Photographer Murah Kuantan


Photographer dalam majlis perkahwinan adalah penting.
Kenapa penting? Sebab itula satu-satunya sumber memori dan kenangan yang boleh dipercayai. Keluarga dan Kawan-kawan pun snap gambar jugak. Nanti boleh gather balik semua gambar. Boleh. Tapi apakah kualiti dan pencahayaannya memuaskan hati? Kejap lagi gambar semua tutup mata. Takpun mata merah kena flash. Pastu gambar cantik kau pulak tak pandang kamera sebab banyak sangat kamera tala kat kau dalam satu masa. Dah nak pandang yang mana satu ni. Haha ini permandangan biasa. Belum lagi susahnya nak dapat kumpul dari semua orang.

Photographer adalah satu-satunya orang yang berhak pegang kamera waktu majlis. Orang lain nak amik gambar pun boleh serah henfon kat fotografer. Dan fotografer yang bagus ialah yang membantu pengantin untuk berposing.
Almaklumla time tu la nak kaku. Time tu la malu-malu plak kan.

Cameraman (2orang)
Editing
Photobook
Photoframe
CD softcopy
Indoor + outdoor
1 day event

Kebiasaannya harga untuk pakej fotografer macam ni ialah RM1500-2500. Malah ada yang lebih mahal lagi siap tambah kos perjalanan walaupun hanya dalam kawasan. Ada jugak yang buat promo RM850 1 day event (nikah & sanding hari sama). Kalau nikah sanding hari lain-lain, RM850 ni darab la 2. Ini hasil survey aku sendiri. Tapi aku taknak photobook segala. Aku nak fotografer dengan softcopy je ade tak?
“Maaf, kita tak buat macam tu. Semua pakej je.”

Lepas ukur baju dibadan sendiri, aku mesti memuatkan segala kos dalam satu jumlah yang berupa duit hantaran. Dah over bajet dah ni. Tambah duit sendiri kang kalau ada emergency nak cekau mana plak.

Misi aku dalam merancang majlis kawin sendiri ialah lengkap tapi jimat. Aku cuma perlukan fotografer + edit + softcopy + indoor outdoor + 2days event.
Tapi RM1500 x 2hari tu tak mampu la nak afford. Melampau ke permintaan? Hu.
Aku takdela salahkan fotografer sebab aku tahu mahalnya equipment, class & apps diorang. Cuma aku percaya aku ada pilihan yang lain. Hehe.
Again, aku ceritakan apa yang aku perlukan dan berapa bajet aku.
Alhamdulillah kak eryn a.k.a bridal aku tolong.

Photographer 2 days event indoor outdoor + edit + CD softcopy = RM800

Hasil dari RM800 ni, aku dapat 1 CD dengan lebih 2ribu gambar siap edit dalamnya. Tinggal pilih je nak albumkan or kanvaskan or framekan yang mana satu.

Photografer ni aku dapat dengan harga ni under bridal. Untuk korang yang mempunyai ciri-ciri yang nak jimatkan duit hantaran, boleh contact Wan 013-4197687 atau intai-intai fb Noridzuan Mahfok Photography .
Harga dan pakejnya memang berbaloi.
Jangan risau pasal posing segala.
Indoor outdoor nanti semua dia yang akan ajar posing.
Atau boleh jugak contact kak eryn 011-26099395 untuk pakej bridal + fotografer.


Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu