Pengalaman Bersalin Czer: Senyuman Pertama

Baby mana? Baby??
Hati memberontak ingin melihat susuk itu.
Bagaimana rupanya, suaranya.
Baby..jeritku lagi. Tapi suara seakan disekat.
Duniaku kabur.
Aku nak tengok baby..tolonglah..
Jiwa ampuh merintih tanpa suara.
Jiwa ampuh, kudrat lumpuh.

************************************ 
Awal pregnancy morning sickness teruk. Sehingga terpaksa unpaid leave 2 bulan. Nasib baik pihak syarikat memahami. Duniaku siang malam hanyalah terbaring di katil. Bangun cuma ke toilet. Itupun untuk muntah. Pernah jugak tak sempat ke toilet, berhamburan segala di tepi katil. Mujur suami tabah tolong bersihkan. Makanlah apa pun, minumlah apapun, semua ditolak keluar walaupun makanan tu paling aku teringin waktu tu. Perut kempis bagaikan tidak berisi. Dalam keseksaan itu, timbul rasa berputus asa. “Kalau tahu macam ni, tak nak lah” kejam bunyinya. Hujung bulan ke 3, gagahkan diri pergi klinik. Doktor scan. Scan yg ada sound. “Dub dab dub dab” Allahu, kedengaran detak jantung si kecil itu. Tanpa sedar, menitik airmata ini. Walau fizikalnya masih tidak sempurna, masih belum siap constructionnya, tapi jantungnya gagah berdetak. Kenapa aku yg berjasad sempurna ini tidak boleh sekuat dia? Soal ku pada diri sendiri. Dari itu, aku nekad untuk kuat. Kuat hadapi kesusahan yg sementara itu. Aku nak kuat seiring gagahnya jantung tubuh kecil itu.

Dan tanpa sedar, fasa itu pun berlalu..
Masuk bulan ke lima, barulah aku mampu menapak betul. Pergi klinik kesihatan bukak buku pink untuk pemeriksaan berkala (check up). “Kenapa lewat sangat datang dik. Tak eksaited ke anak pertama ni” soal nurse. Aku senyum. Oh kalau lah dia tahu. Kalaulah.. 5 bulan pregnancy dengan berat badan 42. Hilang 10kg. Muka flawless tak payah cakap la. Pengajarannya, kalau nak kulit cantik dan kurus dengan drastiknye, kena mengandung dan alami morning sickness yg teruk. Haha. Betullah, masalah kulit tu berpunca dari makanan. Hilang morning sickness kulit back to normal. Hu. Dan begitulah seterusnya check up sebulan sekali. Yg paling mencabar puasa sambil mengandung. Bila pening, mual, baby berlari-lari setempat kat dalam ni, maka itu tandanya kena buka puasa. Kena.

Bermula bulan puasa, HB (kepekatan darah) mulai drop. Sentiasa bawah 10 yg sepatutnya mesti 11 keatas. Masuk bulan ke 7, eksaited pergi details scan. There, I saw a perfect curve spine, salur darah, injap jantung, tangan yg tergenggam erat, kaki yg menendang-nendang tanda tak suka diintai, dan ball yg tak segan silu ditunjuk. Haha. Kerana keaktifannya sampai tak dapat the perfect picture, doctor hadiahkan 1 4D image. Muahhhks!



Masuk bulan ke 8, bermula la check up 2 minggu sekali. 2 minggu sekali juga la berat bertambah 2kg. Dan 2 minggu sekali jugak la kena amik darah kat lengan akibat HB low sampai dah tak rasa sakitnya jarum tu. Makan la apa pun HB tetap 9 kebawah. Nurse risau, aku lagi la risau.

6 Oct 16
Tarikh sebenar due date. 3pagi turun tanda (darah). Aku dah nerveous. Ok, should be anytime in hours. Siap2 mentally prepared nak hadap sakit lah kononnya. Tunggu punya tunggu, hari pun cerah. Sakit masih takde. Bertemu malam semula. Takde jugak sakit. Langsung takde. Tapi darah masih turun (sikit-sikit). Memandangkan dah nak masuk hari ke 2 turun tanda tapi takde sakit, aku niatkan hati kalau xde jugak sakit sampai pagi esok, aku shoot ke hospital. To see how he’s doing of course.

