Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Catatan ini adalah pengalaman aku sendiri untuk mereka yg tak pernah bersalin di Hospital Sg Buloh dan bercadang nak ke situ. Serta, disebabkan aku lahir anak pertama tertanya-tanya macam mana proses nak ke labour room tu, jadi aku kongsikan ini untuk ibu-ibu yg bakal melahirkan anak pertama. Semoga dapat sedikit pencerahan.

Pendaftaran

Unit bersalin seperti hospital-hospital lainnya, terletak sebelah EMERGENCY. Agak-agak tak tahu mana nak pergi, terus la pergi ke bahagian emergency. Confirm unit bersalin disitu. Mula-mula sampai macam biasa la perlu register. Tunjukkan buku pink dan isi form yg perlu. Mereka akan tanya kenapa datang. Cerita la dah turun tanda ke dah sakit ke. Jadi, proses register akan bergantung pada keadaan ibu. Ada form perlu di sign oleh suami jugak. Jadi, lepas cari parking laju-laju la suami ke kaunter tadi ye. Selepas selesai register, ibu boleh masuk ke dalam melalui pintu sebelah kiri. Ibu sahaja yg boleh masuk. Suami tidak dibenarkan. Para suami boleh tunggu kat ruangan menunggu sementara ibu melalui beberapa proses check up kat dalam. Untuk keselamatan, dompet tinggalkan la pada suami. Bawa fon je untuk mudah berhubung dengan suami dengan sehelai kain batik.

Ruangan Menunggu

Para suami yang menunggu diruangan menunggu depan kaunter register tadi perlu sentiasa berada disitu sebab bila tiba masa ibu nak bersalin, nurse akan announce “Suami Puan XXX sila masuk.” Masa tu barula boleh masuk teman isteri bersalin. Tapi kebiasaannya proses nak betul-betul bersalin tu lama (terutamanya untuk anak pertama). Jadi, terserah mengikut perbincangan suami isteri. Kalau waktu tu suami takde disitu, mereka akan call si suami ini. Maka, sempat atau tidak untuk menemani isteri terserah pada rezeki masing-masing. Apalah sangat sakit punggung tunggu berpuluh jam kat situ nak dibandingkan dengan sakit isteri nak bersalin dalam berpuluh jam yg sama tu kan. Hehe.

Labour Room Bersalin Normal

Sebaik je melangkah masuk ke pintu sebelah kiri kaunter tadi, ibu boleh duduk di kerusi menunggu yg dikhaskan. Tunggu sehingga nama dipanggil. Buku pink, bahagian kaunter yg akan serahkan kepada staff didalam. Bila nama dipanggil, ibu akan diminta untuk menukar pakaian (kain batik dan Tshirt sendiri) dan amik sample urin. Selepas tu baru nama dipanggil semula untuk cek heart beat baby (CTG). Fetal Doppler berbentuk bulat macam disc diletak atas perut dan dikemaskan dengan tali pinggang. Tali pinggang yg paling tak menyelesakan. Lagi-lagi bila baby menendang. Sakit kot. Hu. Tali pinggang tu sebenarnya untuk kemaskan fetal doppler supaya jantung baby dapat di chart kan dengan jelas. Masa ni kita akan dengar dengan jelas jantung baby macam ada sound box gitu. Selesai CTG, jalan akan di cek. Jika tiada masalah dan bukaan masih di bawah 6cm ibu perlu tunggu di kerusi khas tadi. Tunggu lah sehingga Jalan buka sesuai untuk melahirkan. Mereka akan cek dari masa ke semasa. Sambil tu boleh jalan-jalan bagi cepatkan bukaan.

Kerusi yg dikhaskan tu bukanlah kerusi plastic atau kayu atau kerusi biru macam diruangan menunggu tadi. Tapi kerusi tu adalah sofa. Selesa. Ruangan tu pun selesa beraircond. Akses ke toilet juga mudah. Ada plug kalau nak cas fon tapi limited. Elokla bawak power bank. Tapi rasanya kalau dah sakit tu dah tak hirau dah semua facilities tu. Cuma janganlah salah faham bila disebut kerusi. Hehe. Rezeki aku haritu tak ramai jadi kerusi kosong. Kalau kebetulan ramai sampai penuh kerusi, itu yg jadi kes duduk atas lantai. Tapi silalah ada consideration. Ibu-ibu akan bergilir duduk dan berjalan. Bila rasa sakit, kita duduk. Bila tak sakit kita bangun dan berjalan. Jadi kerusi tu boleh duduk bergilir-gilir.

Bila tiba waktu untuk bersalin, ibu akan dibawa ke labour room. Labour room Hospital Sg. Buloh adalah selesa. 1 labour room tu kita sorang je. Takde share dengan ibu lain yg dipisahkan tirai cuma. Takde. Jadi takde la rasa insecure bab aurat, insyaAllah.

Labour Room Czer

Dah nama pun czer, tentulah bedah. Jadi labour room kita adalah bilik pembedahan. Tapi seingat aku, bilik bedah bersalin dengan bedah perubatan lain adalah tak sama. Semua ada khas masing-masing. Memandandkan aku bius penuh iaitu tertidur terus, sedar-sedar dah ada baby sampai, eh betul ke tu baby aku sebab tak nampak the process hehe. Jadi, aku tak tahu nak ceritakan macam mana. Cuma boleh share sebelum dan selepas je.

Emergency czer untuk melahirkan perlu dibuat kurang 30minit dari keputusan untuk bedah dibuat. Ini adalah untuk keselamatan bayi. Aku masuk OT pukul 1.15 minit. Selepas proses bius dan sebagainya, baby lahir 1.34. Cepat kan? Tapi aku betul-betul sedar dari bius pukul 4 petang. Sebenarnya proses menjahit semula luka lebih lama dari proses membelah. Dia macam, ceraikan lego lebih cepat dari cantum lego. Hehe ade ke. Selepas tu mereka akan monitor kestabilan jantung, tekanan darah dan oksigen kita. Kita akan dimonitor sehingga betul-betul sedar. Takdenye siap-siap jahit terus tolak masuk ward. Fully bius risikonya adalah nyawa. Kemungkinan takkan bangun lagi. Itu risiko yg paling besar dalam kebanyakan pembedahan tak semestinya czer je. Jadi pentingnya proses monitor ni. Lepas sedar dari czer, mereka tanya jika kita merasa sakit. Ubat penahan sakit akan diberikan mengikut keperluan waktu tu juga melalui branula yg dimasukkan ke dalam urat awal sebelum bedah tadi atau IV line/drip mengikut pemahaman kita. Selepas betul-betul stabil, kita pun ditolak ke ward

Ward OnG

Aku ditempatkan di wad OnG khas untuk ibu-ibu yg bersalin czer. Semua kat situ bersalin czer. Wardnya panjang tapi terbahagi kepada beberapa bahagian yg terpisah dengan dinding. 4 bedded setiap bahagian dan ada toilet yg luas utk setiap bahagian. Didalamnya ada dua. 1 toilet dan 1 bilik mandi. Betapa tinggi consideration mereka untuk ibu yg bersalin czer. Mungkin itu salah satu kelas yg ada. Kelas lain aku tak pasti. Dan keadaan ward ini adalah sejuk. Macam ada aircond gitu.

Sampai sahaja dari OT, baby dah siap menunggu (jika tiada masalah). Walaupun bersalin czer, baby tetap kita yg pegang. Bukan nurse yg jaga walaupun kita tak dibenarkan bangun untuk 6jam seterusnya. Mesti terfikir kan, alamak kalau baby nangis camne. Nak bangun tak boleh. Jangan risau, kalau baby nangis baru nurse datang. Tapi tak tahulah kenapa macam tu prosedur nya. Mungkin sebab mengamalkan polisi breastfeed kot. Wajib bf baby. Ada susu ke takde ke kena bf jugak. Botol adalah prohibited. Agak susah la utk 1st baby. Baby ni kalau lambat minum susu boleh dapat kuning. Jadi, pandai-pandai la seludup botol kalau perlu. Haha.

Sepanjang malam kita masih lagi dimonitor. Nurse akan datang cek BP selang beberapa jam. Antibiotic disuntik melalui IV dan ubat penahan sakit juga diberi. Selama 6 jam ni kita tidur tanpa bantal dan wajib puasa untuk mengelakkan pening dan muntah (kesan bius). Selepas 6 jam boleh cuba minum sikit-sikit dan bangun perlahan-lahan. Itupun dah dibenarkan bangun baru aku bangun. Nurse akan tolong adjust ketinggian katil sebab dah tentu kita tak mampu nak bangun sendiri. Semuanya menggunakan otot perut kan.

Selepas kita mampu bangun dan berjalan barula kita boleh angkat baby. Masa tu baru la dapat dilepaskan semua kegeraman nak peluk cium dia dari 6jam lepas. Hehe. Selepas tu kita akan dilawati oleh doktor-doktor yg bertanggungjawab keatas pembedahan kita. Dari pakar bius sampaila doctor yg sambut baby.

Discharge

Bersalin secara czer biasanya paling kurang 3 hari warded jika tiada masalah. Masa aku tu ada jugak ibu-ibu yg dah 5 hari kat ward sebab dia ada masalah jantung masa bersalin. Ada jugak yg dah 18 hari kat ward sebab anak kuning. Nak discharge dua-dua ibu dan anak kena sihat. Ibu tak sihat, anak pun tak boleh keluar dan sebaliknya.

Hari ke 3 aku kat situ, pagi-pagi lagi doctor dah datang tengok luka, cek rahim, tanya itu ini termasuklah system pencernaan untuk memastikan body kita kembali bekerja secara normal. Lepas tu doctor pakar kanak-kanak (PAEDS) pulak datang cek baby. Cek system pencernaannya, kandungan gulanya dan ofkos level kuningnya. Unfortunately farrel dapat kuning pulak hari ke3 tu.

Kuning/Jaundice

According to PAEDS kuning ade 4 stage (seingat aku la).
1. Kuning yg rendah dan tak perlukan lampu
2. kuning yg rendah tapi perlukan lampu
3. kuning yg tinggi dan perlukan lampu
4. kuning yg tinggi dan perlu transfuse darah.

Lepas amik darah baby, “Baby puan kuning yg rendah tapi perlukan lampu. Kalau kuning dia turun, boleh balik. Kalau kuningnya tak berubah/makin tinggi kena stay lagi. Jadi kita bagi masa 4 jam duduk bawah UV light dan amik darah lagi lepas 4 jam ni” Ujar doktor.


Lalu, aku pun terkumat kamit doa kuning baby turun. Huhu. Kesian baby kena amik darah kat tangan yg kecik tu. 4jam kemudian, seperti yg dijanjikan doctor amik darah sekali lagi. Result darah hanya keluar 2jam kemudian. Alhamdulillah, kuning turun. Jadi, kami pun dapat balik. Dengan syarat, “Esok puan bawak pergi klinik cek kuning lagi ye.” “Baiklah.”

Prosedur Discharge

Suami akan urus segala borang, pergi buat bayaran kat kaunter berdekatan emergency. Lepas bawa bukti pembayaran barulah boleh sign form-form yg diperlukan dan discharge. Total bersalin czer dan 3h2m warded adalah RM4000. Hah sudah mane nak cekau. Eh sebagai warganegara ape guna bayo cukai kan. Dari 4000 tu kami cuma bayar RM104 sahaja. Itu la gunanya gov kutip cukai segala.

Tag kat tangan ibu dan kaki baby tidak boleh ditanggal sehinnga kaki dah melangkah keluar pintu lobi hospital. Ibu akan duduk dikerusi roda sambil,pegang baby. Wajib ibu yg pegang. Tak boleh nenek, atuk, hatta suami sekalipun. Kerusi roda ditolak oleh nurse. Ini untuk bersalin czer. Yg bersalin normal tak tahu la kena berjalan sendiri ke apa.

Keluar pintu wad, guard akan cek tag ibu dan anak tally ke tak dan rekodkan di buku log mereka (nama kita akan dicatat dalam log mereka pada hari pertama masuk ward). Kemudian wheelchair ditolak memasuki lift. Lift yg hanya khas utk pesakit. Suami dan pelawat lain kena naik lift lain. Sampai kat lobi sekali lagi guard akan cek sama ada tally ke tak dengan rekod computer mereka. Dan akhirnya nurse akan tolak wheelchair sehingga ke pintu kereta (kalau kereta dah ready di lobi).

Rumusan

Sepanjang 3 hari bermula dari kaunter register hingga discharge aku boleh rumuskan hospital sungai buloh sangat professional. Isu keselamatan sangat dipandang tinggi dan diambil berat. Waktu melawat sangat bold. Melihatkan kewibawaan dan toleransi mereka, aku rasa kes baby dibawa lari macam kat hosp Kelantan tu adalah sangat mustahil. Susahnya nak melepasi guard mereka tau. SOP mereka follow dengan telus. Suami datang luar waktu melawat pun 15minit je dia bagi masa. Cukup 15minit dia pergi cari dan escort kau keluar. Hu. Tapi dengan berhemah dan mesra la. Hehe.

Doktor-doktor pula semua baik-baik. Ibu-ibu dilayan penuh kasih. Czer ni sakit. Bila mereka sentuh untuk cek, kita mengaduh, they will say sorry. Even masa nak cek jalan pun doctor mintak izin dan mintak maaf at the same time. Sejuk hati dengar. Hehe. Doktor adalah sangat tegas dengan nurse dan pelatih tapi sangat soft dengan pesakit. Alhamdulilah mungkin rezeki waktu tu dapat doctor perempuan. Itupun doctor lelaki yg tolong panggilkan. See, doctor tu kalau ada option takdenye dia pegi suka-suka sentuh lain jantina.

Nurse pulak, biasala dalam 10 tu mesti ada 1 ke 2 yg kerek mcm yg org canangkan. Tapi setakat 1 ke 2 orang tu biarkanla mereka ibarat angin lalu. Aku salute dengan nurse-nurse kat situ. Sangat baik. Sabar melayan. Ada sorang nurse tu pregnant. Dia lah yg amik BP aku malam-malam. Terlintas di fikiranku. Masa aku pregnant, heavennya la bila dapat katil. Pinggang, kaki semua sakit bila dah sarat tu. Nurse tu, tetap gagahkan diri bekerja ditengah malam kala kita dibuai mimpi. Syabas! Ada sorang nurse yg masukkan antibiotic dalam IV line aku, sebabkan urat dah lebam (sampai hari ni pun masih lebam lagi) dan tangan tempat branula tu dah bengkak, sakit gila masa antibiotic masuk. Melihatkan itu, nurse tu cepat-cepat stop. “Sakit ke puan? Kalau sakit sy tak bagi lah. Bengkak ni masuk ubat pun tak guna.” Lalu, branula dikeluarkan dengan penuh lemah lembut sampai tak rasa langsung sakitnya. Merdeka rasanya bila tangan ni takde jarum yg melekat.

Masa awal pregnant aku morning sicknes sampai beberapa kali kena warded, aku boleh bandingkan hospital-hospital tersebut dengan hospital sg buloh, hosp sg buloh jauh lebih professional. Terima kasih semua staff Hospital Sg Buloh. Teruskan bakti yg tak terbayar nilainya itu.. Syabas untuk anda.

Sekian.

Popular posts from this blog

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu