Sep 6, 2012

Pelangiku

padi masih lagi menghijau.
belum masenye lagi untuk dituai.
syawal masih lagi berlagu.
belum lagi masuk ke minggu ketiga.
dia dah pun pergi menyambut panggilan Sang Pencipta.
tanpa sebarang pesan, tanpa sebarang tanda,
sedang kita semua sibuk mengejar nikmat dunia,
dia dahpun bahagia disisiNya.
dialah tangan pertama yg menyambutku didunia ini.
dialah tangan pertama yg memandikanku, membedungku, membuaiku.
dialah insan tua yg tak pernah kedekut. 
baik harta, baik budi, baik ihsan.
mungkin dialah insan yg paling bahagia bertemankanNya tatkala ini sedang semua menahan tangis merindui dalam merelakan pemergian dia.
dialah nenekku.
al-Fatihah ...