Jun 11, 2016

Kemana Hilangnya Bahagia


Hati ini cemburu melihat merpati putih 2 sejoli
Terbang bersama ke ufuk timur ke ufuk barat
Kala hujan kala panas tidak menggugah sebuah kemesraan
Andai satu patah sayap kan bertongkat pada yg satu lagi
Setianya..

Walau bumi yang dipijak hanya persinggahan sementara
Tiada sempadan cinta walau hanya berteman angin lalu
Susah kamu susah ku jua
Tiada keluhan melainkan syukur
Memandang satu sama lain dengan pandangan penuh cinta
Hanya cinta
Bahagianya..

Duhai merpati empat sayap menjadi satu
Pinjamkan aku disini sayap bahagiamu
Agar boleh aku terbang keawan tinggi
Menyembunyi kesepian ini jauh dari pandangan dan gapaian
Agar dapat ku pinjam sekelumit bahagia itu
Untuk ku tabur kedalam hati yg terperuk ini