Jan 7, 2016

Trip to Langkawi : Cubaan Mengatasi Thalassophobia


Thalassophobia adalah rasa takut berlebihan/terlampau terhadap air yang dalam/besar, takut terhadap laut lepas/luas dan rasa takut/panik apabila berada jauh dari daratan.


Mereka yang mempunyai Thalassophobia juga berkemungkinan takutkan hidupan/makhluk laut melebihi lautan itu sendiri.



Orang yang memiliki phobia ini biasanya sangat tidak suka berdekatan dengan laut, mereka tidak suka menaiki kapal laut, atau juga bermain di pinggir pantai

(sumber:wikipedia)

Jadi, trip ke Langkawi menaiki feri 2jam dari Kuala Kedah lengkap dengan aktiviti island hopping 4 jam adalah cabaran terbesar untuk aku.

Ok la feri tu besar kan dan kite berada didalam. Tapi kalau karam ke terbalik ke macam mana?? Kau rasa apa yang menunggu kita bawah laut tu? Penerangan menggunakan life jacket kat screen tv feri tu aku dengar dengan penuh tekun. Serius.

Perjalanan 1/1/2016 jam 9.30 pagi tu, laut agak bergelora. Setiap kali feri acah-acah diving gitu aku dah ramas-ramas, cubit-cubit, sentap-sentap tangan husband. Terganggu tidur beliau. Hu..

Tapi Alhamdulillah selamat sampai. Rasa lega macam baru lepas bersalin. Eh.
Thalassophobia peringkat pertama berjaya diatasi.


Ahlan wasahlan 2016. Kami mulakan tahun ini dari sini..
Akak tak gemuk. Baju yg besar.