Oct 29, 2012

take time

takde stesen minyak, takde surau, takde public toilet.
yg ade cumalah rumah kayu sebuah2 dengan masing2 pintu bertutup rapat menyajikan pemandangan halaman yg besar bagak sunyi sepi je kat tepi kiri kanan jalan.
hari pulak semakin senja. Kereta kami terus meluncur tak berapa nak luncur akibat jem dah masuk 2 jam.

akak : tak tahan da neh. boleh tak kalau kite ketuk je mane2 rumah kat tepi ni.

aku : pastu mende lain yang bukak pintu.
mak : "iye cu... nak ape...?" (dengan nada opah-opah)
ayah : pastu bile dah masuk kang tak jumpe jalan keluar.

*muzik X-File menerjah diminda..*

dah kenapa nak buat skrip telemovie seram ntah.

dan kami semua terus menahan perasaan memerlukan toilet sambil rasa seram untuk 3 jam yang berikutnya..

Bahau-Seremban-KL
Jem 5 jam.