Mar 9, 2017

Amanah Yang Akan Ditanya

Aku suka budak. Aku suka baby.
Tapi suka setakat suka je la.
Takde la aku nak pegi gomol anak orang.
Buatnya dia tak suka aku,
meraung-raung kat situ dah mak dia tuduh aku buat nak dia.
Sebelum kawen, even sebelum kenal husband pun lagi aku dah niat + doa.
Mintak murah rezeki anak lepas kawen nanti. Aku nak cepat.
Doa terus bersambung lepas kawen.
Alhamdulillah, sebulan kawen, sempatla period sekali terus lekat. Alhamdulillah.
Husband pun jenis suka budak. Jadi teamwork tu ada dan teamwork tersebut mendatangkan hasil. Kah!

Awal-awal pregnant aku tetiba jadi tak suka budak. Haa ntah kenapa.
Semua budak aku tengok aku jadi menyampah. Aku rasa nak marah je anak-anak mak sedara aku yg memanjat sana sini, yg merengek mengada-ngada.
Aku menyampah.
Pernah, aku marah anak jiran sebab sepak fio. Budak tu adala dalam umur 6 tahun. Kecik je tubuh dia. Lelaki. Aku marah yg marah. Bukan bagi teguran lembut. Bukan. Aku tengking dia. Budak tu tak menangis pun tapi terkulat-kulat terus berlalu dari situ. Puas hati masa tu sebab dah lama aku perhati dalam diam. Kalaulah mak dia tahu mesti kecik hati. Nasib takde scene pergaduhan mak-mak. Buatnya mak dia datang rumah tanya kenapa marah anak dia, mau aku menjawab nanti. Mak-mak zaman sekarang kan macam tu. Tapi aku rasa budak tu jauh lebih keras hati sebab macam langsung takde perasaan. Menangis tak, menunduk pun tak. Tapi tak pandang la mata aku. Macam dah terbiasa. Mungkin dia terima lebih lagi bila kat rumah? Keadaan dia masa tu dengan pakaian sekolah, baju sekolah, kasut sekolah dia pergi terjun swimming pool. Beg pun ada lagi. Nampaknya dia belum balik rumah. Turun bas sekolah terus terjun kolam. Apalah yg dia hadap kat rumah ye. Perhatian mak bapak kemana, pastu aku pulak pegi marah dia. Jelas pun sikap budak tu ialah sikap budak yg menginginkan perhatian. Aku menangis sendiri bila teringat balik. Campur menyesal jugak la. Hu. Kadang-kadang rasa nak pergi peluk budak tu mintak maaf. Tapi kang org cakap aku pedofilia pulak peluk anak jantan orang. Emm.

Sebabkan perasaan tak suka, rasa nak marah dan menyampah terhadap budak-budak yg tiba-tiba wujud dalam urat dan saraf aku waktu tu, aku pernah cakap dengan husband, “syg rasa syg nanti mesti seorang mak yg garang.” “Memang pun”, reply husband. Husband akui sebab aku memang garang waktu tu. Dan itu membuatkan aku terfikir-fikir sampai la hujung pregnancy.

Btw, nampak je aku soft. Tapi sebenarnya aku ada baran aku. Suka-suka hati je aku nak marah orang, nak tengking orang kalau dia buat silap dengan aku. Aku jadi takut. Camnela anak aku lahir nanti. Camnelah kalau aku tak boleh sabar. Kang tak pepasal masuk muka depan metro dengan kapsyen capslock, IBU DERA ANAK. Sampai gitu aku pikir.

“Jangan bermimpi nak ada anak jika tiada kesabaran..”

Akhirnya lahirlah Farrel. Lahirnya Farrel, baran aku lesap secara automatik.
Hilang kemana ntah. Aku pun jadi pelik. Sejak 5 bulan farrel lahir, tak pernah sekali pun aku hilang sabar. Elok je aku bangun 3 4 kali tengah malam buat susu, tukar pampers. Takde pun aku marah, kau ni asik nak susu je. Mohon lempang aku kalau aku cakap gitu. Even, tengah malam pukul 2 3 pagi dia bangun ajak borak, mintak dukung, bagi renungan cinta walaupun bilik gelap gelita, pun aku layankan padahal mata ni rabak tak payah cakap la. Aku layankan je sampai dia penat dan tertidur. Sudahnya aku yg terkebil-kebil sorang-sorang sampai subuh. Kejap lagi dah nak masuk ofis. Hu. Mencabar.

Tapi takde pulak aku ni mama yg garang macam yg digembar-gemburkan hati sendiri tempoh hari. Elok je aku sayang-sayang dia, borak-borak. Paling dia suka bila aku zikir nak tidurkan dia. Dia pun ikut sama dalam bahasa dia.
Pastu senyum. Eh eh..dia ni ngorat kita plak.
Ke sebenarnya orang pregnant ni memang garang. Lulz.

Baru 5 bulan. Tapi macam -macam yg dah aku rencanakan. Nanti bila dia dah pandai cakap, aku nak tanya, Farrel syg mama tak? Sebab sekarang aku tanya dia buat tak tahu je. Aku pulak yg tolong jawabkan, “sayang la mama..” Aku nak tanya mata mana, hidung mana, mulut mana, kaki mana. Aku nak jalan pimpin-pimpin tangan dengan dia. Gituhhh. Haha.

Ada jugak aku bayangkan kalau dia tantrum ke kalau dia nakal ke aku nak buat apa. Perlahan-lahan aku ajar diri bagaimana untuk mengajar dia kelak. Anak-anak adalah reality kita waktu kecil. Mereka umpama kain putih, jangan tersalah mewarnanya. Sabar, sabar, sabar. Perjalanan mereka masih jauh. Dalam perjalanan yg jauh tu kita akan menempuh banyak fasa. Fasa bertanya, fasa pecahkan pinggan mangkuk, fasa banjirkan satu rumah, fasa sapu pomade papa dia satu badan dengan gaya sapu losyen, banyak. Tanya diri, mampukah kita bersabar kelak? Didiklah diri kita dulu untuk sama-sama melalui learning process tersebut. Kemudian, didik mereka dengan kasih sayang kerana setiap amanah akan ditanya kelak. Mudah-mudahan aku sentiasa menjadi mama yg sabar, penyayang dan cantik dimata anak. Eh.