Posts

Showing posts from July, 2017

Jenis-Jenis Pampers Drypers

Image
Bila dah ada anak ni baru tau bukan jenama pampers je yg banyak. Tapi jenis dan fesyen untuk satu-satu jenama pun pelbagai rupanya. Tapi yang paling banyak jenis rasanya Drypers la kot. Orang lain ada tape & pantz je. Dia, semua nak sapu. Lol Adalah dalam lebih kurang 6 jenis.
Sejak dilahirkan, Farrel tak pernah pakai pampers lain selain Drypers dan kesemua 6 jenis ni dah pernah try. So, mama dengan berbesar hatinya share sedikit sebanyaklah pasal drypers. Available packs-mama share yang mama tahu, pernah pakai ataupun pernah terjumpa. Harga-Tak dapat disenaraikan sebab harganya pelbagai.
1. Classic (Tape)

Classic tape ni pernah beli saiz S. Pinggang dia tak stretchable sebab takde getah. Cutting kecik. Kalau baby jenis bambam kena pakai 1 size bigger. Ketebalan dia kurang tapi soft. Harga murah
Available Size Available Packs S 26, 54, 82 M 22, 46, 72 L 20, 38, 60 XL

Harga Frisolac Step 1

Image
"I love milk!"
Farrel since 3 month minum Frisolac. Sekotak 600g tu tahan seminggu. Darab 2 kotak. Satu kotak kat umah, satu kotak lagi umah baby sitter. Sebulan lebih kurang 4-5 kotak. Then, mama papa is botak. Lol. Frisolac is well-known as susu mahal. Tapi memandangkan perut farrel bekerjasama secara baik dengan susu tersebut jadi mama teruskan je sambil redha dan husnuzon rezeki untuk farrel sentiasa ada.
Dari mula minum 2aun, up umur jumlah aun nya pun up jugak. Sekarang 9month 7-8aun berkali-kali sehari. Mama is suka kalau farrel minum susu. By the time dia takde mood nak minum tu yg mama risau.
Even dah start makan, demand farrel terhadap susu adalah masih tinggi. Since demand tinggi, mama kerap kena cari supply. Kadang pegi satu2 kedai habis stok, jadi mana-mana tempat yg mama singgah beli barang mama grab je susu ni. Tu pn kalau memang nak restock susu farrel la. Bila selalu beli dan tempat belinya adalah tak tetap, mama dapat bandingkan harga. Rupanya tak sama harganya. Ingatkan …

Makna Sebuah Syawal

2017..
Kami masih disini
Dari lahirnya kebumi ini 27 tahun yang lalu,
sampai dah kawen, sampai dah ada anak,
kami masih disini.
Bau bendang, bau selut, semuanya seakan sebati
Sesekali seperti terlintas bau-bauan kampung itu,
pastikan menerbit rindu..

Rindu pada kenangan lalu,
kenakalan budak hingusan
dan yg pasti kerinduan tidak bertepi kepada yg telah lama
menghadap Ilahi....

Raya ini,
rasanya bercampur baur.
Sedih, entah kenapa.
Terharu, entah keberapa kalinya.
Teruja, terselit sama.
Entah.
Yang pasti maknanya syawal masih tak lari.

Amat bermakna bila dapat menyambut syawal dengan insan-insan yg tersayang.
Masih dapat mencium tangan dan pipi kedua orang tua.
Terasa benar pipi dan tangan itu kian berkedut. 
Alhamdulillah masih diberi waktu untuk menatap wajah keduanya.

Lebih bermakna, diberi izin untuk mencium tangan suami.
Saling memohon ampun dan memaafkan.
Khilaf yg mungkin terkumpul cukup setahun?
Dalam mengawal air mata, terasa ada getar dalam suara.

Maknanya amat besar bila tahun ini semua ada.
adik berad…