Jul 2, 2015

Hantaran Pertunangan Simple dan Minimalis

Tepat-tepat 2 bulan lepas aku bertunang. Perkenalan singkat. 2 minggu je. Kau agak-agak? Tahniah kepada encik bakal suami atas keberanian untuk kearah yang serius. Memandangkan rombongan datangnya dari Negeri di Bawah Bayu, lalu hantaran untuk kedua-dua pihak dihasilkan oleh kitorang 2 orang sdn. bhd. Dari list out barang, beli barang, sampaila decoration. Jadi takdela situasi kecoh, Alamak! hantaran lupe nak dibawak naik kapal terbang..
Berbekalkan ideologi minimalis dan minat english style, garden dan picnic, lalu terhasil lah dulang 5 balas 7 kami yang comel ni..




Untuk pihak perempuan.
Putih merah
Coklat yang cuma tinggal plastik akibat gambar diambil lepas majlis.


Untuk pihak lelaki
Putih hijau


Gubahan sireh dua-dua pihak dihasilkan oleh makcik aku pada malam sebelum hari kejadian. Penggubah sireh terjun. 
Terima kasih, memang cantik!


Ketersamaannya deco untuk kedua-dua belah pihak ni jelas menunjukkan ianya terhasil dari company yang sama. Haha.
Takde riben, takde renda-renda. Cuma tali guni. :D
Dan idea ini terinspirasikan dari Ribbons & Ties dan The Wedding Project seperti di bawah.




Kotak kayu putih: Romantika 
Bunga: Romatika 
Pasu coklat: Romantika
Cupcake Tier: Romantika
Kayu untuk mini signboard: Daiso (1 packet ada 24pcs kalau tak silap)
Tali guni: Beli online. Tak ingat page tapi boleh wasap 017-9667992
Kain alas kotak-kotak: RM3.50/mtr. Untuk 7 dulang saiz ni cukup beli 2.5mtr.
Tag nama: Design sendiri kat picmonkey.com dan print black n white.

Semoga membantu!