Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa

Biasa parenting norma kita, kita lebih straight forward bila nak halang anak-anak dari buat sesuatu yg salah atau bahaya. Straight forward tu adalah NO atau JANGAN. Menjadi straight forward sebab, tak sempat nak fikir ayat terbaik. Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN,

1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau JANGAN itu.
Contoh, “Jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh” anak dengar sentuh. “Jangan pukul” anak dengar pukul. Sebab tu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?

2. NO/JANGAN ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semua perkara disekeliling mereka. Bila kita kata NO atau JANGAN, tanpa sedar kita seakan menghalang mereka bermain.

3. Kita bertambah stress. Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau JANGAN. Level stress boleh naik sedikit demi sedikit bila kerap sebut NO/JANGAN.

4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita turut ragut 60 saat rasa gembira si anak. Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.
.

Jadi, apa yang boleh dibuat adalah dengan tukar ayat iaitu beri arahan (positif) yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.

Antara ayat yang boleh ditukar:

1. Don’t go there -> Stay close with mama
Jangan pergi sana -> Sini, duduk dekat dengan mama

2. Stop hitting -> Keep your hands at your back
Jangan pukul -> Sayang Kawan (tunjuk contoh sekali)

3. Don’t screaming -> Talk nicely
Jangan menjerit -> Cakap elok-elok

4. Stop jumping -> Sit down
Jangan melompat -> Duduk diam-diam.

Dan selebihnya ibu bapa kena kreatif  cipta ayat arahan positif.
.

Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan straight forward.

Nota 2: Otak ibu bapa kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata NO/JANGAN dan dah tentu kena lebih cepat dari tangan yang nak ‘tangan-tangankan anak’. Mencabar!

Nota 3: Sabar.  Nak latih tukar ayat ni amik masa untuk dibiasakan.
.

Mama papa suka “farrel, no nangis” bila dia nak start nangis. Tapi dah tentulah tak effect apa-apa memandangkan nangis tu memang satu-satunya bentuk komunikasi baby. By the way, mama papa kena ubah cepat sementara farrel masih mumayyiz ni. Supaya bila dia mampu berfikir nanti mama papa dah pun terbiasa. Hehe.

#cp

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu