May 20, 2015

the missing puzzle piece



Dalam perhubungan yang aku lalui itu, takde lain yang aku inginkan kecuali masa, perhatian dan perasaan istimewa yang hanya untuk aku. Tidak terbahagi.
Bukan harta yang aku soalkan. Hakikatnya aku tak pernah tanya berapa kali dah kau tukar kereta? Rumah dah ada ke belum?
Bukan duit yang aku kejarkan. Hakikatnya aku tak pernah pun nak ambil tahu berapa gaji kau sebulan. Elaun? Bonus?
Bukan kebendaan yang aku inginkan. Hakikatnya tak pernah sekali pun aku mintak dibelikan barang kemas, hatta baju seklipun.
Tak pernah.
Aku tak perlukan semua yang diatas ini kerana aku mampu meng ada kan sendiri. Kereta, checked. Duit-gaji, checked. Rumah, walaupun belum mampu beli tapi mampu sewa satu rumah sorang-sorang.
Yang terpenting bagiku itu hanyalah, Masa. Perhatian. Sayang cinta rindu. Yang tidak terbahagi, layaknya hanya untuk aku. Tidak terbahagi.

Sesusah mana pun hidup berdikari sendirian, sebeban manapun terasa bahu memikul, cukup 3 perkara ini mampu menjadi peringannya. Rasa bahagia itu yang langsung membunuh jerih yang terasa. 3 perkara ini. Masa. Perhatian. Perasaan teristimewa. YANG TIDAK TERBAHAGI. 

Dia tak punyai banyak masa. Kerana setiap masanya terpenuhkan dengan jadual kerja. Tapi aku tahu setiap waktu lapangnya selain makan mandi dan tidur, di reserve kan untuk aku. *Baru hantar kat airport beberapa minit yang lalu dah rindu T_T *

Se tension mana, sebusy mana, seserabut mana pun dia, dia selalu menjadi pendengar yang baik. Tak pernah ignore ceritaku walaupun aku tahu terkadang cerita itu membosankan. Bila ada nasihat yang diusulkan, waktu tu aku tahu dia bukan sekadar mendengar. Aku tahu.

Itu perihal masa dan perhatian yang tidak ternilai harganya. Tentang rasa istimewa itu iaitu sayang cinta rindu, biarkan saja aku yang merasakannya. :)

Kerana nilai harga tak penting. Tapi yang penting adalah nilai menghargai. Syukur.. telah aku temukan kini 'the missing puzzle piece' yang lama kucari dulu..



#F&N