Aug 5, 2015

Tingkap berdarah


2 hari lepas, balik keje macam biase disambut oleh raksasa-raksasa comel tu. Pintu belum bukak lagi dah dengar meow meow dari dalam rumah. Tau-tau je bile dengar bunyi kunci. Tapi nyaringnye tu lain macam je tak macam selalu manje-manje.


Sebaik pintu dibukak apelagi meluru la diorang keluar. Aku terperasan tepi mata kiri Fio macam kotor. Kesan macam basah dan coklat-hitam. Aih, takkan terlekat tahi kot. Sepahnye kau poopoo Fio. Ok xpe, jap lagi mandi. Dan macam biase jugak lepas masuk rumah aku akan bukak tingkap kejap untuk pengudaraan. Sebaik je aku selak langsir, tadaaaaa..




Tingkap berdarah. Penuh dari atas sampai bawah. Menggigil jap. Cuba hadam apa yang berlaku. Diorang bunuh burung ke. Takde pulak kesan-kesan burung. Ke ade penjenayah cuba menyelinap masuk. Oi gigih umah aku tingkat 4, cemane kau tarzankan diri tu. Tapi kesan darah yang bersepah tu nampak macam ade sesuatu yang bergelut disitu.
Dah crime scene investigation jap.
Tetibe teringat kesan kotor kat mata Fio tadi. Lelaju aku tarik Fio. Cek satu-satu body part die. Terjawab la kotoran ape kat tepi mate die tadi..



Nampak macam sikit tapi sebenarnye berlubang. T_T

Atas dahi tu dah ade Harry Potter's scar. Tak nampak sangat sebab bulu die tebal. Bile selak sikit haa dah takde bulu dah area tu. Nampak isi merah T_T
Menangis. Nasib la takde yang terbelah perut ke leher ke.
Aku cek socky, clean. Legaa. 
Aku dah hilang dua. Aku tak boleh hilang lagi dua. T_T