Posts

Showing posts from April, 2015
Image
have courage and be kind

Yang Terhebat

Terima kasih kepada mak dan ayah. Terima kasih Allah kerana menjadikan kami anak kepada ibu bapa yang hebat.  Walau tak semua yang kami inginkan kami dapat tapi semua yang kami perlukan sentiasa cukup. Walau tak semewah mana kami tahu mak dan ayah sudah cukup bersusah payah agar kami tak rasa kurang.  Syukur.. kerana bukan kami bayi bertali pusat yang dibuang di tepian jalan malah dilimpahkan pula dengan perhatian, kasih sayang dan perlindungan yang tak terbandingkan. Kini kami faham akan kesusahan dan kepayahan mak dan ayah demi menjadikan kami seorang insan. Walau seabad pun kami cuba membalas, t akkan tersamakan dengan jasa kalian seumur ini.  Ya Allah, berikanlah mereka peluang untuk merasai kelapangan dan kesenangan diduniaMu ini. Sesungguhnya merekalah ibu dan bapa yang telah lama bersusah payah demi mencorak baik kain putih amanahMu. Terima kasih mak dan ayah.. --------------------------------------------------------------------------------------- This happens yesterd

Concern vs Busy Body

"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Para Nabi tanpa alasan yang benar. yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas." [Al-Imran:112] Yang mana 1 adalah kita.. Concern: 1. Ambil tahu 2. Mendengar dengan ikhlas 3. Beri pendapat bila diperlukan 4. Sentiasa menyokong walau dari belakang 5. Simpan sebagai rahsia bersama Busy Body: 1. Ambil tahu 2. Mendengar dengan tekun 3. Beri pendapat sewenang-wenangnya tanpa diminta 4. Menjadikannya sebagai bahan umpatan 5. Hebohkan pada masyarakat Hablum Minallah itu priority. Hablum Minannas itu tuntutanNya. Biar seimbang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku membinasakan..