Oct 30, 2012

full package

alkisah, tersebutlah cerita dan kejadian tika hamba pulang menyambut hari raya korban.
sepetang sudah hamba menunggu ketibaan sang bas, bersambut jua dengan juraian hujan yang maha lebat.
tiadalah payung, bumbung kaunter tiket jualah menjadi tumpangan.
akhirnya, hati yg tidak sabar dapatlah tertahan sementelah kaki dapat melangkah menaiki sang bas tika sang bulan mula menunjuk rupa.
tiadalah disangka, sang bas yg diharap coach vip hanyalah indah khabar dari rupa, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi, bocor mencurahkan air hujan keatas seat mahupun penumpang.
bertebaranlah sekalian penumpang mengelak air yg membasahi lagi membekukan sehingga ke tulang hitam.
tiada juga daya pak supir untuk menolong, maka diteruskan jua perjalanan sehingga ke hentian bus stop pertama (depan terminal je pon)
tika hati gundah gulana tidak rela bepergian dalam kebasahan, muncul akhirnya pertolongan.
ibarat berpantang maut sebelum ajal, sang bas kembali berpatah semula.
demikian hendaknya, bas yg ditukar jauh lebih selesa lagi gah rupanya. syukur.
demi memenuhi kalendar raya, 
ditempuhi jua perjalanan jauh lagi maha jem.
sebermula KL, membawa ke gombak, sesampai jua ke bentong, tiadalah lancar.
sementelah angka malam bertukar 11.30, sang bas, pak supir dan hamba berjaya juga melepasi rintangan jem.
namun, kusangka panas sampai ke petang, 
rupanya dihujani ujian di tengah jalan.
tiadalah sang bas yang gah itu mampu menempuhi kelajuan demi side mirror patah hendaknya.
berhenti lagilah sang bas dengan penuh kebahayaan di emegency lane.
tidak mampu memotong, sang bas hanya menbuntuti sang lori yang maha hebat perlahannya.
demikian, tiadalah sabar lagi sang pak supir, dibawa berhenti lagi demi mengikat side mirror sedaya yg mungkin.
akhirnya, tika embun jantan mula menunjukkan rupa, sampai jualah kami ke destinasi kerajaan Kuantan pada angka 1 pagi 
....
nangis !