Posts

Showing posts from January, 2016

Trip to Langkawi : Day 2 (2/1/2016) Part I - Island Hopping

Image
Island Hopping -  Idaman Suri - Dataran Lang - Langkawi Fair Shopping Mall - Langkawi Parade - Cenang Mall 1. Island Hopping Island hopping adalah aktiviti menaiki bot mengelilingi dan menyinggah tiga pulau paling wajib kat Langkawi iaitu: Pulau Beras Basah Pulau Singa Besar Tasik Dayang Bunting Harga adalah RM30 seorang kalau naik dari Jeti Kuah. Manakala RM25 jika naik dari Jeti Cenang. Kalau tak nak share bot, nak satu bot tu family korang yang punya boleh sewa satu bot RM220-RM250. Satu bot boleh muat 8-12 orang depends pada owner dan kemudahan. Boleh book dengan nombor yang kat atas ni ye. Harga 25-30 tu adalah harga yang standard. Kalau amik dengan tour agen atau dengan owner homestay atau dengan orang kereta sewa, harga boleh jadi RM35-RM48. Kita akan diberi sticker bulat bewarna hijau/kuning/oren menandakan kumpulan dan bot mana yang kita akan naik. Sebagai wajib dan cliche-nye,  sebelum naik bot akan ada fotografer amik gambar. At the end nanti bole

Trip to Langkawi : Day 1 (1/1/2016) Part II

Image
Oriental Village - SkyCab (Cable Car) + SkyDome - HIG Shopping Center 1. Oriental Village + SkyCab + SkyDome google Oriental Village terletak di Cenang. Parking free. Kat dalam tu ada macam-macam. Ada jual barang-barang macam baju, cenderamata, sunglasses, dan aksesori kamera. Kat situ la kitorang beli monopod. Kah! Dah sampai baru sedar takde monopod.  Oriental village selain cantik untuk bergambar, ada jugak aktiviti naik kereta kuda, Geopark-Taman Burung, Muzium 3D/5D arts dan jugak SkyCab. SkyCab ni sebenarnya Cable Car la. Tapi kat Langkawi SkyCab nama diberi. Ianya terletak kat dalam Oriental Village. Nak naik Cable Car mesti kena melalui Oriental Village jugak. Jadi, kalau tak tahu kat mana Cable Car, follow je signboard Oriental Village.  Masuk Oriental Village adalah free. Tapi kalau nak masuk ketempat-tempat yang tersebut diatas, semuanya berbayar. Tiket Cable Car untuk local adult ialah RM20 manakala RM15 untuk kids. Tapi mesti tunjuk IC/MyKid kat k

Trip to Langkawi : Day 1 (1/1/2016) Part I

Image
Tiket Feri - Parking Jeti Kuala Kedah - Homestay - Kereta Sewa 1. Feri Kuala Kedah-Langkawi Gigih bertolak pukul 4pagi sebab takut jem memandangkan cuti new year. Tiket feri ada 2 options. Boleh beli on the spot kat terminal ataupun beli online siap-siap. Aku beli online siap-siap seminggu sebelum bertolak lepas terbaca berita tiket feri habis mase Krismas tu haha. Amik pukul 9.30 pagi lepas tambah tolak jem, estimate sampai pukul 8.30. Sekali tersampai 2 jam awal. Kekeke. Ok la biar awal jangan lambat. Sedapkan hati sendiri. Harga tiket Kuala Kedah-Langkawi RM23 x 2 (pergi balik) = RM46 seorang . Boleh jugak kalau nak beli untuk sehala je. Aku beli terus 2 way sebab nanti dah tak payah beratur beli tiket. Kalau depart dari Kuala Perlis murah sikit. Untuk harga, masa perjalanan & nak book boleh tengok kat sini ye.  Tiket Feri Langkawi Online . Beli online ni kena isi form nama & ic penumpang. Dah siap semua nanti dia akan email kita summary dan tiket. Taknak tunggu ema

Trip to Langkawi : Tentative 3 Hari 2 Malam

Day 1: 0400 - Bertolak dari batu gajah perak 0650 - Sampai ke jeti kuala kedah, segarkan diri, breakfast 0830 - Parking 0930 - Naik feri 1130 - Sampai Langkawi, amik kereta, check in homestay 1330 - Lunch 1500 - Oriental village +  Sky cab (berdekatan airport cenang) 1800 - Hi tea + dinner 2000 - Shopping at HIG Kuah 2230 - Balik homestay Day 2: 0800 - Breakfast 0900 - Island hopping (Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Tasik Dayang Bunting) 1300 - Lunch 1400 - Shopping at Idaman Suri Kuah 1530 - Rehat kat homestay 1730 - Dataran Lang + Taman Lagenda (Kuah) 1800 - Langkawi Fair Shopping Mall, Langkawi Parade (Kuah) 2000 - Cenang Mall (Cenang) 2130 - Dinner 2300 - Balik homestay Day 3: 0830 - Breakfast 0930 - Shopping HIG lagi (Kuah) 1100 - Shopping Rams Home Decor (Kuah) 1230 - Lunch, pusing-pusing Pantai Cenang 1330 - Hantar kereta 1430 - Bertolak balik

Trip to Langkawi : Cubaan Mengatasi Thalassophobia

Image
Thalassophobia adalah rasa takut berlebihan/terlampau terhadap air yang dalam/besar, takut terhadap laut lepas/luas dan rasa takut/panik apabila berada jauh dari daratan. Mereka yang mempunyai Thalassophobia juga berkemungkinan takutkan hidupan/makhluk laut melebihi lautan itu sendiri. Orang yang memiliki phobia ini biasanya sangat tidak suka berdekatan dengan laut, mereka tidak suka menaiki kapal laut, atau juga bermain di pinggir pantai (sumber:wikipedia) Jadi, trip ke Langkawi menaiki feri 2jam dari Kuala Kedah lengkap dengan aktiviti island hopping 4 jam adalah cabaran terbesar untuk aku. Ok la feri tu besar kan dan kite berada didalam. Tapi kalau karam ke terbalik ke macam mana?? Kau rasa apa yang menunggu kita bawah laut tu? Penerangan menggunakan life jacket kat screen tv feri tu aku dengar dengan penuh tekun. Serius. Perjalanan 1/1/2016 jam 9.30 pagi tu, laut agak bergelora. Setiap kali feri acah-acah diving gitu aku dah ramas-ramas, c

Sesuatu yang Menjadikan Kita Kaya Lebih Dari Jutawan

Image
we need nothing but present of each other in times of trouble and in times of joy we need nothing but present of each other when the days are too hard and the nights are too cold.. Yang menjadikan kita kaya lebih dari jutawan adalah kebahagian. Apabila kita mampu ketawa bersama, menangis bersama. Susah bersama, senang dikongsi bersama. Kebahagian yang takkan bisa diukur dengan wang ringgit dan harta menggunung.