Feb 1, 2017

Emosi Seorang Mama

Dan bermula la episode Farrel ke rumah pengasuh. Tajuk kemain lagi. Mama maternity leave 2 bulan je. Lepas confinement, nenek Pahang dia jaga. Lama. Lepastu pass baton ke nenek Sabah pulak. Alang-alang dia turun tanah melayu nak tengok cucu baru, kita bagi dia jaga kejap. Hehe. Padahal sebab belum dapat babysitter & nursery yang menepati KPI mama.

Ada nursery tu jaga 30 babies:6 BS. Ok la menepati syarat JKM. Tapi silapnya 6 ni rotate. Tak fixed like, ok kau dengan kau jaga baby Amir, Irfan, Diana, Shila, Zafran (bukan nama sebenar) shj. Tak. Diorang, sape yang free, dialah yang tengokkan. Just in case emergency. Just in case. Parents nak cari sape? Nanti kau tuduh aku, aku tuduh kau. Nampak? Ade yang nursery tak menitik beratkan soal keselamatan. Mama malas nak sentuh. Orang melayu ni sensitive. Lagi basah benang, lagi nak ditegakkan. Soal hygene lagi. Yes, mama is fussy.

Btw, bukanla semua buruk. Ada jugak tu mama fall in love sangat. Dengan staffnya, dengan environmentnya, dengan hygene dan keselesaannya. Tapi, jarak menjadi penghalang. Mama tak nak hantar awal pagi sesudah subuh, ambil lewat hari sehampir maghrib. Mama dah hadam dah perilaku jammed shah alam ni. Keluar awal, balik lewat. Cakapla fees 450 ke 700 ke mama sanggup bayar. Tapi mama tak sampai hati biar anak mama tunggu lama2. Err.. sebenarnya mama yang rindu lebih. Kah!

Farrel ni mudah ruam. Peluh je ruam. Lambat mandi je ruam. Mama tak harap pun nursery bagi aircond 24/7. Mama tak harap pun orang hadap farrel setiap saat. Cukuplah hygene and safety is no 1.

Akhirnya mama pilih untuk hantar ke pengasuh rumah. Itupun lepas site visit, borak barang sejam dua. Kenal dua-dua laki bini. Alhamdulillah baik, insyaAllah.. Farrel pun nampak happy je masa amik petang semalam. Otw balik rumah, “Farrel ok? Sorry mama tinggal farrel sekejap. Umi abi (pengasuh & suami pengasuh) layan farrel baik tak?” dan Farrel hanya menjawab dengan renungan mata. Malam-malam mama be like, “Farrel, duduk dengan umi baik2 ye. Jangan nangis2, be kind, jangan takut2, be strong. Sape buat farrel, farrel pecahla dia” sambil mama mengangkat penumbuk farrel yg comel itu. Mama cuba menjadikan farrel seorang yang berani dan berhati waja. Eh.

Pagi ni hantar dia tenang je sepanjang perjalanan. Mama pulak yang gundah gulana. Mama hantar Farrel dengan doa dan tawakal beserta ucapan “mama love you sayang”. Mudah-mudahan Allah lindung..

Dan, apabila kerusi ini kosong, mama is emosi.