May 28, 2014

Four Legs Little Friends



Hai ! Meet Moko Mungji. They are Birman!

Ini aku kidnap kat umah makcik.
Kalau pegi kelas kat Puncak Alam, umah makcik aku ni la aku tumpang.
So, tiap kali nak masuk rumah mesti say hai dulu dengan budak-budak ni yang duduk dalam sangkar.
Dahtu lame-lame jadi geram lalu telah mengkidnap 2 ekor. Omey angat!
Ikutla diorang naik kereta dari Puncak Alam ke Kuantan..


Ni Mungji!

Ifah yg bagi nama. Terpengaruh dengan Running Man. Ikut hati aku nak letak Snowy Snow Shoes sebab kaki die putih mcm pakai stokin.
Tapi mak kate nanti tak muat surat beranak pule..
Jarang meow meow. Kalau nak makan die duduk je tepi bekas makanan sampai orang penuhkan bekas makanan tu.
Tak suke makan nasik. Sangat suke makan ayam. Ayam tengah goreng dlm kuali lagi die dah berlari-larian ke dapur. Dia jugak sangat handal menangkap lalat dan menelannye tanpa mengunyah terlebih dahulu. Sadis. Nampak je comel tapi gengster.  :)


Meet Moko!

Aku bagi nama ni sebab beliau sangat kuat makan.
Nyaris nyaris nak letak nama Poo Poo sebab telah berak dalam keretaku ketika dalam perjalan dari Puncak Alam ke Kuantan. Tak pepasal kena mandi kat Shell Temple Park.
Suke meow meow depan bilik mintak nak masuk. Bukan nak ape pun nak suruh orang gosok kepala die je. Ngade tau.
Kehandalan beliau adalah melakukan aksi stunt.
Sangat suke main bola kertas. Tapi bukan main sendiri. Ajak orang main dengan dia. Kite baling bola tu jauh-jauh nanti die kejar, gonggong bagi kat kite balik suruh baling lagi.
Pandai kan? Macam tu la setiap malam.. :)
Bakal menggigit kaki orang kalau ajakannye bermain tak dilayan.


Mungji tengah mengendap lalat.



Moko yang suka tidur berbantalkan simen.

Cara nak beza budak dua ekor ni, 
Mungji pakai stokin putih. Moko pakai stokin hitam. :)