7 Oct 2016
8pagi pergi ke Klinik Kesihatan (KK) yg biasa check up tu. Tapi nurse advice terus pergi hospital. Memandangkan KK memang berdepan hospital (sect 7 Shah Alam), jadi terus je ke emergency. 10am sampai hosp, “Puan, kalau kita check Jalan dah buka 2cm kita tak bagi balik ye. Tapi katil penuh kena tunggu kat kerusi je. Saya cadangkan puan pergi ke Hospital Klang atau Sungai Buloh” terang doctor. Aku tak kisah pun tunggu kat kerusi tu. Hosp Klang n Sg Buloh dua-dua pun macam tu jugak. Tapi memikirkan sebarang kemungkinan, Hosp Sg Buloh lebih dekat dengan rumah dan Jalan rumah-hosp tak jemmed. Dalam perjalanan ke hospital, hati ku berbolak-balik. Nak pergi hospital ke nak balik je. Takde sakit lagi ni. Tapi memandangkan nak tahu apa keadaannya insan kecil kat dalam ni, aku pergi jugak.

11am sampai hosp sungai buloh. Alhamdulillah, sampai bahagian bersalin tu tak ramai. Termasuk aku ade 4 ibu je yg menunggu. Tepat 11.45am dah ada dlm bilik CTG. Cek jantung baby. Chart tak cntik up and down. Doc Hadi tak puas hati suruh buat semula. Dia panggil sorang doc perempuan untuk cek jalan. Baru 1cm. Dalam masa amik CTG skali lagi datang doc yg agak kecoh. "Bagi sy glove! Sy cek jalan". Aku like what?! Baru tak sampai 2minit pun cek jalan takkan nak cek lagi. Nak taknak aku relakan je. Sedang doc cek jalan tu aku rasa baby bergerak. Serentak itu jugak heart beat baby drop dr 100 lebih ke 80. Mendadak! "Baby jantung dah lemah. Prepare czer! Kita akan operte ye puan. Full bius. Prepare czer cepat! Cepat! Cepat! Baby dah slow!" Lalu kelam kabut la semua. Ntah dari mana tiba ramai staff walhal tadi ade 2 orang je. Sorang masukkan branula kat urat tangan, sorang masukkan salur urin, sorang tukarkan baju. Dalam kekalutan tu aku seperti terasing sekejap. Keliru. Tak faham. Doktor terangkan seberapa laju yg boleh berkenaan dengan pembedahan yg akan berlangsung kejap lagi. Ada beberapa borang yg perlu aku sign. Aku dengar dan buat segalanya bagaikan patung yg dikawal. Jiwa kosong. Apa yg berlaku? I still can feel my baby. He still swimming in here. Aku kaget.
"Tolong panggil husband sy."
"Nanti kita inform your husband ye puan."
"No. Panggil dia. Sy nak husband sy sekarang."
"Tolong panggil husband dia segera!" Jerit doktor.
5-6 orang ada yg beruniform putih ada yg beruniform biru masih mengelilingi aku dengan kerja masing-masing. Jam dah pun pukul 1tengah hari. Kemudian, katil pun ditolak. Jumpa husband kat depan pintu bilik CTG. Atas katil tu, mereka beri laluan kepada kami. Aku mintak maaf, aku salam, cium tangan seakan akan terpisah lama. Lalu katil terus ditolak laju ke level entah berapa. Nurse berlari-lari menolak katilku tanda betapa emergency-nya situasi itu. Terakhir kali nampak husband sebelum pintu dewan bedah tertutup.

Dari katil aku berpindah ke atas katil bedah. Sejuk. Ntah berapa orang keliling aku, aku tak tahu. Ramai. Mereka melekatkan pelbagai alat ditubuh aku tak hiraukan. Lampu seakan UFO atas disyiling kurenung kosong. Silau. Aku hilang. Fikiran masa tu rasa nak cabut semua jarum dan lari. "Kita bius penuh ye puan. Baby dah lemah." Aku pandang doktor dgn pandangan yg tak faham. Aku tak faham apa yang sedang berlaku. Bius? Operate? Jantung baby lemah? Satu persatu cuba ku cerna. Salur oksigen berbentuk segitiga diletak ke hidung aku. "Tarik nafas puan, sy bagi awak oksigen ni." Huh? oksigen? Aku boleh bernafas sendiri ni kot. Aku masih nervous. Tertunggu-tunggu bila nak kena cucuk bius kat tulang belakang. Orang kata sakit. Aku takut. "Puan tarik nafas, lepas..” Aku buat. “Ok bagus. Tarik nafas, lepas.." Dan aku pun terus hilang..

"Puan nurin bangun!” Suara siapalah yg bingit mengganggu tidurku ini. “Bangun puan! Operation dah siap" minda separa sedar berfikir, aku tidur? Aku kat mana ni? Apa yg berlaku? Bawah perut terasa sakit yg tak mampu digambarkan. Dan sakit itu nembawa semula perlahan satu persatu ingatan datang. Dari bilik CTG sampai la sedut oksigen. Oksigen? Oh itu bius rupanya. Patutlah melemaskan. Lantas teringat baby. Baby? Baby mana baby? Otak dah sedar tapi mata seakan dipaku. Beratnya nak buka. Walau seribu daya aku cuba, walau betapa hati ni menjerit nak cepat bukak mata, mata masih tertutup. Masih gagal dibuka. Bukak la..aku nak tengok baby aku..upaya seakan hilang. Hanya mampu merintih tak bersuara. Nak tengok baby...... terhenti disitu. "puan ok?" aku dengar hanya suara. Aku geleng. "sakit ke?" aku angguk. "kat mana sakit,tunjuk." Dalam mata masih terpejam aku gerakkan tangan tunjuk perut. “bagi lagi” suara di telinga kanan. Serentak, terasa pedih kat tangan kiri tanda doc masukkan ubat. Ntah ubat apa. "kita dah bagi banyak ye puan" Sambil tu menekan-nekan perut. Aku tepis. Sakit. “sekejap, saya nak cek rahim” ditekan lagi. Aku tepis lagi. Sunyi. Aku tak tahu masihkah ada doc berdiri disebelahku.

Kemudian, perlahan-lahan upaya datang semula. Perlahan-lahan, aku buka mata seiring upaya yang datang. Aku Nampak ada doc disebelah. "Baby ok?" soal aku. "Dia ok" doktor senyum. Dalam mata yang memberat, aku perhati sekeliling. Mencari sesusuk yang dari tadi aku rintihkan. Terpandang jam didinding tepat pukul 4petang. Lamanya aku tidur. Aku teruskan pencarian. Disana! Dari kejauhan mata yang berat, aku nampak ada 1 katil baby. Jauh dari capaian tangan tapi boleh nampak. Namun, yg terlihat hanyalah sepasang kaki kecil. Muka terlindung. Kecewa.. Tak lama aku lihat katil kecil itu ditolak keluar. Mungkin ke wad. Selang beberapa ketika katilku pula ditolak ke wad. Mungkin sudah stabil pada hemat mereka.

Mata kupejam sepanjang perjalanan kerana masih pening. Tiba di ward katil baby dah pun berada di situ. Husband, mak dan adik juga sedang menunggu. Lega. Namun, walaupun katil baby hanyalah disebelahku, aku tak dapat tengok wajahnya kerana tak dibenarkan bangun untuk enam jam seterusnya. Kecewa lagi. The whole day & night aku hanya dapat tengok sisi ini.



Terasa jauh jarak dgn baby. Tak dapat pegang, tak dapat peluk, tak dapat cium. Sedangkan katil dia kat sebelah je. Terasa sayu sangat hati ni sebab tak dapat pegang dia since birth. Perasaan kecewa tu Tuhan je yg tahu. Perasaan nak peluk cium dia tapi tak dapat. Allahu..

Keesokannya tepat pukul 6pagi baru dibenarkan bangun. Masa yg ditunggu-tunggu. Seksanya untuk bangun, aku takkan lupa. Untuk bangun dari pembaringan, untuk bangun dari duduk, untuk berjalan, semuanya menggunakan otot perut. Bayangkanlah seksanya. Tapi aku gagahkan juga demi tak sabar nak tengok baby. Lepas membersihkan diri serba sedikit, dalam kelajuan orang baru lepas operate aku berjalan ke katil baby. Pertama kalinya, ku lihat matanya sedikit sembap, hidung yg terletak, bibir yg mungil. “Assalamualaikum baby mama” sapaku. Dan dia? Dia senyum.. Seakan menjawab sapaanku, “Hi mama!” Senyuman pertama yg takkan ku lupa. Senyuman yg termanis pernah ku lihat. Senyuman yg mengubati segala kesayuan semalam. Hilang segala kedukaan dan kesakitan yg terpendam.




Pagi tu, doc datang jumpa aku. “Puan, saya yg operate puan semalam” Ya, aku masih tak lupa wajah doc itu, Dr Liyana. Diceritakan serba sedikit berkenaan dengan pembedahan semalam. “Puan hilang darah sebanyak 600ml tapi kita tak transfuse darah memandangkan puan stabil. Jantung baby masih lemah lepas lahir semalam ye puan” Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Syukur alhamdulillah segalanya lancar dan dia sihat. Alhamdulillah syukur dikurniakan nikmat dan rezeki utk melihat dia selepas semua situasi genting yang dihadapi.

Tak dapat dibayangkan macam mana aku nak hadapi hidup jika tick ini ditanda dikotak yg satu lagi. Allahu..



He is a fighter. Farrel Nuqman. Pahlawan/Seorang yang berani. Selayaknya dia yang berjuang bersamaku..



Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu