Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu
"Sy rasa boy! Eh, mcm girl la plak. Eh, emm.. Ok sy tak berani nak
confirm"
"Im not sure. I can say 60% is a boy but cannot confirm."
"I think it's a girl..because I dont see any sign of 'bird'. I think it's probably girl.
Probably. I cannot confirm."
That was the 6th time ultrasound.. Dah 6 kali scan pun still xtau
jantina. Not even once. Yang kedua ni betul-betul nak surprise mama ke apa.
.
Alhamdulillah tanggal 3/11/17, berkumandanglah suara tangisan baby yg
penuh energetic kuatnya. Selesai dia dibersihkan, sementara aku sedang dijahit,
doctor yang mendukung bayiku segera meletakkannya diatas dadaku. Skin to skin.
Automatik tangisan lantangnya tadi hilang. “Oh dia kenal bau mak dia ni. Tu
pasal terus senyap” ujar doctor. Kucium pipi dan dahinya yang putih bersih itu.
Wangi. Wangiannya lembut dan menenangkan. Bukan bau perfume, bukan bau sabun.
Wangian yg tak pernah aku bau selama kehidupan ini. Entah kenapa, dia tenang
aku pun tenang. Cukup 9 bulan dia sorok jantina, saat itu la baru aku tahu, dia
adalah PUTERA FnN kedua kami. Surprise mama! Gituhhh.
.
Dalam OT, masa aku tengah dijahit sempat Dr Wong menjengahkan kepalanya
disebalik kain tirai yg menutup pandanganku, "Lepas ni bersalin pun czer
ye puan. Sebab ni dah kali ke 2 czer." Aku angguk. Like seriously, sempat
pulak doc ni pesan dlm keadaan perut belum bercantum tu. Ya, kali kedua
melahirkan ini aku czer bius separuh. Tak macam yg first dulu bius penuh. Cucuk
bius dari tulang belakang. Jadi, perjalanan keseluruhan proses kali ini aku
sedar.
.
“Ok, puan peluk bantal ni, sy akan bius untuk bius dulu.” Hah bius untuk
bius apakah? Aku tercengang. Terasa seperti gigitan semut dibelakang. Eh, dah
siap bius ke? Tak sakit pun? Ngomel aku sendirian. “Ok, sekarang kita cucuk
bius untuk operate pula. Sakit sikit. Puan tahan ye. Tarik nafas, lepas…” Serentak,
terasa belakangku bagai dihiris. Sakitnya rasa macam nak menangis. Aku peluk
erat2 bantal sambil bertasbih. Rupanya itulah bius sebenar. Yg awal tadi bius
untuk mengurangkan sakitnya bius yg ini. Betullah memang sakit. Hu.
.
Jam waktu tu menginjak 1130 malam. Dah 6jam 30 minit lepas operate.
Nurse dah bagi duduk tapi still xboleh berdiri. Nasib baby pada nurse. Makan la
kismis sikit2 utk gain energy. Tu pun sambil pejam mata. Dalam hati tertanya,
bila nak bagi baby ni.
**Berlatar belakangkan suara tangisan baby yg dari tadi tak berhenti**
"Bawak la baby ni kat mak dia. Mak dia dh boleh bangun tu"
Terdengar perbualan nurse kat kaunter disebalik dinding cubicle ku.
'Oh maybe nak bagi kat aku kot' Fikirku.
Tak lama kemudian kelihatan sorang nurse menolak masuk baby cot.
Melintasi katilku, dia terus menuju ke katil hujung dan park baby cot disitu.
Juga ibu yg baru sudah operate siang tadi sebab tumpah darah. Sama waktu dgn
aku keluar OT tadi.
"Rasanya tadi dengar baby dia dlm NICU. Ada masalah pernafasan. Dah
ok kot" bisik aku sendiri.
Tapi entah kenapa hati ni rasa tak sedap. Aku tenung je baby yg dah
berhenti menangis dengan mata yg terkebil-kebil tu. Entah kenapa aku rasa macam
tu anak aku. Walau masih pening, walaupun cahaya malap, masih jelas aku nampak
bentuk mata dan hidung dia. Eh.
Dalam masih pening dan mamai kesan bius, dia angkat baby tu dan cuba
untuk menyusukan. Baby yg tadinya dah diam kembali menangis. Entah kenapa
instict keibuan tu macam sayu je tengok scene mak-baby tu. Aku perhati terus
menerus. Jelas ibu tu belum fully gain energy dia. Kejap dia letak kat tepi
katil. Kejap dia cuba susukan. Ngeri. Takut je baby tu jatuh. Dan baby masih
menangis semahu-mahunya di tangannya. Kenapa nurse bagi dia pegang baby? Aku yg
dh dpt kesedaran ni takde pulak nurse nak bagi baby.
Mungkin sebab dah tak boleh tahan, dia panggil semula nurse. Dua tiga
kali baby cot tu ditolak melalui aku. Kejap bagi kat ibu tu, kejap nurse amik,
dan aku, aku masih tak puas hati. Aku nak tahu kenapa baby aku tak dibagi lagi.
Kali ni aku nekad, nurse yg tengah menolak baby cot tadi utk bawak ke kaunter
nurse semula, aku panggil.
"Nurse, drip ni tak jalan la. Jarum kat tangan sy ni dah lari
rasanya."
Alasan untuk stopkan nurse dgn baby cot tu lebih hampir dengan aku. Aku
kena pastikan sesuatu.
Nurse tengok drip aku, aku tengok baby tu. Sah. Memang sah.
"Kejap ye puan nanti sy datang balik."
"Nurse..." belum sempat dia tolak baby cot tu pergi, aku tahan.
"Tu bukan anak sy ke." Sebenarnye aku nak tanya, bila nak bagi ank aku. Takdela nampak macam meroyan sangat. Tapi yg keluarnya straight forward plak. Lol.
Nurse tu tenung label kat baby cot bersilih ganti dengan label nama kat
kepala katilku dan bersilih ganti dengan tag dikaki baby.
"Oh, bukan puan. Ni kita pinjam baby cot je." Memang sah la
label baby cot dengan label katilku sama. Nama aku.
Tapi entah kenapa jawapan nurse tu buat aku makin tak sedap hati. Boleh
ke main pinjam2 katil gitu. Ada sebab kenapa katil baby dilabel. Baby ni kan
muka dia macam sama gitu. Berani betul nurse main pinjam2 katil? SOP mana SOP? Beberapa
minit kemudian datang nurse lain ke katilku. Bukan nurse yg tadi.
"Puan, kami mintak maaf banyak2 puan,yg tadi tu memang anak puan. Nurse tadi tersalah bagi kat ibu yg tu."
Uish, aku terus sentap. Sentap dia lain macam. Datang pulak nurse yg lain lagi. Nurse ke-3. Ditutup tirai katilku.
"Puan kenapa puan? Puan ok ke." Aku geleng sambil berair mata.
"Puan dah tengok ke anak puan tadi?" soal nurse seakan tak percaya
aku kenal muka anak walhal baru bangun sesudah 6 jam ‘kelaut’.
"Dah. Suami sy dah bawak baby datang sini siang tadi. Dalam OT pun
sy dh tengok baby sy."
Im wondering, dia pernah dengar tak kuasa naluri seorang ibu. Gituhh.
"Puan jangan nangis puan. Kan baru lepas bersalin. Susu dia pun
belum ada lagi. Dia tak susukan pun anak puan."
Bagus jugak kalau dia dapat susukan anak aku awal tadi. Tak salah pun
dpt ibu susuan. Takdela anak aku melalak dari tadi. Takpayah la aku terkilan
tgk scene ngeri tadi. Mana pergi prosedur diorg? Pinjam baby cot? Alasan
terbaik untuk selamatkan situasi. Tag kat kaki baby sampai dua tapi tak de rasa
nak cek at the 1st place. Or atleast confirmkan nama ibu macam nurse bagi ubat,
tanya nama dulu. Terkilan kot!
Tak lama nurse bagi baby kat aku. Baby tengah menangis. Aku dukung. Tup,
terus diam.
"Eh, dia kenal la mak dia. Tadi kat tangan orang tu dia nangis je.
Bagi kat awak terus diam." Nurse berbasi-basi. Dan ayat tu memang basi pun
dalam keadaan yg macam tu.
"Awak, awak tu bukan anak sy ke?"
Ibu yg katil depan tu tegur. Alamak ni yg aku risau ni. Kang die ingat aku amik anak die. Kang kalau dia datang mintak anak, aku nak buat apa ni. Kang jadi drama rebut-rebut anak. Aku tak berani nak pandang. Aku rasa insecure. Aku buat tak tau je. Luckily nurse dtg balik. Mungkin pertanyaan ibu tu sampai ke telinga nurse tersebut.
Ibu yg katil depan tu tegur. Alamak ni yg aku risau ni. Kang die ingat aku amik anak die. Kang kalau dia datang mintak anak, aku nak buat apa ni. Kang jadi drama rebut-rebut anak. Aku tak berani nak pandang. Aku rasa insecure. Aku buat tak tau je. Luckily nurse dtg balik. Mungkin pertanyaan ibu tu sampai ke telinga nurse tersebut.
"Puan ok?" Dia tanya aku.
"Orang depan tu tanya ni anak dia ke. U better pergi explain kat dia. Its not fair utk dia jugak." Seakan memahami situasi penuh emosi itu, dengan segera nurse tersebut explain bahawa anak beliau masih di NICU. Luckily dia dapat terima bahawa baby yg dia cuba susukan tadi bukan anak dia tapi anak aku.
Keesokan siang, sengaja aku bercerita perihal malam tadi dengan nurse yg
bekerja shif siang. Sebab aku tak rasa mereka yg terlibat malam tadi akan jujur
dengan ketua mereka. Sebab benda ni tak sepatutnya berlaku. Sebab, mereka ada
SOP. Sebab kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Jadi aku cerita agar
benda ni disampai-sampaikan sesama mereka. Dan betul, malam tu sister
beruniform biru datang ke katilku. Lepas 24hour kejadian. Uniform biru ni macam
senior/penyelia or team leader la kat situ.
"Sy dengar malam semalam ada
tersalah bagi anak. Anak puan ke?" Aku sekadar mengangguk. "Kami
minta maaf banyak2 ye puan. Sy dah suruh nurse tu tulis surat tunjuk
sebab."
Sejauh mana ketelusannya, aku tak pasti tapi kesalahan memang
perlu ditegur. Kes tertukar anak ni bukannya tak pernah terjadi. Aku berharap sangat
nurse tersebut belajar dari kesilapannya. Tersalah bagi anak tu point kedua
sebenarnya. Kejadian sebelum tertukar anak tu, malas la aku nak cerita. Dengan
nurse yang sama jugak. Dia tahu, aku tahu, cukup.
Kemudian, datang lagi nurse lain pulak, "puan ok ke? Dia ada mintak2 anak tak?" "Eh, takde. Dia pun dah jumpa anak dia kat NICU siang tadi." For the 1st time ibu tersebut jumpa anak dia.
"Puan ok tak? Kalau tak selesa kita tukar katil puan kat
lain." "Takpe sy ok." Sampai begitu sekali concernnya. Tukar katil.
Sebabnya, hal ini bukan kecil. Sangat mengganggu emosi ibu yg baru sudah
bersalin.
Tersalah bagi anak. Alasan miss communication, hectic night, etc etc..
Apa pun alasannya, benda macam ni tak sepatutnya terjadi di mana2 hospital pun.
Sebab? Sebab mereka ada SOP. Nasib baik kat cubicle sama. So aku nampak. Kalau
dia bagi anak aku kat katil cubicle lain? Alamatnya sampai sudah aku tak tahu
kot. Ntah-ntah boleh terbawak balik rumah terus. Worse nightmare!
Semoga semua
pihak mengambil pengajarannya. Hospital mana, biarlah rahsia..
Btw, aku dengan ibu susuan tak jadi tu, for some reason, we became
closer. Somehow we have a story to tell to our children. Kihkih.
Sekian, cerita 7 bulan yg
lepas.
Firshad Nufael