Apr 22, 2013

kawan biskut II


hidup ibarat roda.

kadang kita diatas, dijulang kejayaan, disanjung penghormatan.
terkadang pula kita dibawah, dikeji penghinaan, diumpat kesusahan.
dan roda ini tidak pernah berhenti berputar.
putaran yang seiring putaran bumi pada paksinya.
seikhlas manapun manusia menzahirkan kesetiaan, 
pernah juga kita kehilangan tempat berpaut.
kerana yang senang itu bersama, yang menangis itu seorang.
sebelum mula menanam iktikad, temukanlah dahulu kepastiannya.