Pregnancy: Iron-Deficiency Anemia

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan iron.
Anemia ialah penurunan jumlah cell darah merah atau penurunan haemoglobin dalam darah. Kekurangan iron ini terjadi biasanya disebabkan oleh kehilangan darah, kurang makan ataupun kadar penyerapan iron yang tidak maksima dari makanan yg dimakan.

Simptom Iron-Deficiency Anemia
-       Pening
-       Pucat
-       Sejuk tangan & kaki
-       Chest pain
-       Keletihan yang amat
-       Heartbeat yang tidak teratur/laju
-       Nafas pendek

Iron-Deficiency Anemia semasa mengandung

Masa preganant, kita berkongsi segalanya dengan janin. Apa yang kita makan turut disalurkan kepada janin untuk perkembangan dan tumbesarannya. Jadi, perkongsian ini juga turut menjejaskan kepekatan darah.

Kepekatan darah yang tidak sesuai ni adalah bahaya untuk both ibu dan anak. Salah satunya boleh merencatkan tumbesaran janin iaitu boleh menyebabkan kecacatan. Kiranya tak cukup zat gitu. Risiko pada ibu pulak, kemungkinan tumpah darah semasa melahirkan adalah tinggi. Plus, HB memang akan drop selepas proses melahirkan kerana darah akan ikut keluar during the process. Terutamanya untuk ibu yang melahirkan secara czer. Transfuse darah mungkin perlu. Tumpah darah risikonya boleh membawa maut.

Biasanya anemia during pregnancy ni dapat di-detect bila bacaan HB (haemoglobin) low iaitu dibawah paras 10. HB mudah untuk turun, susah untuk naik. Biasanya klinik akan bagi zincofer. Kalau HB masih rendah, klinik akan bagi Iberet.
Iberet ni hanya boleh diberi dengan preskripsi doctor je. Tapi kalau dengan Iberet pun HB still low (statik atau semakin menurun), penyebab lain perlu dicari. Dan penyebab ini hanya boleh diketahui dengan melakukan ujian darah. Darah diambil sebanyak 4 botol untuk dibuat beberapa ujian. Ada banyak sebab yang menyumbang kepada anemia semasa mengandung. Salah satunya ialah kekurangan Iron. Biasanya kalau HB too low cecah paras 6 ataupun, makanlah apa pun hati ayam ke delima ke bayam merah ke, HB still low, injection iron perlu diberi. Pedih ok. Fuhhh.

Itulah yang aku hadapi sepanjang 2 proses kehamilan ni.


All the above (kecuali pork), langsung tak memberi kesan kepada anemia ku walau diambil setiap hari.

Masa 1st pregnancy takdelah diorang nak kalut pun suruh aku makan itu ini. Tapi for 2nd pregnancy, sebabkan dah plan for czer, aku dipaksa-paksa untuk menaikkan HB to reduce the risk. Worsening, HB drop sampai 8 padahal dah preskrip Iberet.


Despite the symptoms yang semua pun aku alami, luckily both pregnancy tak sampai kena inject iron sebab atas nasihat doctor, dan dah tau pun punca anemia ku adalah iron deficiency, maka aku disarankan stop iberet and amik 2 biji iron tablet - Iron Ferrous Fumarate sehari. Alhamdulillah HB naik la 0.5 seminggu. Hari warded before czer the next day, HB berjaya naik 10.5. Yes, still low tapi ada progress.

Ada banyak sebab untuk menjadikan proses melahirkan itu adalah antara hidup dan mati. Just name it.

Appreciate your wife, favour your mother.


p/s: semua image adalah dari google

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu