kita minum dulu!

teringat zaman2 skolah menengah, zaman2 duk hostel dulu.
nak study je mesti carik milo dulu.
takpun kalau lapa tengah2 malam, ramai2 melantak megi.
beratur la mak jemah, cik kiah, pah bedah kat depan water cooler tuh duk tadah air panas dalam magkuk tak kurang jugak yang bawak flask.
sampai la satu ketika, kecoh air water cooler tu bertukar warne.
dari putih jadik cokelat kuning. makaihh karat !
eeuwww kalau minum mau bocor perut weh.
lalu, sejak dari itu water cooler tersebut mendapat gelaran baru, water killer..
itulah sejarahnye.
dari itu, aku dah tak percaya lagi dengan water cooler.
aku lagi suke beli air botol.

bottle water pulak rupa-rupanya terbahagi dua.
ade 'natural mineral water' ade jgk 'drinking water' 
dan kedua2 jenis air ini berbeza.
kepada yang dah tahu, syabbasss!
kepada yang belum tau same la kite.
meh nak share.

natural mineral water 
adalah underground water
yg mengandungi mineral, vitamin dan garam galian.
Yang sepatutnye ade dlm air minuman kite lah.
boleh baca secara details kat blog Dr. Zubaidi 

drinking water
adalah air yg dirawat
melalui proses reverse osmosis (RO).
ia dirawat utk membuang dan menapis bakteria, 
kotoran dan kuman.
tapi yg tak bagusnye ia menapis secara drastik termasuklah 
jadi, kite hanye minum air semate-mate. sad huh ?
tapi itu lebih baik dpd water killer tadi. Haha.

Tapi agak menyeksakan la nak duk tenung label botol air yg tulisan bersaiz semut tu untuk figure out yang mana mineral water, yang mane drinking water.
jadi, utk mengelakkan mata pengguna juling, Ministry of Health (MOH) dah pun menetapkan caps colour utk memudahkn pembezaan.
Penutup pelbagai warna (mengikut brand) untuk mineral water dan penutup bewarna putih untuk drinking water (semua brand).



Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu