Jul 6, 2017

Makna Sebuah Syawal

2017..
Kami masih disini
Dari lahirnya kebumi ini 27 tahun yang lalu,
sampai dah kawen, sampai dah ada anak,
kami masih disini.
Bau bendang, bau selut, semuanya seakan sebati
Sesekali seperti terlintas bau-bauan kampung itu,
pastikan menerbit rindu..

Rindu pada kenangan lalu,
kenakalan budak hingusan
dan yg pasti kerinduan tidak bertepi kepada yg telah lama
menghadap Ilahi....


Raya ini,
rasanya bercampur baur.
Sedih, entah kenapa.
Terharu, entah keberapa kalinya.
Teruja, terselit sama.
Entah.
Yang pasti maknanya syawal masih tak lari.

Amat bermakna bila dapat menyambut syawal dengan insan-insan yg tersayang.
Masih dapat mencium tangan dan pipi kedua orang tua.
Terasa benar pipi dan tangan itu kian berkedut. 
Alhamdulillah masih diberi waktu untuk menatap wajah keduanya.

Lebih bermakna, diberi izin untuk mencium tangan suami.
Saling memohon ampun dan memaafkan.
Khilaf yg mungkin terkumpul cukup setahun?
Dalam mengawal air mata, terasa ada getar dalam suara.

Maknanya amat besar bila tahun ini semua ada.
adik beradik, ipar duai, anak buah.
Lengkap tak macam tahun sudah.
Separuh kat kedah, separuh kat kanada, separuh belum bersatu.
Tahun ini lengkap. Syukur..

Maknanya syawal,
bukanlah pada sepasang baju baru, handabag comel dan sepasang kasut tinggi.
Tapi kehadiran insan bernama keluarga yg beserta senyuman..



Salam Syawal. Semoga berjodoh lagi tahun hadapan.