Oct 14, 2014

Perutusan Mimpi


Terjaga disaat bibir menyebutkan satu nama

Terasa aneh.
Serasanya telah begitu sepurnama tidur
Penatnya seperti baru sudah melakukan satu perjalanan yang jauh
Jam direnung. 2:59 pagi..
Nafas dihela, "astaghfirullahal'adzim.."
Mata cuba dilelap kembali. Gagal.
Fikiran kosong. Atau, sebenarnya sudah penat berfikir.
Tak semena, bagaikan terdorong tubuh bingkas bangkit
Langkah diatur diatas lantai yang sepertinya membeku
Menyiram kesucian wuduk secara tertib
Lantas, sejadah dibentang
Menghamparkan kerinduan dan kesalan kepada Yang Maha Agung
Melepaskan bebanan yang tersarat dalam niat sebuah tahajud
Memohon dikurniakan ketenangan dan keikhlasan
Agar bisa menjadi kuat lagi.

Begitu indah dan lembut Dia mengingatkan tentang seperkara,


"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi deredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu."

(Al-Fajr: Ayat 27-30)