Jasamu Kukenang : Mocha





Mocha..
Banyak cabaran dan dugaan, suka dan duka, kenangan pahit dan manis telah kita lalui bersama.
Sabar dan setia kau disisiku.

Tidak aku lupa petang jumaat yg mencurah hujan lebat, melesapkan sama sekali keyakinanku dalam pemanduan sejauh 300km itu. Setia teguh kau mengimbangi demi memastikan keselamatan kita. Walau hampir mencium besi divider. Maafkan aku.

Takkan sama sekali aku lupakan pemanduan tengah hari hening Shah Alam-Kuantan, saat mataku tertutup lelap barang sesaat dua, kau masih mampu berjalan lurus. Pernah juga tayarmu menyapu paku tengah highway LPT, kau tetap bertahan sehingga selamat tiba dirumah. 2jam setengah lamanya kau bertahan. Semuanya demi memastikan aku tak tersadai sendirian di tepian highway.

Memori yang paling takkan ku lupa, betapa gagahnya kau meredah banjir tanpa sedar plat no tercabut semata-mata memastikan aku terhindar dari bencana itu. Walhal kemungkinan kau terhanyut arus deras longkang besar tika itu amatlah tinggi.

Teringat permulaan dulu betapa susahnya untuk aku mendapatkanmu.
Walau banyak aku berhabis untukmu, kau lah kebanggaanku.
Kelajuan kau, stability kau, kegagahan kau, akan sentiasa menjadi kegemaranku.
Terima kasih Mocha, si Hyundai Getz.
Sampai disini sahaja jodoh kita.
Jasamu, memori kita, akan terus ku kenang..

4 tahun lepas aku bekerjasama dengan ayah mencari dan membeli kereta.
Bukan untuk luxury tapi hanya kerana ianya keperluan.
Banyak betul kenangannya. Hu.
Sekarang, tibalah masa untuk berfamily car pula.
Insyaa Allah akan di-full settle-kan dan diwariskan kepada adik-adik pulak.
Jadi, Mocha kan tetap menjadi family ku. Sayang Mocha. Hehe.


In consideration of Continental car.
Hamboi sangat!

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu