Trip to Langkawi : Day 1 (1/1/2016) Part II


Oriental Village - SkyCab (Cable Car) + SkyDome - HIG Shopping Center


1. Oriental Village + SkyCab + SkyDome




google


Oriental Village terletak di Cenang. Parking free. Kat dalam tu ada macam-macam.
Ada jual barang-barang macam baju, cenderamata, sunglasses, dan aksesori kamera.
Kat situ la kitorang beli monopod. Kah! Dah sampai baru sedar takde monopod. Oriental village selain cantik untuk bergambar, ada jugak aktiviti naik kereta kuda, Geopark-Taman Burung, Muzium 3D/5D arts dan jugak SkyCab. SkyCab ni sebenarnya Cable Car la. Tapi kat Langkawi SkyCab nama diberi. Ianya terletak kat dalam Oriental Village. Nak naik Cable Car mesti kena melalui Oriental Village jugak. Jadi, kalau tak tahu kat mana Cable Car, follow je signboard Oriental Village. Masuk Oriental Village adalah free. Tapi kalau nak masuk ketempat-tempat yang tersebut diatas, semuanya berbayar.

Tiket Cable Car untuk local adult ialah RM20 manakala RM15 untuk kids. Tapi mesti tunjuk IC/MyKid kat kaunter tiket. Kalau pegi ramai-ramai in group, mesti serah IC semua orang pada wakil yang beli tiket tu. Tak boleh pakai IC wakil semata-mata. Harga untuk SkyCab/Cable Car ni termasuk sekali dengan pakej SkyDome. Nak ke tak nak ke, kena masuk Dome dulu baru dapat naik Cable Car. Aku nasihatkan kalau masuk SkyDome tu mohon tutup mata. Serius pening & macam useles. Hu.





Cable car baru bergerak naik..

Selain tu ade jugak pakej lain. Pakej Sky Bridge, Sky Trails dan 1 lagi VIP cab. Sky Trails ialah berjalan-jalan di kaki gunung ala-ala jungle tracking gitu. Ada tour guide. VIP cab pulak dari dinding, bumbung, lantai sume tempered glass. Duduk dalam tu sambil cable car kite bergerak kita akan nampak sekeliling dengan jelas termasuklah apa yang ada kat bawah sana. Transparent ok. Untuk yg ada gayat, amik yg normal cab je ye.. Hehe. Harga dari RM60-RM98 ikut pakej. Waktu berlepas adalah setiap 15minit. Makan dan minuman adalah dilarang. Kat atas sana ada cafe. Seronok kot minum-minum sambil menikmati sunset.




SkyBridge Langkawi. Ehsan google.


Cab akan bergerak perlahan, semakin lama semakin tinggi, semakin tinggi angin pun semakin kuat. Masa ni mula la datang rasa takut tu. Semua safety jadi isu sambil fikir agak-agak boleh terbang tak cab kite tu bile kena tiup angin kuat. Kekeke.

Kat atas tu ada 2 pitstop. Nak turun boleh, taknak pun boleh. Dah sampai tu elok la turun. Boleh bergambar berlatarbelakangkan bukit dan laut. Pada ketinggian tu, tepi laut pulak, angin sangatla kuat. Fefeeling overseas kejap tahu. Berusaha sedaya upaya akak pegang tudung torbang-torbang.




Lepas turun kat setiap pitstop kite kena beratur semula untuk naik cab tapi masa nak turun que takdela panjang macam masa nak naik. Mana pegi semua orang yg ramai-ramai tadi ntah. Pergerakan turun nampak curam tapi cable tu dah di design untuk stable seiring kecuraman. Dan kelajuan turun jugak jauh lebih perlahan daripada naik. Safety things mungkin.

Sebaik je turun kita akan keluar melalui kedai cenderamata skycab. Adanya baju, keychain, beg dan macam-macam yg bertemakan skycab. Sempatla grab magnet fridge & keychain. Nampak tak marketing & customer approching diorang tu menjadi? Haha. Kat pintu keluar nanti boleh collect semula makanan/minuman yang terpaksa diserahkan tadi.


2. Kompleks HIG (Haji Ismail Group)



Google

Hanya 10 minit dari homestay. Terletak di Pekan Kuah.
Dalam kompleks ni lah letaknya kedai coklat yang besar kat ground floor.

Google

Nampak tak coklat-coklat yang tersusun tu seakan memanggil-manggil kita. Harga coklat adalah pelbagai. Tapi boleh kira murah sikit la dari Cenang kalau nak beli banyak.
Tingkat atas pulak letaknya barangan rumah macam pinggan mangkuk, bedding dan barangan dapur lain. Harga rasanya dah tak boleh nak cakap murah la. Mungkin bersangkut paut dengan kejatuhan ringgit jugak. Kalau nak pilihan barangan rumah yang lebih banyak dan murah sikit boleh pegi Idaman Suri. Boleh cakap murah sikit je sebab memang dah tak murah macam dulu.

Google

Luar kompleks adanya food court. Sebelah food court pulak ada banyak kedai jual beg dan pakaian. Kot nak pi Island hopping nanti takde seluar boleh beli kat sini.
Parking pun senang dan free!

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu