Oct 31, 2012

misi





i heart it !
Knitted blouse.
tapi susah betul nak cari.
dah 2 kali ke TS tak jumpe yg sebijik camnih.
punyela tak pueh hati, aku ke TS kali ke 3
dengan mission yg sama,
Knitted blouse!


memang shopping itu sunuk. 
kau yg kat belakang aku tu tak mcm senyum puas lak an..
tapi bile tak jumpe yg dicari, stress betul mak rase.
TS tu dah la besar. kedai lak kecik-kecik, beribu lak uh.
prinsip bile dtg TS ni kena jelas. kalau tak mau sebeban baju baru nak dibawak balik nanti.
bile dah masuk satu2 kedai tu, kalau jumpe yg korang suke, sile jgn hold.
beli jela terus. sebab bile patah balik semula, confirm dah tak jumpe kedai tadi.
pastu pakai high heels lak tu. lagilah terrible. Haha
dahtu nanti balik dgn perasaan yg penuh sesal. 
sesudah penat mengelilingi, akhirnye aku grab jgk 1
memang mission tak accomplish sebab tak sebijik! 
tersuke pulak yg ni time tu. Haha.
nampak tak prinsip tak jelas kat situ ?
:)


nafsu ke 9 masih menginginkan knitted blouse tadi.

birthday present in advance, anyone ?
ngehngeh

Oct 30, 2012

full package

alkisah, tersebutlah cerita dan kejadian tika hamba pulang menyambut hari raya korban.
sepetang sudah hamba menunggu ketibaan sang bas, bersambut jua dengan juraian hujan yang maha lebat.
tiadalah payung, bumbung kaunter tiket jualah menjadi tumpangan.
akhirnya, hati yg tidak sabar dapatlah tertahan sementelah kaki dapat melangkah menaiki sang bas tika sang bulan mula menunjuk rupa.
tiadalah disangka, sang bas yg diharap coach vip hanyalah indah khabar dari rupa, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi, bocor mencurahkan air hujan keatas seat mahupun penumpang.
bertebaranlah sekalian penumpang mengelak air yg membasahi lagi membekukan sehingga ke tulang hitam.
tiada juga daya pak supir untuk menolong, maka diteruskan jua perjalanan sehingga ke hentian bus stop pertama (depan terminal je pon)
tika hati gundah gulana tidak rela bepergian dalam kebasahan, muncul akhirnya pertolongan.
ibarat berpantang maut sebelum ajal, sang bas kembali berpatah semula.
demikian hendaknya, bas yg ditukar jauh lebih selesa lagi gah rupanya. syukur.
demi memenuhi kalendar raya, 
ditempuhi jua perjalanan jauh lagi maha jem.
sebermula KL, membawa ke gombak, sesampai jua ke bentong, tiadalah lancar.
sementelah angka malam bertukar 11.30, sang bas, pak supir dan hamba berjaya juga melepasi rintangan jem.
namun, kusangka panas sampai ke petang, 
rupanya dihujani ujian di tengah jalan.
tiadalah sang bas yang gah itu mampu menempuhi kelajuan demi side mirror patah hendaknya.
berhenti lagilah sang bas dengan penuh kebahayaan di emegency lane.
tidak mampu memotong, sang bas hanya menbuntuti sang lori yang maha hebat perlahannya.
demikian, tiadalah sabar lagi sang pak supir, dibawa berhenti lagi demi mengikat side mirror sedaya yg mungkin.
akhirnya, tika embun jantan mula menunjukkan rupa, sampai jualah kami ke destinasi kerajaan Kuantan pada angka 1 pagi 
....
nangis !

Oct 29, 2012

tinggalan terakhir

"Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar
Laa illaha il Allah wa Allah Huakbar
Allah Huakbar walillahil Hamd"

sayup-sayup je suara nenek bertakbir raya subuh hari.

sorang-sorang dlm bilik.
walaupun tak pernah aku dengar mcm tu, mungkin itu cara nenek memulakan raya nya.
masuk raya ke2, selalu nenek dah start pose enam. tak pernah tinggal.
itu dah jadi rutin wajib dia bila tiba hari raya.
tapi kali ni, tak.
bila ditanya, nak sambut raya, makan sama2 dgn anak cucu.. nanti bila semua dah balik baru dia nak puasa.. katanya.
nenek aku jawa. memng bahasa jawanye pekat. nak suh ckp melayu tu blh tapi tak fluent.
tapi raya tu dia mintak tolong aku isi kuih dlm balang, sedaya upaya dia ckp melayu. takpe, aku still fhm.. kitorang isi sama2 sambil dia tanya mcm2, aku jawab sambil cuba fhm ayatnye.
masa nak balik, seboleh2 dia suruh semua stay. duduk dgn dia, teman dia..
tapi semua ade komitmen. keje, study. maafkan kami..
kejap sgt rase tangan dia salam aku, peluk aku.
terasa berat hati nak tinggal. rupa-rupanya, itu raya terakhir kami bersama-sama. tak siapa sangka.
sekarang, dah lebih 40 hari nenek pergi.
tinggalkan kami dlm kerinduan.
ade org, tak kisah sgt nenek 'pergi'. tak sama perasaannye mcm mak ayah yg 'pergi'
tapi tak kami sebab kami rapat. dia memang rapat dgn semua cucu dia.
sampaikan ade anak mahupun cucu dia meninggal, dialah peneman hingga ke saat akhir, ajar mengucap.
tapi bila tiba masa dia, takde sorang pun anak dia yg sempat sampai. padahal dia harap sgt.
mungkin nak tinggal pesan. semua terkilan.
yg lebih terkilan lagi, masa nak kebumi family aku lah yg sampai plg akhir. mana taknye, mak ayh aku paling jauh. 
sampai2 je jenazah dah bawak naik van.
bayangkan, tak sempat cium dia pun. terkilan sangat..
tetap, kami follow sampai ke kubur. kat kubur, sebelum kebumi, semua bagi laluan kat kitorang utk tgk kali terakhir.
mak, selaku anak kedua last, lagilah sedih.
mak pegang pipi dia, tgn dia yg dah dikiamkan, dan kami, tipu lah kalau tak nangis.
iye, kami nangis kat kubur walaupun tak melebih. sebab masih perlu menjaga adab dgn jenazah.
cuma, aku terkilan sgt tak dapat cium dia.
aku rindu nak dengar dia bising panggil sorang-sorang suruh makan.
rindu nak dengar dia bebel kitorang sepahkan bilik dia.
balik kampung, masuk bilik dia, tengok katil dia, aku rindu.
nampak kain telekung yg selalu dia pakai, aku rindu.
bukak almari dia, tengok barang-barang dia, aku rindu.
aku rindu dia.. 
kadang-kadang rasa tak percaya dia pergi.
rasanye macam baru semalam kite borak-borak.
walaupun aku sedar dia dah takde, aku tetap tak rasa kehilangan. sentiasa rasa dia dekat je.
dan semua pun rasa mende yg sama.
tiap kali aku teringat dia je, cepat2 aku sedekah al-fatihah.
"Ya Allah, Engkau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yg baik, yg beramal soleh. Sesungguhnya dia seorang yg sangat baik.." 
nenek, insyaallah kita jumpa kat sana satu hari nanti ye.
kerana mati itu pasti. hidup, insyaallah.
wallahualam..
 

take time

takde stesen minyak, takde surau, takde public toilet.
yg ade cumalah rumah kayu sebuah2 dengan masing2 pintu bertutup rapat menyajikan pemandangan halaman yg besar bagak sunyi sepi je kat tepi kiri kanan jalan.
hari pulak semakin senja. Kereta kami terus meluncur tak berapa nak luncur akibat jem dah masuk 2 jam.

akak : tak tahan da neh. boleh tak kalau kite ketuk je mane2 rumah kat tepi ni.

aku : pastu mende lain yang bukak pintu.
mak : "iye cu... nak ape...?" (dengan nada opah-opah)
ayah : pastu bile dah masuk kang tak jumpe jalan keluar.

*muzik X-File menerjah diminda..*

dah kenapa nak buat skrip telemovie seram ntah.

dan kami semua terus menahan perasaan memerlukan toilet sambil rasa seram untuk 3 jam yang berikutnya..

Bahau-Seremban-KL
Jem 5 jam.

Oct 25, 2012

jangan toleh

Hujan lebat gile kat luar.
jalan la aku sorang2 melintasi 1 tingkap yg besar.
kat luar gelap! full package dgn kilat dan guruh.
dah mcm malam padahal jam baru pukul 6 petang.
ku toleh kiri, kanan. kosong..
teruskan jugak melangkah sepanjang floor 7 HUKM specialist centre
menuju ke farmasi walaupun hati dah mule rase semacam.
seluas2 floor ni kosong? takde sape2. nurse, doc mahupun pelawat.
sambil melangkah dlm hati berdoa, "tolongla ade org berselisih ngn aku" sumpah seram.
yg aku nampak hanyelah dinding tanpa tingkap dgn pintu2 kayu yg bertutup rapat.pun takde org keluar masuk. 
ini hospital ke bangunan tinggal ? detik hatiku. 
kalau bukan sebab janji ngn akak nak buke pose same, 
aku dah patah balik dah nih. jauh bebenor farmasi kau kak!
aku tambah km/j dlm langkahku. 
kalau blh nak berlari tapi ini hospital. hu.
dlm langkah semakin laju tu, aku melalui dpn 1 lagi pintu kayu yg tertutup rapat. elok 3 langkah melepasi, pangg ! 
bunyi pintu terbukak.
pintu kayu keh. kalau bukak kuat2 fhm tak bunyi nye cane ?
terkejut! tapi ade rase sikit happy sebab ade org yg akan keluar maka aku tak sensorang lah kat situ.
aku pun toleh sekilas. pintu masih terbukak. takde sape-sape keluar.
aku toleh lagi, kali ni aku tunggu jap.
sapelah yg keluar lalu menjadi penyelamat aku tu ye.. hewhew.
3 saat, 5 saat, diam. 
bunyi tapak kaki mahupun suara langsung takde.
sunyi. sepi.
dan, secara tiba-tiba pintu tu tertutup balik. 
Pangggg! bunyinya. Ok, takde org keluar. takde orang tutup dari luar. takde jugak orang tarik dari dalam.
tengok lagi kiri kanan. sah takde org lain kecuali aku.
hoi aku sensorang je kat sini. sape lak yg bukak pintu tu haa !
homai, homai..!
nak wtpe nih ? nak lari kang cam klakar lak.
(sempat lagi control cun uh)
sedang aku menggelabah takut taktau nak lari ke buat2 pengsan ke, tetibe aku terpandang 1 sign kat pintu tu.
" Awas. Pintu automatik " 
PINTU AUTOMATIK yang automatik terbukak bila ada orang lalu depannye !
Kah kah. Terima kasihlah.
Inilah ghupe pintu tersebut.




itu cite seram komedi aku 3 taun lepas. HAHA sgt.

2 minggu lepas aku dtg jumpe akak, aku tgk pintu ni sume dah dibiar terbukak. ntah kan otomatiknye rosak ke, ade kes yg lagi seram dari aku ke idok le aku tau.
walaupun blh nmpak staff nurse kt dlm, 
kesunyian yg creepy-creepy tu masih tak berubah!


Oct 16, 2012

Personaliti : Anak ke 2


sape anak kedua ? ehh tersame lak ngan ite..
hah. mari-mari baca walaupun tak seratus peratus sama. :)

ANAK MANJA EMAK
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, 
keras kepala dan tidak mendengar kata. 
semua dia aje yg betul.
dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.
kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.
kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk girlfren or boyfren dia.

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.
sanggup berkorban.

HITAM/PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.
kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.
degil tak boleh toleransi. 

HATI 
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.
SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent tp kalau terlebih independent pun payah.
mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri. pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua mesti nak kemas.


sumber : JanaHeaven

Oct 12, 2012

perkara yang membuat wanita benci lelaki


Damm! It sooO true ...

1. meninggikan suara
2. main kayu tiga
3. suka 'cuci mata'
4. mengongkong
5. ego
6. menipu
7. perasan
8.mementingkan diri sendiri
9. kurang memberikan perhatian
10.cemburu buta
11. mata duitan
12. komited terhadap kerjaya
13. panas baran
14. kaki merokok
15.pengotor
16. gelojoh
17. pentingkan kawan-kawan
18. tidak tahu menghargai.
19. putar belit
20. suka control macho 

sumber, blog orang

Oct 9, 2012

senafas


kekeliruan itu yg ku tahu, lebih dlm sakitnya dari kekecewaan.

tiada apa lagi yg tinggal, hanya soalan.
tak mungkin aku berpaling jika itu menyakitkan.
namun utk terus terhenti disini, 
menghampakan ...
tak terluah jua kpd sesiapa pun. kerna ku tahu,
ku tahu tidak semua pendengar adalah kunci jawapan pasti.
sedang kunci itu terlalu jauh utk digapai, yg hakikatnya.
jauhkanlah andai tak mungkin termiliki
mohon Engkau tunjukkan jalan dlm setiap sujudku, Ya Maha Mengetahui.
tiada apa yg aku pinta andai,
lebih baik jauh tapi sehala daripada dekat tetapi berpusing.
moga Kau ketetemukanku jalannya, jawapannya, Ya Rabb.
wallahualam ...