Sep 2, 2016

Tutuplah Lubang-lubang Kebocoran Itu

Bersangka baik dengan rezeki. Rezeki orang lain yg belum menjadi rezeki kita. Bersangka baiklah kenapa Allah bagi dia dulu bukan aku. Mungkin Allah suruh kita cek balik apa yg bocor dalam amalan kita. Mungkin Allah suruh kita padam dulu titik-titik hitam dalam hati kita dengan redha.

Orang lain buat bisnes online laju je sales masuk. Kita? Sales satu pun tak jalan. Marketing dah vavavom. Kenapa? Sedekah dah buat, usaha dah ada, tawakal tak lupa. Cuba cek balik. Masa tengok orang lain punya kejayaan tu apa kita siram dalam hati kita? “Menyampahnya asik-asik dapat kat dia.” “Apesal orang beli dengan dia, produk bukan best pun. Mahal pulak tu” Belum apa-apa kita skeptikal dulu. Kenapa? Sebab kita siram hati dengan iri. Kita tak tahu macam mana dia cuba cipta nama awal dulu. Mungkin sama susah je dengan kita nak cipta nama. Kita je tak tahu. Cuba kita redha. Itu rezeki dia. Rezeki aku belum lagi. Cuba bila tengok kejayaan biz org lain tu kita pun sama-sama ucap Alhamdulillah dalam hati. “Alhamdulillah dia peroleh rezeki dulu. Mudah-mudahan biz aku pun laju macam dia. Mudah-mudahan aku pun murah rezeki macam dia.” Cuba. Setiap kali nampak post dia. Buang rasa menyampah.

Tengok kawan-kawan lain post pasal “counting days to become one” kita terusik. “Aku dah lama tertunggu-tunggu bila nak kawen. Jodoh aku ni sesat jalan ke.” “Boyfren dah ada tapi tak reti-reti nak ajak kawen. Tak cukup duitlah, tak readylah.” Pasti ke dia orangnya? “Aku ni asik ter-bercinta dengan orang yg salah je. Boyfren orang lah, laki oranglah.” Dah kenapa. “Aku solat cukup tapi orang macam takut je nak approach. Ingat aku ni mak orang kot. Yang si tipah ni bukan lawa mana pun dah kawen dulu.” Doa sudah, istikharah, tahajjud pun sudah. Tapi bila orang sikit-sikit post gambar kawen, post selfie laki bini, apa yg kita didik hati ni? “Balik-balik nak post anniversary mingguan dia. Yelah dia sorang je yg kawen.” “Majlis kemain lagi kat dewan padahal hutang. Lepas kawen kau hadap la pasir buat makan.” Nah. Kita didik hati dengan kata-kata yg tak sedap. Pap! Terus unfollow/block. Hari-hari dia duk post pasal kebahagiaan dia pun memang boleh jadi menyampah tapi cuba tukar rasa menyampah tu dengan, “oh, Allah datangkan dia kat newsfeed aku ni sebab nak suruh aku sedar. Suruh redha dulu. Mana tahu. 1, 2, 3 post menyampah. Tiba post yg ke 4 terbukak hati ni nak bermunajat. “Allah..engkau datangkan aku orang yg salah supaya aku nampak sebelum terlambat. Mudah-mudahan aku dipertemukan dengan seorang insan yg baik dan berani untuk kearah yg serius seberani suami si tipah ni.” “Mudah-mudahan aku diberi rezeki jodoh yg baik dan bahagia macam diorang laki bini ni.” Cubalah. Setiap kali nampak post si tipah laki bini, kita doa sama-sama untuk diorang dan utk kita. Buang dulu rasa iri hati.

“Dah 9 tahun aku kawen, kenapa tidak Engkau datangkan zuriat dari rahimku. Jeles tengok orang lain kawen bunting pelamin. Terusik hati ni tengok kawan tu dah nak masuk 4 anak, aku 1 pun belum ada tanda. Aku sedih, aku jeles tiap kali diorang post pasal ketidak sabaran menanti anak yg tengah diproses tu. Diorang post langsung tak fikir perasaan kita yg menanti ni. Kenapa Engkau bagi dia dulu. Dia bukan orang baik. Dia pernah aniaya orang lain.” Siapa kita nak menilai pemberian Allah. Kita tak tahu apa yg dia hadap sebelum beroleh kebahagiaan yg paling kita idamkan. Kita tak tahu apa bahasa yg terungkap antara dia dengan Allah. Kita tak tahu apa-apa melainkan buruk sangka. Cuba ubah. Bersyukur dia berjaya meramaikan umat. Mudah-mudahan aku juga mampu melahirkan umat Muhammad sama macam dia. Mudah-mudahan aku senang mengandung macam mana senangnya aku nampak dia beroleh rezeki anak. Setiap kali dia post, kita tersentap, cepat-cepat ikhlaskan hati dan berdoalah waktu tu jugak, “Ya Allah, berilah aku rezeki zuriat dari rahimku seperti mana kurniaanMu terhadap si minah dikala ini.” Cubalah. Buang dulu buruk sangka tu.

Betulkan niat dulu yg utama. Macam mana? Jauhkan diri dari orang yg negative. Orang yg suka mengumpat terutamanya. Orang yg suka sangat canang cerita orang lain. Bila depa cita tu dengar je la takkan nak tutup telinga pulak. Tapi penerimaan kita tu. Kita dengar dan full stop. Bukan menokok tambah. Terima dengan senyuman tanpa ada rasa nak tahu lagi, tanpa ada rasa nak dengar betul-betul sebab boleh jadi modal gossip kat surau zohor nanti. Cukuplah information tu simpan sendiri. Bersangka baik, si minah tu jahat dengan peah tapi dengan aku baik je dia. Lantak la tu masalah korang. Aku amik pengajaran je. Tu first step. Tak susah pun kecuali kita memang suka pinjam telinga syaitan.

Seiring dengan tu buat baik dengan orang lain. Mudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita. Que kat mekdi panjang, Nampak ibu sarat mengandung or orang tua belakang kita, offer tempat kita dlm barisan. Makan kat restoran yg penuh dengan orang, siap2 makan cepat-cepat bangun tak payah lepak lama-lama, bagi laluan orang lain plak duduk makan. Mudahkan urusan orang lain. Dan banyak lagi yg boleh kita betulkan. Hatta sekecil-kecil amalan pun yg bagi kita remeh, jangan terkejut amalan tu la yg membawa paling besar keberkatan. Yang penting hati tu ikhlas sebenar-benar ikhlas.

Solat cukup tapi mengumpat. Puasa penuh tapi membazir. Buat baik dengan orang tapi mengungkit. Tutuplah dulu lubang-lubang kebocoran tu.
Siasat balik diri sendiri terutamanya hati.
Biarkan semuanya seiring. Adab dengan Allah, adab sesama manusia, dan tak lupa adab terhadap makhluk Allah yg lain (tumbuhan & haiwan). Seiring. Bukan suruh kau sembah pokok durian. Bukan suruh kau sujud kaki kawan kau. Tapi berbudi lah seiring kau bersolat cukup 5 tak tinggal.

Redha ialah bilamana hati ini ikhlas sebenar-benar ikhlas untuk menerima ketentuanNya tanpa rasa sakit. Sebab Allah nak kita terima hadiah dariNya dalam keadaan yg paling suci dan bersedia.
Ikhlas, baik sangka dan berkatalah yg baik-baik walau dalam hati sekalipun.
Kata-kata tu kan doa. Yg kita cakapkan itulah yg akan berbalik pada diri sendiri.