Oct 25, 2012

jangan toleh

Hujan lebat gile kat luar.
jalan la aku sorang2 melintasi 1 tingkap yg besar.
kat luar gelap! full package dgn kilat dan guruh.
dah mcm malam padahal jam baru pukul 6 petang.
ku toleh kiri, kanan. kosong..
teruskan jugak melangkah sepanjang floor 7 HUKM specialist centre
menuju ke farmasi walaupun hati dah mule rase semacam.
seluas2 floor ni kosong? takde sape2. nurse, doc mahupun pelawat.
sambil melangkah dlm hati berdoa, "tolongla ade org berselisih ngn aku" sumpah seram.
yg aku nampak hanyelah dinding tanpa tingkap dgn pintu2 kayu yg bertutup rapat.pun takde org keluar masuk. 
ini hospital ke bangunan tinggal ? detik hatiku. 
kalau bukan sebab janji ngn akak nak buke pose same, 
aku dah patah balik dah nih. jauh bebenor farmasi kau kak!
aku tambah km/j dlm langkahku. 
kalau blh nak berlari tapi ini hospital. hu.
dlm langkah semakin laju tu, aku melalui dpn 1 lagi pintu kayu yg tertutup rapat. elok 3 langkah melepasi, pangg ! 
bunyi pintu terbukak.
pintu kayu keh. kalau bukak kuat2 fhm tak bunyi nye cane ?
terkejut! tapi ade rase sikit happy sebab ade org yg akan keluar maka aku tak sensorang lah kat situ.
aku pun toleh sekilas. pintu masih terbukak. takde sape-sape keluar.
aku toleh lagi, kali ni aku tunggu jap.
sapelah yg keluar lalu menjadi penyelamat aku tu ye.. hewhew.
3 saat, 5 saat, diam. 
bunyi tapak kaki mahupun suara langsung takde.
sunyi. sepi.
dan, secara tiba-tiba pintu tu tertutup balik. 
Pangggg! bunyinya. Ok, takde org keluar. takde orang tutup dari luar. takde jugak orang tarik dari dalam.
tengok lagi kiri kanan. sah takde org lain kecuali aku.
hoi aku sensorang je kat sini. sape lak yg bukak pintu tu haa !
homai, homai..!
nak wtpe nih ? nak lari kang cam klakar lak.
(sempat lagi control cun uh)
sedang aku menggelabah takut taktau nak lari ke buat2 pengsan ke, tetibe aku terpandang 1 sign kat pintu tu.
" Awas. Pintu automatik " 
PINTU AUTOMATIK yang automatik terbukak bila ada orang lalu depannye !
Kah kah. Terima kasihlah.
Inilah ghupe pintu tersebut.




itu cite seram komedi aku 3 taun lepas. HAHA sgt.

2 minggu lepas aku dtg jumpe akak, aku tgk pintu ni sume dah dibiar terbukak. ntah kan otomatiknye rosak ke, ade kes yg lagi seram dari aku ke idok le aku tau.
walaupun blh nmpak staff nurse kt dlm, 
kesunyian yg creepy-creepy tu masih tak berubah!