Posts

Showing posts from February, 2018

Berjayakah Kita Sebagai Ibu Bapa

Anak Aku Jadi Orang. Anak kau? Farrel suka menggigit. Gigit tu bukan lekat pastu lepas. Tak. Gigit, tarik, baru lepas. Gila tak sakit? Lebam confirm. Adik dia pun dah kena. Menangis dah tentu. Mama rasa marah? Dah tentu! "Kalau aku dah tampar dah mulut budak tu. Biar dia tahu sakit. Lepas tu dia tak buat lah." Kalau aku begitu. Kalau aku begini.
Yelah, sebab tu kau bukan aku. Tu anak aku bukan anak kau. Bukan nak kata kau takde perasaan sebab tu bukan anak kau. Bukan. Tapi cara mendidik anak takkan pernah boleh sama. Tak boleh samakan anak kau dengan anak aku. Even anak tu lahir dari rahim yg sama sekalipun, cara didikan takkan sama. Perangai ada beza. Penerimaan physically and emotionally takkan serupa. Itu adik beradik. Apatah lagi yg dari rahim berbeza? Anak kau, cara kau, berjaya. Tapi blm tentu berjaya pada anak aku. Faktor umur. Faktor jantina. Sebab musabab berlaku begitu begini. Kena kaji. Baru tau kesesuaiannya cara didikan tu.
Jangankan sebab, kau dengar "oh, anak…