Feb 15, 2013

AkuPemanduBerhemah


ku pandu keretaku perlahan.

kelajuan yg sesuai untuk laluan kiri.
mata melilau memandang deretan kedai tepian jalan.
niatku nak cari bengkel. nak tukar minyak enjin.
keretaku terus meluncur straight dan melalui satu simpang tiga yg besar.
tetiba, sebaik aku berpaling, 
hopocot! ada sebuah waja dari simpang kananku meluncur keluar.
terus memasuki laluanku.
ku tekan hon panjang.
hooOnnnnnnnn !! garang sekali. 
nyaris aku nak terlanggar sisinya.
kuang hajor, marahku.
sedangku membentak-bentak sendirian, 
mata tajam terpandang cermin pandang belakang.
kereta kat belakang aku kesemuanya tengah berhenti. 
jauh jaraknya dariku. tenang.
ok, rupenye aku yg langgar traffic light merah.
shame on me. -.-'