Posts

Showing posts from May, 2015
Ada satu formula dalam percintaan.. Yang bujang dengan yang bujang. Yang dah berkahwin dengan keluarganya. :: TheLastBlossom

Cloudy Sad Friday Morning

Mendung di pagi jumaat ini seakan memayungi pemergiannya. Menambahkan kepiluan tanpa dijemput. Menghenti langkahku yang laju menuruni anak tangga menuju ke parking kereta.  Kecederaannya yang parah itulah yang membawa kepada kematiannya, aku pasti. Tragis. Sungguh tragis dengan kepala yang hampir terpisah dari badan menampakkan daging yang masih merah. Kasihannya tubuh kecil ini menanggung azab yang sedemikian rupa. Air mata mengalir tanpa tertahan mengiringi renyai halus. Baru dua hari lepas dia menyapaku ditangga. Sekadar menyapa bukan meminta makan. Sempat aku usap kepalanya sambil dia memejam mata tanda menerima. Tapi pagi ni aku jumpanya tanpa nyawa. Ditempat pertama kali kami bertemu inilah menjadi tempat yang terakhir dia memperlihatkan keadaannya padaku. Tragisnya perjumpaan kali yang akhir ini.. Damailah kau disana, Belang.. 

the missing puzzle piece

Image
Dalam perhubungan yang aku lalui itu, takde lain yang aku inginkan kecuali masa, perhatian dan perasaan istimewa yang hanya untuk aku. Tidak terbahagi. Bukan harta yang aku soalkan. Hakikatnya aku tak pernah tanya berapa kali dah kau tukar kereta? Rumah dah ada ke belum? Bukan duit yang aku kejarkan. Hakikatnya aku tak pernah pun nak ambil tahu berapa gaji kau sebulan. Elaun? Bonus? Bukan kebendaan yang aku inginkan. Hakikatnya tak pernah sekali pun aku mintak dibelikan barang kemas, hatta baju seklipun. Tak pernah. Aku tak perlukan semua yang diatas ini kerana aku mampu meng ada kan sendiri. Kereta, checked. Duit-gaji, checked. Rumah, walaupun belum mampu beli tapi mampu sewa satu rumah sorang-sorang. Yang terpenting bagiku itu hanyalah, Masa. Perhatian. Sayang cinta rindu. Yang tidak terbahagi, layaknya hanya untuk aku. Tidak terbahagi. Sesusah mana pun hidup berdikari sendirian, sebeban manapun terasa bahu memikul, cukup 3 perkara ini mampu menjadi peringannya
Give more. Expect less. Live happily.

Jawapan doa

Dalam kesesatan gelap pekat aku terlihat kamu Suluhan wajah terang menggamit kalbu Mendorong aku menghampirimu Memaut erat tanganku yang tergagau Lantas menjauh mimpi-mimpi buruk dulu Sinaran mentari menyelimuti alam sunyi Titisan yang menghiris kini berganti Anugerah cahaya hadir mengisi sepi Kekosongan yang dulu terasa padu, Kini hilang ditiup angin lalu.. Dalam sedih menganyam duka Dia anugerahkan cahaya nan gembira Dalam jerih payah mengemudi kesulitan Dia kurniakan selebar keringanan Tulus mendengar deraian nirmala Lantas ternoktahkan doa-doa dengan warna keindahan Takkan mampu dunia ini berputar Serapuh aku yang tanpa kamu Terpinggir sendirian bersulam gentar Kerana dirimu itulah dunia sehayatku Jangan pernah terlerai genggaman Tatkala dunia seakan cuba memisahkan Takkan pernah hati ini goyah Walau dikail hikayat cinta nan mulur Takkan terleraikan pimpinan yang telah kita semaikan Kerana engkaulah jawapan pada doa-doaku