Ciptaan Terindah

Ingin sekali aku beritahu pada langit
betapa namamu indah..
Ingin sekali aku ceritakan pada bintang
betapa senyumanmu memikat..
Ingin juga aku perihalkan pada taman
wangian kasih mekar ada padamu..

Disini aku bahgia didakapi pelangi..
Yang dulu selalu aku nanti,
Kini hadir mewarna kedamaian waktu..
Mententeramkan guruh dilangit
Dengan pandanganmu yang redup
Menggugurkan dedaunan
Dengan wajahmu yang jernih

Cukuplah sekadar memandangmu selintas,
Mentari lantas menyinar indah nian..
Cukuplah walau hanya terdengar suaramu sesaat,
Burung turut sama bernyanyi riang..

Jujur ku akui..
tidak semua perlu sempurna untuk merasa bahagia
dan bahagia itu masih aku rasai
biar hanya bertemu mu dalam mimpi..

Terima kasih Allah
Kerana meminjamkanku ciptaan terindahMu..
Terima kasih cinta
Kerana selalu menyempurnakan aku..


Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu