Mar 11, 2015

Menjemput Cinta

Embun pagi menitis dingin
Memeluk kesunyian pagi ini
Langkah ku atur perlahan mengiringi kabus
Menapak diatas hamparan rumput yang masih basah
Dan entah kenapa kedinginan ini
rasanya begitu menghangatkan..

Seakan terbau wangian bunga segar..
Tapi tiada bunga yang mekar disini
Sepertinya terdengar alunan muzik indah..
Tapi tiada sesiapa yang memetik piano disini

Muara hati cuba ku selami dalam
Mencari maksud dari debaran yang tiada henti
Debaran yang kadang menyesakkan nafasku..
Anehnya, aku tak pernah cuba untuk lari darinya
Dan entah kenapa,
aku tersenyum sendiri..

Entah dari mana kekuatan ini hadir
Untuk memaksudkan satu rasa denganmu
Menjemput makna cinta terindah
Tanpa dinding yang menghalangi lagi

Usah lah ditanya dari mana datangnya ia
Ia hadir tanpa paksaan..
Tanpa permisi, tanpa sedar,
Ia mengetuk pintu hati yang lama berkabung
Memupus lara yang lama berdarah

Siramilah keraguan dengan cahaya rindu
Yakinilah cinta ini benar untuk kita berdua
Biar apa pun yang mendatang
Setia aku disisi mu
Bersama kamu menempuh semua dugaannya..
Dan kita,
Jangan pernah berhenti berdoa
Agar cinta ini selalu dibawah lembayung rahmatNya..