Tantrum: Pengalaman dan Pelajaran



Semalam.
Sorang student yang cute.
Umur 4 tahun. Bijak budaknya.
Secara tiba-tiba telah mengamuk.
Sekasar-kasarnya dia padam buku dia.
Tak puas hati, dikoyaknye pulak buku tu.
Mengamuk, menangis dan menjerit.
Mak dia masuk (nasib baik maknye ada ditempat kejadian).
He suppose to seat a test with regards to upgrade levels.
Learning centre ni ada 32 levels.
1 level mengandungi 4 bab.
Berjaya 1 level - seat test - upgrade level dan begitulah seterusnya.


Tantrum or Temper Tantrum

Sejenis luahan emosi kanak-kanak antara 0-6 tahun.
Selalunya dikaitkan dengan kedegilan, menangis, menjerit, susah untuk ditenteramkan dan dalam sesetengah kes cenderung untuk mencederakan.
Tantrum berlaku apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
Ini adalah salah satu bentuk mereka berkomunikasi kerana dalam usia ini, pengetahuan penggunaan bahasa dan perkataan masih terhad. Dan ini adalah normal sebagai salah satu tanda mereka sedang belajar berdikari.

Bagaimana mengendalikan mereka yang sedang tantrum?
  • Pastikan mereka selamat
  • Pastikan penjaga/ibu bapa tenang
  • Jangan menghukum mereka
  • Jangan berikan ganjaran
  • Asingkan mereka jika boleh
  • Jangan beri perhatian kepada tingkah laku tersebut
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi cara anda mengendalikan tantrum itu.

Tantrum boleh dikawal dengan cara:

1. Alih perhatian anak
  • Alihkan perhatian mereka apabila nampak simptom seperti mula hendak menangis.
  • Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis.  Jawab ibu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengarkan jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam.
2. Tenang
  • Elak daripada memarahi atau menjerit mahupun memukul. Ini tidak akan membantu malah akan memburukkan lagi keadaan tantrum.
  • Jika anak mengamuk kerana tidak berjaya melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan yang lebih mudah.
  • Baca surah al-Insyirah untuk menenagkan diri sendiri.
3. Jangan pedulikan sekejap
  • Membiarkan anak meragam adalah ubat mujarab. Ini membantu mengajar mereka yang permintaan itu sememangnya tidak boleh dipenuhi.
  • Tegas dan tidak mengalah kerana mereka akan tahu itu adalah kelemahan ibu bapa dan cenderung menggunakan kelemahan itu setiap kali inginkan sesuatu.
  • Jangan perhatikannya. Cuma pastikan anak selamat dari melukakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala atau sesak nafas atau tercedera terkena objek bahaya disekitarnya.
4. Apabila anak berhenti mengamuk
  • Bincang secara lembut dengan merekan kenapa perangai itu tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi.
  • Bersikap dan bercakap secara berdiplomasi tentang sebab dan akibat dari tingkahlaku itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum dengan menjerit atau memukul menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang.

Jika ibubapa penuhi yang mereka mahukan sebagai satu cara untuk hentikan tantrum, tantrum akan menjadi jauh lebih teruk lagi. Ia sebenarnya mengajar anak-anak untuk mamanipulasi keadaan dan ini akan berterusan hingga ke dewasa.

Student ku yang mengamuk semalam tu adalah kerana tak dapat jawab revision mathnya dan dia rasa dia tak mampu untuk seat the test tapi dia tak nak give up on it.
Well, he just 4 and force himself to seat for such level yang ku kira agak tinggi untuk budak seusia tu.

Tapi lepas 20 minit menjerit-jerit dan menangis, alhamdulillah dia kembali tenang dan mampu jawab test dengan jayanya. Hebat..

Sumber:

DoktorBudak
RENTIS
Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu