Jun 23, 2016

Flying Kiss



Traffic light 199 shah alam.
Lampu merah.
Lane kanan.
6.30 petang.
Motor elak lori, straight forward langgar sisi honda, terus flying kiss kereta mummy.
Mummy ingat langgar langgar manja je.
Tengok ada orang terbaring kat tepi kereta mummy.
Sekali keluar tengok, ciuman penuh cinta. Waaa
Pakcik tu terbaring.
Mummy dah cuak.
Perlahan dia bangun, berdiri dan bersandar barang sesaat dua kat kereta mummy.
Lalu terjejak darah disitu.
Ye darah. Pakcik tu berdarah. Alahaii..
Alhamdulillah, pakcik tu tak cedera serius. Mungkin sakit-sakit badan akibat jatuh.
Sorang brader tolong angkat motor pakcik tu.
Melihatkan kecederaan kereta mummy tak seberapa,
nak claim insurans pun takkan tercover, lalu mummy tak buat report.
Pakcik tu pulak, takpela mummy halalkan.
Biarlah duit dia buat dia baiki motor dia yg dah tak boleh start tu.
Buat pegi klinik ke.
Nak raya lagi, nak kejar bebuke pose lagi.
Biarlah.
Mummy anggap ini kiffarah untuk mummy.
Mungkin ada dosa kecil yang mummy tak perasan.
Honda tadi? Kemek pintu. Vavavom sekali kemeknya.
Duit boleh dicari, barang rosak boleh dibaiki, nyawa hilang tiada ganti.
Umur pakcik tu? 54tahun.
Mungkin seorang suami kepada seorang isteri.
Mungkin ayah kepada seorang anak.
Lori. Motor. Kereta.
Mohon berhati-hati.