Jan 18, 2017

Pagi dan Jammed Berpisah Tiada


Pagi hari tak sah jika tak dimulai dengan jammed.
(hashtag menyampah)
Dan begitulah pemandanganku sepanjang 290 hari.
Dan permandangan ini adalah bermula dari keluar pagar rumah.
Sepanjang 290 hari ni, 1jam 30minit masa diambil untuk sampai ke ofis dari rumah.
Dan berdoalah takde eksiden mahupun hujan.
Kalau ada, alamatnya 2-3 jam tak kurang.
Boleh makan nasik lemak sambil drive. Confirm.
Lagi 70 hari tu clear sebab cuti sekolah.
Senyum sampai telinga lah 15 minit je perjalanan.
Menyampah tak? Menyampah kan.