Jawapan doa



Dalam kesesatan gelap pekat aku terlihat kamu
Suluhan wajah terang menggamit kalbu
Mendorong aku menghampirimu
Memaut erat tanganku yang tergagau
Lantas menjauh mimpi-mimpi buruk dulu

Sinaran mentari menyelimuti alam sunyi
Titisan yang menghiris kini berganti
Anugerah cahaya hadir mengisi sepi
Kekosongan yang dulu terasa padu,
Kini hilang ditiup angin lalu..

Dalam sedih menganyam duka
Dia anugerahkan cahaya nan gembira
Dalam jerih payah mengemudi kesulitan
Dia kurniakan selebar keringanan
Tulus mendengar deraian nirmala
Lantas ternoktahkan doa-doa dengan warna keindahan

Takkan mampu dunia ini berputar
Serapuh aku yang tanpa kamu
Terpinggir sendirian bersulam gentar
Kerana dirimu itulah dunia sehayatku

Jangan pernah terlerai genggaman
Tatkala dunia seakan cuba memisahkan
Takkan pernah hati ini goyah
Walau dikail hikayat cinta nan mulur
Takkan terleraikan pimpinan yang telah kita semaikan
Kerana engkaulah jawapan pada doa-doaku..

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu