"Pelan-pelan kayuh la der..."



"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

 “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga maruahnya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.” 

(HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
 

Alhamdulillah dipertemukan jodoh dalam usia yg muda bagi mereka-mereka yg berkahwin muda. Bertuah kerana mereka ini punyai banyak waktu untuk memberatkan dacing amalan sebelah kanan. Mengapa ?

Ibnu Mas'ud RA berkata,Nabi SAW bersabda,

"Apabila seorang isteri membersihkan pakaian suaminya maka Allah mencatatkan baginya 1000 kebaikan dan mengampuni kesalahannya dan Allah mengangkat 1000 darjat baginya."

Seperti juga dalam nasihat Baginda SAW kepada puterinya Fathimah R.A, Rasulullah SAW bersabda, 

"Wahai Fathimah, seseorang wanita yang meminyaki rambut dan janggut suaminya, mencukur kumisnya dan memotong kukunya, Allah SWT akan memberinya arak yang masih tertutup, murni dan belum terbuka dari sungai-sungai dalam syurga Allah. Allah akan mudahkan saat sakratulmautnya, kuburnya akan ditemui sebagai taman-taman syurga dan Allah menetapkan baginya bebas dari api neraka dan selamat melalui titian sirat. "
  
Jadi mengapa tidak pada kahwin muda andai boleh mengelak dosa
apatah lagi mengumpul pahala ?
Eeh, ada pulak dengan gahnya menyelar tindakan kahwin muda tu
dengan mengatakan kebanyakan perempuan tu kawin muda semata-mata terikut-ikut trend atau cemburu tengok kawan lain kahwin.
Mungkin ada kelompok kecil begitu.
Tapi tidaklah 10 per 10 perempuan yang kawin muda tu bersandarkan alasan seumpama itu semata. 
Andaipun betul, setidaknya dia dah metutup satu pintu neraka--maksiat.
Ke........ mereka ini mengeluarkan persepsi begitu kerana takut nak memikul tanggungjawab?

Jangan-"pelan-pelan kayuh la der..."-awak tu nanti menggigit jari sendiri udah le.. ;)


Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu