Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin
Hari ke 2,
datang seorang nurse dengan apron plastic menolak troli ubat-ubatan berjalan
kearah ku. Lantas menarik kerusi disebelah katilku dan melabuhkan punggungnya
disitu.
“Puan,
harini saya nak cucuk pencair darah.” Sambil mengeluarkan sebotol kecil cecair
bersaiz panjang ibu jari yg bertulis ‘Heparin’. Aku feedback positif. Dia
adalah nurse faveretku memandangkan skill menyuntiknya adalah sangat pro. Tak
sakit. Malah tak terasa apa pun. Dialah yg berjaya mencabut branula kat
tanganku semalam tanpa rasa sakit sikit pun. Pendek kata, jarum tu adalah
bestfrennya.
“Selepas
bersalin secara pembedahan, kita akan bagi suntikan ni untuk mengelakkan
pembentukan darah beku. Darah beku ini adalah bahaya jika memasuki jantung.
Patient akan collapse/pengsan/koma atau terus meninggal.” Sambungnya. Serius.
“Dah banyak
yang berlaku ye puan.” Aku mengangguk tanda faham.
“Suntikan
ini perlu diambil 2 kali sehari dengan jarak 12 jam setiap satu suntikan selama
10 hari. Ini bermakna total adalah 20 suntikan.” What?! Aku terkejut dalam
hati. 20 suntikan. Hu.
“Suntikan
ini boleh dicucuk di lengan, peha atau perut. Nanti puan discharge kita akan
bekalkan ubat ni. Puan boleh cucuk sendiri.” Cucuk sendiri? Kahkah. Tercucuk
pin tudung pun berair mata ini nak cucuk sendiri jarum panjang tu.
“Puan nak
belajar tak? Kalau nak saya boleh ajar. Senang je. Pegang macam pegang pen,
terus spot masukkan kedalam kulit/daging sampai habis jarum lepastu tekan ubat
bagi masuk.” Hu, penerangannya je dah cukup seram. Aku geleng, “tak nak”.
Cucuk
heparin. Untuk mencairkan darah/mengelakkan pembentukan darah beku yg boleh
mengancam jantung dan nyawa. Polisi KKM sekarang, ibu-ibu yg bersalin Czer
dikuatkuasakan untuk ambik suntikan ni 2x sehari selama 10 hari iaitu bersamaan
dgn 20 kali cucuk. Suntikan boleh kat lengan/peha/perut.
Dulu takde.
Kemudian cucuk heparin diberi selama 5 hari bersamaan 10 kali suntikan.
Kemudian di up kan lagi menjadi 7 hari. Bersamaan 14 kali suntikan. And now,
here we are. 10 hari bersamaan dengan 20 kali suntikan.Tapi bila ditanya pada kawan-kawan
yg bersalin di private hosp, semua takde ambil suntikan ni. Malah ada yg tak
pernah dengar pun. Jadi assumption aku adalah, yg bersalin di hosp gov je yg
TERPAKSA mentaati polisi tersebut.
Terpaksa
terpaksa pun, aku taat juga demi kesihatan berpanjangan. Memandangkan aku tak
mampu nak cucuk sendiri, aku berulang alik ke klinik private 2 kali sehari
(pagi & malam) dalam jarak 12 jam semata-mata untuk ambil suntikan. Bawak
la kehulur hilir botol ubat yg hosp dah bekalkan. Menadah la aku bahu kiri
kanan secara bergilir. Kalau siang dah bahu kiri, malam bahu kanan pulak. Kena
bergilir sebab ubat ni buat lengan jadi lenguh. Lebam tak payah cerita la.
Scary. Dah macam penagih dadah kejap haha.
“Pembentukan
darah beku lepas Czer ni adalah kemungkinan dari air ketuban yg melepasi
kawasan lain/salur darah dan bercampur dengan darah. Berbeza dengan bersalin
normal yg mana air ketuban keluar melalui satu jalan sahaja. Darah beku
tersebut berbentuk ketulan kecil macam tepung yg dibancuh tak sekata jadi
ketulan-ketulan kecil dikhuatiri memasuki jantung.” –Dr Wati
Hospital
bekalkan 4 botol. Kena store dalam peti sejuk. Tapi 2 botol je dah cukup. 1 botol tu cukup untuk 10 kali
cucuk kalau tak pecah dan tak tumpah. Sekali cucuk kat private klinik RM10-20.
Kalau klinik gov dekat pegila kesana je. Free kan hehe. Tapi rumah aku dgn
klinik gov jauh. Sebanyak 3 klinik aku pergi dengan 5 doktor yg aku dah try
cucuk. Hanya 2 orang doctor je yg menepati citarasa. Doktor Wati klinik Dr
Nurzawati Alam Budiman (RM20) dengan Dr Yusreen poliklinik An-Nisa' Alam Budiman
(RM10). Jadi, kalau Dr Wati tu tidak bertugas waktu tu, aku akan ke klinik lagi
satu jumpa Dr Yusreen. Dan begitu la sebaliknya.
Kenapa menepati citarasa? Ha, lepas banyak kali warded, masuk keluar IV line (branula) dah 7 kali, kena amik darah kat lengan lebih 15 kali, tambah lagi kena cucuk heparin sampai 20 kali tu, pengajaran yg aku dapat, tak semua orang pandai bermain dengan jarum walaupun dia seorang doktor.
Cucuk yg pro ialah, sakit saat jarum ditekan je. Itupun sikit je. lepas jarum dah masuk tu tak rasa dah. Saat ubat ditekan pun tak terasa, keluarkan jarum pun tak rasa dan darah pun sepatutnya hanya setitik. Kemudian, takde lebam.
Cucuk yg pro ialah, sakit saat jarum ditekan je. Itupun sikit je. lepas jarum dah masuk tu tak rasa dah. Saat ubat ditekan pun tak terasa, keluarkan jarum pun tak rasa dan darah pun sepatutnya hanya setitik. Kemudian, takde lebam.
Cucuk yg tak
pro, dari tekan jarum, masuk jarum, masuk ubat pedihnye Allah je yg tahu.
Kemudian, banyak darah lepas jarum keluar dan akan lebam 2-3 hari. Hasilnya,
aku mendapat 3 lebam dari 3 doktor yg tak menepati citarasa tadi. Kah.
Jadi, kalau
mommies kat luar tu kena cucuk heparin, sekali cucuk rasa sakit sampai dah tak
sanggup nak teruskan, cari la klinik dan doctor lain sampai jumpa yg tak sakit.
Try and error kekeke. Aku cite berdasarkan pengalaman je. Jangan pulak jadikan
ini sebagai rujukan utama. Badan manusia lain-lain. Hehe. Lepas je complete course,
aku mendapat rashes yg teruk. Tak tahu lah itu side effect heparin atau aku yg
alergik ubat.
“Alhamdulillah,
dah complete dah puan. Balance ubat ni boleh la simpan buat kenangan haha.” -Dr Yusreen