Trip to Langkawi : Day 2 (2/1/2016) Part I - Island Hopping


Island Hopping -  Idaman Suri - Dataran Lang - Langkawi Fair Shopping Mall - Langkawi Parade - Cenang Mall


1. Island Hopping


Island hopping adalah aktiviti menaiki bot mengelilingi dan menyinggah tiga pulau paling wajib kat Langkawi iaitu:



  • Pulau Beras Basah
  • Pulau Singa Besar
  • Tasik Dayang Bunting




Harga adalah RM30 seorang kalau naik dari Jeti Kuah. Manakala RM25 jika naik dari Jeti Cenang. Kalau tak nak share bot, nak satu bot tu family korang yang punya boleh sewa satu bot RM220-RM250. Satu bot boleh muat 8-12 orang depends pada owner dan kemudahan. Boleh book dengan nombor yang kat atas ni ye. Harga 25-30 tu adalah harga yang standard. Kalau amik dengan tour agen atau dengan owner homestay atau dengan orang kereta sewa, harga boleh jadi RM35-RM48.


Kita akan diberi sticker bulat bewarna hijau/kuning/oren menandakan kumpulan dan bot mana yang kita akan naik. Sebagai wajib dan cliche-nye, sebelum naik bot akan ada fotografer amik gambar. At the end nanti boleh collect dalam bentuk cenderamata, RM10. Ok jom atasi Thalassophobia. Hu.. T_T



Kitorang kongsi bot dengan 2 local dan 2 from indonesia. Setiap orang diwajibkan memakai jaket keselamatan. Pemandu bot adalah seorang pakcik yang berpengalaman.
Life jaket ni free atas bot dan boleh disewa RM5 satu untuk digunakan kat dua pulau yang kita pegi nanti. Mulanya aku tak faham. Nak mandi laut kot buat ape sewa life jaket. Cehh eksyen.

  • Pulau Beras Basah



Pulau ni adalah pitstop pertama. Kita akan diturunkan disini selama 1 jam. Boleh mandi dan bersantai. Kat sini air dalam ye. Tepi2 pun dah paras lutut. For safety boleh sewa life jaket RM10, so boleh berenang dan berendam sampai get tanned. Ok, sekarang baru faham kenapa pakcik tadi offer sewa life jaket.



Tengok kat belakang tu bot boleh sampai ke tepi pantai sebab air dalam. Kalau nak mandi memang bestlah. Tengok air yang jernih tu siap nampak kawan nemo, rase nak terjun kuak lentang je. Nasib akak fobia. Hu.


Jadi, kitorang pilih untuk bersantai dan ber welfie je. Kekeke


Pencarian model majalah mangga. Kahkah. Kate bersantai kan.
Ifah, kau kira 1 2 3 dulu baru snap boleh?


  • Pulau Singa Besar

Kat Pulau singa besar tak dibenarkan turun. Bot akan berhenti kat tengah-tengah tu untuk tengok helang makan. Helang tu besar ok. Dan waktu tu baru aku tau helang ni ade dua jenis. Helang kaler kelabu-putih dan helang kaler merah. Yang kaler kelabu tu ialah helang laut manakala yang kaler merah which is yang menjadi simbol negeri Kedah, itu ialah helang darat. Katanya helang merah hanya ada di Pulau Langkawi. Dulu pelancong dibenarkan memberi helang makan. Tapi disebabkan isu kebersihan, sekarang dah tak boleh. Kata pakcik driver tu, helang-helang ni diberi makan ayam oleh petugas pulau sahaja. Ntah kenapa helang tu memang duduk kat area Pulau Singa Besar je. Nak tengok helang mesti kena kesini.


Nampak muka akak je. Helangnya tak jelas kat belakang tu sebab sibuk terbang-terbang sauk ikan.

  • Tasik Dayang Bunting

google

Believe me, tasik air tawar kat tengah laut. Subhanallah..


On the way pegi TDB jumpe gua ni. Eh, gua ke.


Dayang Bunting Marble

Untuk ke tasik kita mesti melalui pintu masuk utama dengan bayaran RM3 per person. Murah je.


Sebaik je masuk entrance tu, kau ramainya orang.
 Lepastu kita kena menempuh pendakian bukit melalui anak-anak tangga. Sebaik je kita turun dari bukit, nah..

google
google

Tasik sangat dalam. 30feets depth and no life guard. Tapi boleh sewa life jacket jugak RM10 kat sini. Selain mandi, boleh sewa bot kayuh/solar bateri ni. RM30 bot+life jacket untuk 30minit.

google

Secara jujurnya aku tak pernah main kat pantai air melebihi paras buku lali. Aku tak pernah main bot kayuh-kayuh kat tengah tasik. Aku tak pernah berenang-renang kat swimming pool, hatta celup gantung kaki dalam air pun tak pernah. Memandangkan ada masa 1jam kat sini dan demi memenuhi hasrat encik suami, ini first time. I dare myself la konon.


Ok, mula tu seronok la menikmati bayu segar. Tengok kehijauan terbentang depan mata, burung berkicau, langit biru. Lepas snap pic ni konon nak tengok hasil gambar la. Sekali tengok orang ngan jeti kat belakang tu apesal nampak kecik je. Ku toleh kebelakang tengok jeti tu macam sayup je. Bile toleh depan, alamak besarnye air. Tengok tepi, nampak air macam acah-acah nak masuk bot. Ahh sudah.. Akak be like, baru tersedar berada kat tengah tasik yang besar dan dalam. Terus menderu-deru pelbagai imagination jahat. Bot tibe-tibe bocor, ikan besar langgar bot, bot karam, ade buaya, ikan gigi tajam, Kah! Drama. Panik. Kau, akak terus rampas gear, terus akak make a U turn. Dia punya takut tu sampai angin tiup menghasilkan alunan air ala-ala ombak kecik pun akak dah rasa macam ada sesuatu yang menghampiri bot. I though I would be ok. Hu. Last-last mmbazir je RM30=30minit tu. 10 minit tu pun dah terasa bagaikan nyawa dihujung tanduk. Emm. Sorry husband.


Tips Island Hopping


  • Pastikan makan dulu sebelum naik bot. Bot akan sentiasa hopping-hopping. Kalau perut kosong boleh jadi mual.
  • Kalau driver boat ada offer sewa life jacket, boleh  la accept. Sekali bayar je untuk kesemua pulau. Beras Basah sewa RM10. Pastu kena pulangkan balik. Pegi TDB kena sewa lagi RM10/1jam. Kalau sewa dengan bot senang. Pakai la berapa lama pun. Dan tak perlu berebut-rebut dengan orang lain. Itupun kalau memang niat nak mandi la.
  • Bawak bekal air mineral. Biar spare 2 3 botol. Kat Beras Basah takde orang jual air. Kat Tasik Dayang Bunting ada jual tapi kalau time peak hour kemungkinan kehabisan bekalan. Hehe. Spare air sendiri lebih senang.
  • Bawak bekal makanan. Boleh piknik-piknik.
  • Makesure air dan makanan ni disimpan dalam beg sandang atau beg pack sebab ketibaan orang dengan memegang plastik akan disambut meriah oleh suku kaum monyet pulau yang tanpa segan silu akan merampas bekalan korang. Even kalau bawak beg pun makesure sentiasa ada orang jaga. Diorang pandai bukak beg tahu.
google

I really mean monyet. Kalau baik hati bawak la sebuku roti bagi sekeping sorang makan. Hehe. Diorang tak harmful pun selagi tak disakiti. Dan monyet-monyet ni sangat camera friendly.

Tepat pukul 2petang kitorang mendarat pulang :)

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu