa adanya"
Image
"Cuba masukkan satu senduk garam ke dalam cawan berisi air dan satu senduk lagi kedalam baldi juga berisi air. Yang manakah lebih masin? Cawan akan lebih masin. Kenapa? Kerana ianya lebih kecil berbanding baldi. Begitulah juga hati manusia. Jika kita lebih berlapang dada maka akan kuranglah kesakitan yg dirasai. Semulia-mulia manusia adalah manusia yg memaafkan.."
Ustaz Syamsul Debat kool fm

Tidakkan Pernah Kita Bersedia Untuk Satu Kehilangan

Image
Harini ini, abang nampak sayang. Abang nampak sayang tengok tv. Abang nampak sayang pandang abang. Abang nampak sayang senyum pada abang.
Tadi, sayang masak makan malam untuk abang. Lauk kegemaran abang. Tak sedap pun abang telan je diam-diam. Kalau sedap lagi la bertambah-tambah nasi.
Semalam kita bergaduh. Abang marah sayang. Sayang merajuk. Abang bukan tak nak pujuk tapi abang tak reti pujuk. Sayang pun buat tak tahu je. Layan jugak makan pakai abang macam biasa. Takpela tak nak terbawak-bawak perasaan marah. Abang boleh mintak maaf bila-bila sayang dah sejuk nanti.
Selalu sayang cium tangan abang, cium pipi abang. Mintak abang cium pipi sayang. Kadang-kadang abang penat. Abang cakap nanti la. Tapi senyap-senyap bila sayang dah tidur abang cium pipi. Abang ego tapi comel.
Sayang tahu bila abang takde duit. Jadi sayang jimat-jimat duit sendiri supaya abang tak risau. Kalau ada lebih sayang bagi tapi abang selalu tolak. Selalu abang usaha dapatkan ikut lain. Abang taknak sayang sama susah. Tapi su…

Apabila Telah Dipanggil Kubur...

Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada anaknya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah.. Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat.. Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur.. Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh d…