Siklus tiga purnama



“Tidak Dia datangkan ujian
melainkan untuk hikmah..”


Semangat melepuh mengalir lebur menjadi debuan  
Tika dunia mentertawakan
Saat cacian bagaikan hujan
Waktu pandangan serong adalah teman

Aku hanyalah satu zarah kecil di ruangan sebuah hatimu
Saat titisan hujan terasa menghiris
Begitu sulit mendefinisi rasa
Sedangkan yang melepaskan adalah aku

Terlalu banyak kejadian dalam tempoh waktu itu.

Mulanya aku tak faham.
Keras hati menunding jari kepada takdir.
Mengeluh itu ini. Terfikir-fikir kenapa aku yang
harus merasai.
Jahilnya aku..

Walaupun aku tahu kini, takkan mungkin waktu terputar kembali

aku redha dan bersyukur kerana
jihadku masih belum sempurna, namun masih juga belum terlewatkan.

3 bulan sesingkat waktu ini
aku menyayangi.
Dikurniakan padaku satu cahaya cinta
sebagai perantara
yang mengajar aku banyak tentang Dia.

3 bulan sesingkat waktu ini

aku kembali.
Dia menjauhkan aku darimu agar aku
kembali mengenal Ad-Deen.

3 bulan sesingkat waktu ini

aku belajar.
Satu kesalahan sudah cukup
membuatkan manusia lupa pada 10 kebaikan.
Aku belajar memaafkan.

3 bulan sesingkat waktu ini

aku terluka.
Luka paling dalam membuatkan kusedar
sebenarnya cinta terbaik itu
sentiasa berada dekat disisi.

Aku

Mengerti disaat
semua terhenti
dan
berfikir disaat
semua berakhir

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu