Apakah Cinta

Cinta tu apa?
Terasa suka, luahkan, terus couple?

Salah.

Cinta itu bila kau takut akan kehilangan.
Kau tak kisah dia tak tahu kau cinta, asalkan kau tak kehilangan dia.
Bila ada keterbatasan, keinginan kau nak tengok muka dia terhalang,
kau menangis.
Kau merayu sendiri nak jumpa biarpun hanya dalam mimpi.

Bila bergaduh,
kau kan selalu menang kerana ego tapi kau kan kalah kerana rindu.
Bila depan mata, kau rasa nak hentikan masa.
Biar dunia kau hanya ada dia.
Bila tak jumpa, kau tak senang duduk, kau tercari-cari.
Seakan dunia akan terbalik.

Kau takkan mampu jadi yang terbaik.
Tapi kau kan selalu berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
Kau tak takut meminta maaf.
Kau lebih takut kata nista menjadi ucapan yang terakhir.
Kau kan selalu terfikir mungkinkah pelukan harini adalah pelukan yang terakhir?

Dimana pun kau dan dia berada,
Walau jauh terpisah antara benua,
kau takkan pernah missed doakan dia sesudah solat mahupun sebelum tidur.
Sebab kau sedar kau hanya manusia biasa yang tak punya kuasa.
Seerat kau pegang cinta tu, sekerap tu juga kau tawakal pada Dia.

Itulah cinta.

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu